Dalam sejarah, haiwan banyak memberi manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, ketika zaman perang, haiwan seperti anjing dan burung merpati banyak digunakan. Dalam bidang sains pula, tikus sering dijadikan bahan ujikaji untuk mengetahui kesan sesuatu bahan kimia terhadap hidupan.

Di seluruh dunia, terdapat beberapa tugu khas yang dibina bagi memperingat dan menghargai jasa haiwan-haiwan terhadap manusia. Kali ini iluminasi ingin berkongsi 5 tugu peringatan haiwan yang telah dibina di serata dunia.

1. Tikus makmal

BESARKAN TEKS     A-  A+

Demi eksperimen sains, banyak tikus telah dikorban untuk dijalankan ujikaji. Penggunaan tikus makmal banyak membantu para saintis dalam pelbagai bidang seperti perubatan, genetik dan banyak lagi.

Menyedari akan jasa tikus makmal yang telah dikorbankan ini, satu pusat kajian sains di Rusia telah membina sebuah tugu peringatan sebagai memorial bagi menghargai jasanya. Di Institut Cytologi dan Genetik di Novosibirsk, terdapat sebuah tugu berbentuk tikus yang dibina daripada gangsa.

2. Laika

tugu laika

Suatu ketika dahulu Soviet Union dan Amerika Syarikat adalah 2 buah kuasa besar yang berlumba-lumba dalam eksplorasi ke angkasa. Antara usaha terawal yang dibuat oleh pihak Soviet Union adalah menghantar angkasawan ke angkasa. Walau bagaimanapun, sebelum Yuri Gagarin dihantar ke angkasa, seekor anjing bernama Laika telah dihantar terlebih dahulu sebagai bahan uji kaji.

Malangnya, Laika mati hanya beberapa jam selepas dilancarkan daripada bumi akibat sinaran radiasi yang terlalu tinggi daripada matahari. Bagi memperingati jasa Laika, sebuah tugu peringatan telah dibina pada tahun 2008. Sekiranya anda berminat dengan kisah Laika, kami pernah menulisnya dalam artikel Laika : "Makhluk" pertama ke angkasa dan mati berjasa untuk perkembangan sains.

3. Unta

tugu unta hajj ali

Di Arizona, Amerika Syarikat terdapat sebuah monumen berbentuk unta yang dibina bagi memperingati jasa seorang Muslim, Hajj Ali atas jasanya mengimport unta-unta ke Amerika Syarikat. Pada ketika dahulu, pasukan tentera Amerika Syarikat merasakan unta merupakan haiwan yang sesuai dengan keadaan padang pasir di bahagian selatan Amerika Syarikat.

Antara tahun 1856 hingga 1857, 77 ekor unta telah diimport ke Amerika Syarikat bagi menguji teori ini. Malangnya peggunaan unta ini telah menimbulkan kekecohan kerana binatang-binatang lain seperti kuda dan keldai yang digunakan untuk mengangkat barangan pihak tentera sangat takut pada unta-unta ini. Setelah berlakunya Perang Saudara, unit tentera yang menggunakan unta ini telah dibubarkan. Hampir kesemua unta ini dilepaskan untuk hidup bebas. Malangnya tiada yang membiak dan kesemuanya mati. Bagi memperingati eksperimen pelik ini dan jasa Hajj Ali, sebuah tugu berbentuk piramid dan unta telah dibina di Arizona.

4. Keldai

monumen keldai

Pada tahun 2017, pemilik-pemilik saham sebuah zoo di China berasa berang kerana pelaburan mereka disitu tidak mendapat keuntungan yang dihajati. Kerana tidak berpuas hati, mereka telah menangkap beberapa haiwan dan bertindak menjualnya kepada orang ramai. Dua haiwan telah dipilih, iaitu seekor keldai dan seekor kambing.

Apabila pihak anggota keselamatan cuba menyelamatkan kedua haiwan tersebut, para pelabur ini telah bertindak menolak keldai tersebut ke dalam kandang harimau. Sebuah video yang viral telah merakamkan bagaimana haiwan tersebut telah dibaham oleh harimau. Para pelabur menjustifikasikan tindakan mereka itu betul kerana sekurang-kurangnya mereka dapat berjimat daripada membeli makanan untuk harimau-harimau yang terdapat disitu.

Satu bulan kemudian, sebuah monumen telah dibina. Di tugu tersebut, terdapat sebuah tulisan yang berbunyi: "Saya dilahirkan di negara ini dalam sebuah ladang. Saya sepatutnya hidup bebas seperti haiwan di luar sama. Monumen ini adalah simbolik keadilan bagi saya. Saya mati dalam keadaan yang sia-sia dan peristiwa ini mestilah dijadikan sebagai peringatan"

3. Beruang madu

tugu winnie the pooh

Selain anjing dan burung, seekor beruang madu bernama Winnie juga pernah menjadi hero semasa zaman perang dahulu. Beruang ini dimiliki oleh Harry Colebourn, seorang askar Kanada ini kemudiannya telah dihadiahkan dan diletakkan di bawah jugaan zoo di London.

Menariknya, beruang inilah yang menjadi inspirasi watak kartun Winnie the Pooh. Setelah kematiannya, dua buah tugu peringatan telah dibina di London Zoo dan Assiniboine Park Zoo. Kisah mengenai Winnie ini pernah kami tulis dalam artikel Sejarah dan Kisah Sebenar Beruang Madu Bernama Winnie the Pooh.

Kredit:

  1. Smithsonian Mag
  2. Chicago Monitor
  3. Slate



Hakcipta iluminasi.com (2017)