Mata merupakan salah satu organ yang sangat penting bagi semua kehidupan, termasuklah manusia. Penglihatan merupakan salah satu deria penting selain deria pendengaran, rasa, hidu dan sentuh.

Mata membolehkan kita melihat. Bayangkan hidup anda tanpa deria penglihatan, apakah perasaan anda?

Jagalah mata anda selagi anda dapat menikmatinya. Di sini penulis ingin berkongsi tips bagaimana menjaga mata yang ramai tidak tahu atau sengaja ambil ringan. 

1. Jaga Pemakanan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: pinterest.com

Ramai tidak sedar kesihatan mata dan juga kesihatan keseluruhan bergantung kepada apa yang kita makan. Untuk mengelakkan masalah penglihatan seperti degenerasi makula, kita digalakkan mengambil makanan yang mengandungi:

  • Lutein - nutrien penting yang terdapat dalam sayur berdaun dan telur. 
  • Omega-3 fatty acids - membantu mengekalkan integriti sistem saraf, sel fuel, dan menguatkan sistem imun. Kebanyakan ikan mempunyai khasiat yang tinggi dengan lemak ini.
  • Vitaminc C - bukti saintifik menunjukkan nutrien ini mengurangkan risiko katarak mata. Antioksidan ini terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  • Vitamin E - melindungi sel di dalam mata daripada molekul tidak stabil yang dipanggil free radicals, yang merosakkan tisu sihat. Antioksidan ini terkandung di dalam kacang, bijirin dan kentang manis. 
  • Zinc - berperanan penting membawa vitamin A daripada hati ke retina. Ini membantu menghasilkan melanin, pigmen pelindung di dalam mata. 

2. Memakai Pelindungan Mata

pakai kata mata sunglasses jaga mata

Sumber Foto: stocksy.com & fotosearch.com

Setiap kali berada di luar, pakailah kaca mata dengan perlindungan UV bagi mengelakkan kerosakan mata daripada kesan cahaya matahari.

Sekiranya anda menggunakan alatan berbahaya, sentiasa memakai kaca mata keselamatan bagi mengelakkan habuk dan bahan kimia daripada masuk ke mata anda. 

3. Berhenti / Elakkan Merokok

merokok merosakkan mata uveitis

Sumber Foto: medicinenet.com

anatomy of the eye 345

Sumber Foto: brightfocus.org

Merokok menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan, termasuk merosakkan mata. Kebanyakan perokok lebih cenderung ke arah masalah katarak mata, kerosakan kepada saraf optik dan degenerasi makula. 

Selain itu, perokok turut bakal menghidapi uveitis, penyakit mata yang serius yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara total, atau bahasa mudahnya buta. 

Nota: Uveitis ialah radang pada lapisan tengah mata, yang dikenali sebagai uvea. 

Penyakit ini berpontensi merosakkan struktur mata yang penting seperti iris dan retina, dan seterusnya menyebabkan komplikasi seperti katarak, glaukoma dan retinal detachment

Nota: Retina ialah tisu sensitif di bahagian belakang mata. 

Kajian turut menunjukkan perokok berisiko tinggi untuk menghidap uveitis, 2.2 kali ganda lebih risiko berbanding mereka yang tidak merokok. 

4. Berpaling Daripada Komputer & Telefon Pintar

guna telefon pintar dalam gelap

Sumber Foto: youthhealthmag.com

Kebanyakan pekerjaan memerlukan penggunaan komputer selama beberapa jam sehari, termasuklah pekerjaan menulis ini. Penggunaan telefon pintar secara berlebihan turut boleh menyebabkan risiko masalah mata, terutamaanya penggunaan di dalam gelap.

Tekanan yang berterusan ini boleh menyebabkan masalah-masalah berikut:

  • Digital eye strain
  • Penglihatan kabur
  • Masalah menumpukan penglihatan pada jarak jauh
  • Mata kering
  • Pening kepala

5. Kerapkan Pemeriksaan Mata 

pemeriksaan mata tips jaga mata 963

Sumber Foto: firmoo.com

Sekurang-kurangnya periksalah mata anda setiap 2 tahun dari doktor yang bertauliah. Pemeriksaan mata yang komprehensif, termasuklah melebarkan pupils mata, boleh mengesan risiko penyakit mata yang serius seperti diabetic retinopathy, yang tiada simpton mahupun amaran awal. 

Nota: Diabetic retinopathy ialah penyakit diabetis yang menyebabkan kerosakan pada saluran darah ke retina.

Pemeriksaan mata boleh memastikan sama ada anda perlu memakai kaca mata atau tidak, mengelakkan masalah mata yang lebih teruk. 

Kesimpulan

Jagalah mata anda, kita hanya dikurniakan sepasang mata. Kalau rosak tiada ganti, bukan macam kereta boleh ada spare parts

Antara tips lain bagi menjaga kesihatan mata termasuklah:

  • Kerapkan bersenam.
  • Kaji sejarah keluarga berkenaan masalah kesihatan.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Pastikan kebersihan tempat tidur dan penjagaan mata. 
  • Elakkan ubatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. 

Rujukan:

  1. aao.org
  2. piedmonteye.com
  3. webmd.com
  4. allaboutvision.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)