Pernah dengar orang kata "duit banyak-banyak pun, takkan pernah cukup" ?

Sebenarnya ada benarnya kata-kata ini. Ada orang yang bergaji besar tetapi cukup, ada orang yang gajinya besar tapi tidak pernah cukup. Selain keberkatan duit gaji yang kita perolehi, gaya hidup seharian kita juga mampu menentukan sama ada gaji kita itu cukup atau tidak.

1. Meningkatkan Perbelanjaan Apabila Mendapat Kenaikan Gaji

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini antara sebab utama mengapa ramai yang tidak mempunyai wang yang cukup. Kebanyakan daripada kita akan meningkatkan perbelanjaan apabila mereka mendapat gaji. Maka, ada yang akan bertindak menukar kereta baru dan juga menukar gajet baru.

mercedez

Ini adalah pemikiran yang salah. Sebaiknya, apabila mendapat kenaikan gaji atau duit bonus, kekalkan perbelanjaan dan gaya hidup yang sedia ada dan tambahan atau lebihan wang itu boleh digunakan untuk membuat pelaburan atau simpanan.

2. Tidak Memikirkan Kehidupan Masa Akan Datang

Kebanyakan orang muda tidak memikirkan akan kehidupan mereka pada masa hadapan. Bagi mereka, seboleh-bolehnya duit gaji yang mereka peroleh akan digunakan sepenuhnya tanpa meninggalkan sedikitpun untuk simpanan pada masa hadapan.

Kebanyakan orang muda kini lebih gemar menunjuk-nunjuk dengan membeli kereta mewah yang akhirnya akan membebankan diri sendiri.

3. Mengabaikan Hutang

Kebanyakan orang tahu mereka memiliki hutang tapi mereka tidak mengambil berat akan hutang tersebut. Pelikkan?

hutang kad kredit 411

Apabila mendapat gaji, perkara pertama dan utama yang sepatutnya perlu dibuat adalah menyelesaikan hutang terlebih dahulu. Duit lebihan selepas membayar hutang kemudiannya barulah dirancang untuk perbelanjaan. 

4. Tidak Membuat Kira-Kira Perbelanjaan

Apabila mendapat gaji, lunaskan mana-mana hutang terlebih dahulu. Kemudian, sangatlah penting untuk kita membuat kira-kira perbelanjaan gaji yang diperolehi.

Dengan membuat kira-kira duit yang kita ada, kita akan tahu berapa banyak yang boleh disimpan dan berapa banyak yang boleh dibelanjakan pada bulan tersebut. Sekiranya tidak membuat kira-kira, kita berisiko besar untuk berbelanja lebih daripada kemampuan dan juga menambah hutang baru!

5. Berfikiran Masih Terlalu Awal Untuk Mula Menyimpan

Daripada kecil, kebanyakan ibu bapa sudah mengajar kita untuk menabung. Apabila tabung sudah penuh, ibu bapa akan membawa kita ke bank untuk mendepositkan duit simpanan tersebut.

simpanan kewangan

Malangnya, amalan ini tidak diteruskan oleh kebanyakan orang apabila meningkat remaja. Kebanyakan golongan remaja akan lupa diri apabila memiliki duit sendiri. Pada mereka, mereka berfikiran masih terlalu awal untuk mula menyimpan duit kerana mereka beranggapan duit yang mereka perolehi pada masa akan datang sudah mencukupi untuk simpanan di hari tua.

Ini jelas sekali tidak tepat kerana mengikut statistik, kebanyakan golongan pencen pada hari ini tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup. Akibatnya mereka terpaksa mengerah keringat apabila sudah tua selain mengharapkan belas ehsan duit daripada anak-anak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)