lisette lee

Pengedar dadah yang besar ini tidak ditangkap dalam keadaan menyamar, mencurigakan atau bergelut dengan agensi kerajaan. Malah, Lisette Lee ditangkap di sebuah lapangan terbang dengan berpakaian serba mewah dan dengan diiringi oleh dua orang pembantu peribadi.

Apa yang menjadikan operasi pengedaran dadah Lisette Lee adalah keberaniannya. Dia melakukan apa yang bertentangan daripada cuba untuk menyembunyikan diri seperti pengedar dadah biasa.

Model sosialis

lisette lee bersama seorang rakan

Lisette bersama seorang rakan

Lee yang menggelarkan dirinya sebagai "model sosialis" ini akan mengembara menggunakan jet peribadi dan kereta mewah di samping memakai pakaian bulu binatang yang mahal harganya. Dia bahkan akan membawa anjing chihuahua bersama-samanya, diiringi pengawal dan pembantu peribadinya. Gayanya memang tidak langsung mencurigakan sebagai seorang pengedar dadah.

Lee kemudiannya akan menaiki pesawat diikuti oleh rakan-rakannya yang membawa beg-beg pakaian masing-masing. Namun, beg-beg itu sebenarnya dipenuhi dengan ganja. Selama tempoh 8 bulan, "model sosialis" dan rakan-rakannya telah membawa kira-kira 3200kg ganja yang bernilai RM12.5 juta di jalanan.

Setakat ini skim pengedaran yang tidak masuk akal ini berjalan dengan lancar. Namun, pada bulan Jun 2010 Lee dan rakan-rakannya telah ditahan setelah 8 bulan mengedar dadah tanpa disedari.

Pembohongan Lisette Lee

lisette lee bersama rakan

Lisette Lee telah berbohong kepada semua orang di sekelilingnya, bahkan dengan pembohongan yang tidak masuk akal. Dia memberitahu kenalannya bahawa dia telah pergi ke sekolah mewah di Los Angeles di mana dia berada dalam kelas yang sama dengan Paris Hilton tetapi mendakwa dia dan kawan-kawannya di kelas itu memusuhi Paris.

Selepas itu dia mendakwa dia sepatutnya pegi melajutkan pelajaran di Harvard dan kemudian menamatkan pengajiannya di London (dia kadangkala bercakap dalam pelat British).

lisette lee korean paris hilton

Dia mendakwa lagi dia telah menyertai rangkaian sosial yang membolehkan dia untuk bertemujanji dengan bintang filem seperti Leonardo DiCaprio dan Channing Tatum, walaupun rakan-rakannya tidak pernah terlihat mereka bersama dengannya.

Malah, usia sebenar Lee juga menjadi misteri. Walaupun dia berusia 29 tahun semasa ditangkap pada tahun 2010, namun dia telah memberitahu semua rakan-rakannya bahawa dia berusia 22 tahun. Walaupun betapa tidak masuk akal kebohongan yang diceritakan oleh Lee, kekayaannya membuatkan ramai yang tidak mempersoalkan kesahihan ceritanya.

Pewaris berganda

samsung dan sony

Lisette Lee telah memberi jolokan kepada dirinya sendiri sebagai "Paris Hilton Korea" (agak ganjil kerana dia mendakwa dirinya musuh kepada Paris Hilton) dan setiap aspek kehidupan peribadinya dibuat agar nampak seakan memenuhi gelaran itu.

Lee selalu dilihat berjalan di sekitar Los Angeles dengan memakai mantel bulu binatang sambil memeluk tas tangan Chanel dan sering memarahi pengawal dan pembantu peribadinya.

Dia sering memberitahu rakan-rakannya bahawa kekayaan yang dimilikinya itu diberikan oleh orang tuanya yang sering sibuk dan hanya mengirimkan sejumlah wang yang banyak untuk menggantikan ketidak hadiran mereka di sampingnya.

Dia juga membuat dakwaan dengan mengatakan dia adalah pewaris kepada kekayaan dua syarikat gergasi yang terkenal iaitu Samsung di sebelah ibunya dan Sony di sebelah bapanya.

Sama seperti Paris Hilton dan Kim Kardashian (Lee sering menggelarnya "orang Armenia gemuk"), Lee cuba menempa nama untuk dirinya sendiri di luar kekayaan keluarganya dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjadi model majalah Vogue, penyanyi Kpop di Korea dan juga pelakon sebelum menceburi bidang yang lebih mencabar sebagai pengedar dadah.

Kesilapan amatur

lisette lee dan ganja yang diseludupnya

Sudah tentu, ia tidaklah begitu mudah untuk mengangkut sejumlah besar bahan haram di seluruh negara berbanding menjadi model atau pelakon. Namun begitu, Lee telah melakukan beberapa kesilapan amatur. Ganja yang dibungkus di dalam beg pakaian itu mempunyai bau yang agak kuat (hal ini membuatkan beberapa pembantu yang tidak mengetahui operasinya mengesyaki sesuatu).

Bau yang kuat ini telah membuatkan Lee berang dan memarahi rakan-rakan subahatnya yang lain. Dia memberitahu mereka agar lebih berhati-hati. Mereka telah menambah baik bungkusan beg dengan memasukkan beberapa lapisan pembalut kertas dan menyemburnya dengan pewangi Febreze dengan banyak.

Walaupun telah menambah baik bungkusan dadahnya agar tidak dikesan, Lee tidak melakukan hal yang sama untuk menutup jejak perjalanannya dari Los Angeles ke Ohio yang dilakukannya dengan kerap.

Walaupun dia sering menukar juruterbang bagi jet peribadi yang disewanya untuk setiap perjalanan, akhirnya seorang pekerja di lapangan terbang itu mula curiga dan melaporkan aktiviti peliknya itu.

Kali ini, pihak Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat telah menantinya di Lapangan Terbang Columbus pada Jun 2010 setelah mendapat maklumat daripada pekerja lapangan terbang di situ. Pada hari yang sama juga Lisette Lee ditahan untuk siasatan.

Apa yang saya akan pakai dalam penjara?

lee byung chul pengasas samsung 299

Pengasas Samsung Byung-Chul Lee

Setelah terlepas buat satu waktu yang lama, Lee seakan tidak percaya bahawa dia sebenarnya akan dipenjarakan. Namun, satu-satunya perkara yang difikirkannya ialah pakaian apa yang akan dipakainya ketika berada dalam penjara.

Semasa perbicaraannya sedang berlangsung, seluruh cerita pelik Lee akhirnya terbongkar. Dia sebenarnya bukanlah pewaris kekayaan seperti yang didakwanya, walaupun datuk sebelah ibunya iaitu Byung-Chul Lee adalah pengasas Syarikat Samsung. Namun begitu, Lisette sebenarnya adalah anak luar nikah Corine Lee dan Yoshi Morita, seorang mogul kasino Jepun.

corine lee 31

Ibu Lisette, Corine Lee

Dia dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1981. Dia telah dibesarkan di Amerika Syarikat oleh rakan keluarganya dalam keadaan yang agak sederhana tetapi ibu dan bapanya telah memanjakan Lee dengan menghantar sejumlah wang yang banyak kepadanya. Namun begitu, cerita tentang sekolah bangsawan, kerjaya model dan teman lelaki selebriti adalah rekaan semata-mata.

Lisette Lee telah mengaku bersalah terhadap tuduhan konspirasi dan memiliki dadah bertujuan untuk mengedarnya pada Jun 2011, setahun selepas penangkapannya. Dia telah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan denda sebanyak RM 83,000. Walaupun telah ditahan, dia masih berkhayal bahawa dia adalah pewaris kekayaan syarikat gergasi dan memberitahu pihak polis mengenainya.

lisette lee terkini

Wajah terkini Lisette Lee

Walaupun dipaksa memakai baju biru yang diwajibkan dalam penjara, dia mempunyai pelbagai aksesori sesuai untuk dipadankan dengan warna itu. Lee menggambarkan hukuman penjaranya sebagai "percutian di sebuah pusat peranginan kerajaan" yang memberikannya masa untuk mengasah kemahiran tenis dan yoganya.

Walaupun hukuman Lisette Lee atau digelar sebagai "Puteri Ganja" ini telah tamat pada tahun 2017, status dan tempat tinggal terkininya tidak didedahkan kepada umum.



Hakcipta iluminasi.com (2017)