Pada hari ini, televisyen dianggap sebagai satu keperluan bagi sesetengah orang dalam menjalani kehidupan seharian. Ia merupakan peranti yang mana mempunyai pelbagai fungsi termasuklah sebagai sumber hiburan dan berita.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula, TV merupakan satu kemewahan yang sangat didambakan. Namun disebabkan teknologi yang semakin canggih, hampir kesemua keluarga memilikinya kerana harga yang semakin murah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, ia tidak menghalang penghasilan TV yang dijual dengan harga tak masuk akal, seperti dalam senarai ini. iluminasi.com kongsikan 5 televisyen paling mahal di dunia.

5. Sharp LB-1085 - RM665,000

sharp lb 1085

Sharp LB-1085 adalah TV paling murah dalam senarai ini, tetapi merupakan TV ke-5 termahal di dunia. Memulakan senarai ini, TV Sharp bersaiz 108 inci ini berharga RM665,000.

Walaupun harganya adalah tak masuk akal bagi sebuah televisyen, namun ia jauh ketinggalan berbanding TV yang lain dalam senarai ini.

Ia mempunyai skrin HD penuh yang memberikan pengalaman berbeza ketika menonton rancangan kegemaran anda dengan kualiti sempurna.

Panel LCD nya memberikan kejelasan penuh berdefinisi tinggi dengan paparan antara muka versatil yang merupakan satu kemajuan besar dalam industri TV.

4. C Seed 201 - RM2.82 juta

c seed 201

TV keempat paling mahal di dunia adalah C Seed 201, dengan harga RM2.82 juta.

Seperti namanya, TV ini bersaiz 201 inci dan dihasilkan untuk digunakan di kawasan outdoor dan juga boleh disimpan di bahagian bawah tanah dengan hanya satu butang sahaja.

C Seed 2001 ini juga boleh berputar 270 darjah dan dihasilkan dengan jumlah LED yang tersangat banyak, iaitu 2,222,640 unit LED dan membuatkannya 10 kali ganda lebih terang dari TV di rumah anda.

3. Panasonic TH-152UXIW - RM3.2 juta

panasonic th 152uxiw

Televisyen ke-3 termahal di dunia adalah keluaran syarikat Jepun iaitu Panasonic, dengan harga RM3.2 juta. Dengan harga tak mampu milik ini, anda akan mendapat sebuah TV bersaiz 152 inci dengan resolusi 4,096 x 2,160 piksel.

TV ini memberikan gambaran HD penuh dan 3D, nisbah aspek 17:9, yang mana biasa digunakan untuk alat elektronik yang mewah.

Jika anda ingin memiliki TV ini, anda perlu terbang ke Eropah kerana kerana ia hanya dijual di United Kingdom sahaja.

2. Titan Zeus - RM7.1 juta

titan zeus

Dengan mendengar namanya sudah dapat membuatkan anda tahu bahawa ia adalah sebuah TV yang istimewa. Terdapat banyak perkara yang membuatkan TV Titan Zeus ini kedengaran seperti tak masuk akal.

Sebagai permulaan, TV ini adalah bersaiz gergasi iaitu 370 inci. Jadi, jika anda cukup kaya untuk memiliki TV ini, pastikan anda juga memiliki rumah yang cukup besar untuknya.

Selain itu, TV ini memiliki berat hampir 1 tan, kira-kira berat sebuah kereta dan sudah tentu anda perlukan bilik dengan perukaan yang tersangat kukuh.

Ia mempunyai resolusi 4K dan jika anda mampu memilikinya, anda dikategorikan sebagai insan yang bertuah kerana hanya 4 unit sahaja dikeluarkan.

1. Stuart Hughes Prestige HD Supreme Rose Edition - RM9.35 juta

stuart hughes prestige hd supreme rose edition

Dan inilah set TV yang anda tunggu-tunggu, Stuart Hughes Prestige HD Supmere Rose Edition, TV paling mahal di dunia berharga RM9.35 juta.

Seperti biasa produk paling mahal di dunia yang pernah iluminasi.com kongsikan dengan anda pasti mempunyai bahan-bahan mewah seperti emas dan berlian, dan TV 55 inci ini tidak terkecuali.

Butang-butang pada TV ini diperbuat daripada berlian manakala bingkainya pula diperbuat daripada 2.5 kilogram emas padat 22 karat dan 28 kilogram emas merah jambu 19 karat serta disempurnakan oleh 48 butir berlian.

stuart hughes prestige hd supreme rose edition 2

Tak cukup dengan itu, lapisan skrin dalamannya dibalut dengan kulit buaya dengan jahitan tangan.

TV ini keluarkan oleh Prestige HD dan didireka bentuk oleh Stuart Hughes yang terkenal dengan menghasilkan peranti dan telefon pintar paling mahal di dunia.

Rujukan:

1. What Hifi

2. Uncrate

3. SG Finance




Hakcipta iluminasi.com (2017)