Oleh pada 28 Aug 2018 kategori

Walaupun perang sedang berlangsung, banyak perniagaan masih berjalan seperti biasa. Malah, ada sesetengah perniagaan yang mendapat manfaat daripada sebuah peperangan.

Sebagai contoh, ketika Perang Dunia Kedua, ekonomi Amerika Syarikat yang sebelum itu bukanlah kuasa ekonomi terbesar di dunia, melonjak naik selepas menjadi pembekal peralatan perang.

iluminasi.com kongsikan 5 syarikat terkenal yang mendapat manfaat daripada kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Kodak

kodak

Menurut fail Arkib Negara, anak syarikat Eastman Kodak telah berurusan Nazi Jerman selepas Amerika Syarikat mengisytiharkan perang.

Kodak di Jerman telah menggunakan buruh hamba di mana kilang di Stuttgart mempunyai lapan puluh buruh hamba manakala kilang Berlin-Kopenick mempunyai dua ratus lima puluh pekerja hamba.

Satu lagi anak syarikat Kodak di Portugal telah membantu Nazi dengan cara lain. Ia menghantar keuntungannya kepada cawangan syarikat di Belanda yang diduduki oleh Nazi pada pertengahan tahun 1942.

Dan pada tahun 1942 juga, cawangan Kodak di Sepanyol telah membeli barang-barang yang diimport dari Jerman dan membayar tujuh belas ribu Reichsmark (mata wang Jerman dari tahun 1924 hingga 1948).

Wilhelm Keppler, penasihat ekonomi peribadi Adolf Hitler, dikenali sebagai "Kodak Man" oleh perisikan U.S kerana hubungan peribadi dan perniagaan dengan firma itu.

Dia adalah individu yang bertanggungjawab menasihatkan Kodak untuk memberhentikan pekerja Yahudinya.

Disebabkan hubungan perniagaan ini, pendapatan Kodak telah meningkat dan telah diperluas kepada menghasilkan perkakasan tentera dan peledak.

4. Hugo Boss

hugo boss

Penglibatan Hugo Boss, pemilik syarikat itu telah menjadi topik selama bertahun-tahun. Terdapat satu mitos bahawa Hugo Boss sendiri adalah pereka pakaian suit untuk tentera Nazi Jerman.

Walau bagaimanapun, tidak ada kebenaran kepada mitos itu. Dan walaupun Hugo Boss mungkin tidak mereka pakaian seragam tersebut, namun dia adalah orang yang bertanggungjawab menghasilkannya.

Hugo Boss telah memulakan perniagaan pengilangan pakaian pada tahun 1924.

Antara pelanggan terawalnya ialah profesor terkenal Jerman iaitu Rudolf Born yang meminta Hugo Boss untuk menghasilkan baju coklat untuk organisasi "Parti Sosialis Nasionalis", yang kemudiannya dikenali sebagai Nazi.

Pada 1 April 1931, Hugo Boss menyertai Parti Nazi. Dia menyertai parti itu kerana dua sebab. Yang pertama adalah dia percaya bahawa sebagai eksekutif, ia akan memberi faedah kepadanya untuk mendapatkan kontrak dari Nazi.

Kedua, dia juga percaya bahawa Hitler adalah satu-satunya orang yang dapat menyelamatkan Jerman. Menjelang tahun 1933, Boss terkenal kerana mengilang pakaian untuk tentera Nazi, Hitler Youth dan Brownshirts, yang merupakan sayap tentera parti Nazi.

baju seragam dibuat oleh hugo boss

Perniagaannya semakin rancak pada tahun 1938 kerana dia menghasilkan pakaian seragam tentera. Pada tahun 1940, Hugo Boss memperoleh 1 juta Reichsmark.

Apabila perniagaannya mula berkembang, dia memerlukan lebih ramai pekerja. Malangnya, sepanjang tahun 1940, Hugo Boss telah menggunakan 140 buruh paksa selama lapan bulan. Angka-angka ini telah bertambah lagi sebanyak empat puluh tawanan perang dari Perancis.

Selepas perang, Hugo Boss didenda 100,000 Reichsmark atas sokongannya terhadap Nazi. Haknya untuk mengundi dan menjalankan perniagaan telah dilucutkan, bagaimanapun perniagaannya dapat diteruskan selepas membuat rayuan.

Hugo Boss meninggal dunia pada tahun 1948. Pada tahun 1999, syarikatnya telah menyumbang kepada dana yang telah membayar ganti rugi pekerja paksa.

3. BMW

bmw

Pada bulan Mei 1933, pengasas BMW, Günther Quandt telah menyertai Parti Nazi, hanya sebulan selepas Hitler menjadi pemimpin tertinggi di Jerman.

Setelah itu, Günther dianugerahkan banyak kontrak negeri yang menguntungkan dan telah mengembangkan perniagaan mereka semasa perang. Mereka telah memperoleh beberapa syarikat Yahudi menerusi pemfirmaan "Aryanisasi".

Pada tahun 1937, Guenther telah dianugerahkan dengan gelaran "Wehrwirtschaftsfuhrer", gelaran yang diberikan kepada pemimpin ekonomi persenjataan.

Selepas beberapa tahun mendiamkan diri, akhirnya BMW telah mengakui pada tahun 2001 bahawa syarikat mereka telah menggunakan buruh kerja paksa.

kilang bmw pada tahun 1943

Gabriele Quandt, mengakui bahawa datuknya Guenther telah menggunakan lima puluh ribu pekerja hamba untuk bekerja dalam menghasilkan peluru, bateri u-bot dan artileri.

Buruh paksa yang digunakan adalah sebahagian besar daripada tahanan perang Rusia dan termasuk dengan hamba-hamba Ukraine.

Juga terdapat kawasan hukuman mati di kilang BMW di Hannover, di mana buruh paksa tersebut dibunuh jika mereka tidak memuaskan hati tuan mereka.

Gabriele berkata ia menjadi satu kesalahan jika mereka mendiamkan diri dan mengabaikan terhadap apa yang telah berlaku pada masa lalu.

2. Audi

audi

Semasa Perang Dunia Kedua, Audi, syarikat kereta gergasi dikenali sebagai "Group Auto Union". Syarikat ini telah menggunakan beribu-ribu buruh paksa dari kem-kem tahanan Nazi.

Syarikat itu mempunyai pengaturan bahawa mereka akan menyewa 3,700 individu dari kem-kem tahanan. Selain dari kem-kem tahanan, terdapat 16,500 hamba bekerja di kilang mereka.

Semua maklumat ini dikumpulkan apabila Rudolf Boch, seorang sejarawan ekonomi di Universiti Chemnitz dan Martin Kukowski, ketua jabatan sejarah Audi melakukan kajian.

Mereka telah menerima akses untuk arkib Audi atas alasan pembersihan sejarah syarikat itu.Kajian itu telah mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada dua puluh ribu buruh paksa telah bekerja dalam kesatuan Auto untuk kerja-kerja di Jerman.

pekerja paksa

Dan jumlah itu merangkumi hampir seperlima penduduk kem-kem tahanan. Keadaan di kem-kem tahanan di Zwickau City sangat mengerikan. Kebanyakan hamba dari Perancis telah tinggal di berek yang tidak mempunyai sistem pemanas.

Pekerja kurang upaya kemudiannya dihantar ke kem Flossenburg untuk dihapuskan dan jumlahnya akan diganti oleh tahanan yang lain.

Sebelum peperangan berakhir, 688 tahanan perang dari Zwickau terbunuh, yang mana separuh daripada mereka sudah hampir mati.

Audi telah mengakui kesilapan mereka ketika perang ini dan telah membayar berjuta-juta dalam bentuk pampasan kepada pekerja buruh paksa dan keturunan mereka.

1. Daimler-Benz

daimler benz

Dari tahun 1937, pembuat kereta mewah Daimler Mercedes Benz telah menghasilkan enjin pesawat terbang DB 601 dan kelengakapan perang seperti trak LG3000. Kilang Daimler di mana enjin pesawat dibuat terletak di hutan yang tersembunyi di selatan Berlin.

Pada tahun 1942, pengeluaran syarikat ini memfokuskan kepada pembuatan komponen yang digunakan untuk tentera laut, angkatan udara dan tentera. Pembaikan kenderaan tentera juga semakin meningkat pada masa itu, dengan itu memerlukan ramai pekerja.

Pada mulanya, Daimler-Benz telah merekrut wanita untuk mengisi kekosongan tetapi masih tidak mencukupi. Daimler-Benz kemudiannya menggunakan buruh paksa sebagai tenaga kerja.

Tawanan perang, individu yang diculik dan juga tahanan kem tahanan telah dikurung berdekatan dengan kilang. Mereka dikurung dalam sebuah kem yang berada dalam keadaan yang teruk.

pekerja paksa daimler benz

pekerja paksa daimler benz 2

Banduan kem tahanan diperhatikan oleh tentera Nazi dan mereka diberi syarat yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Mereka kemudian dipinjamkan kepada syarikat lain untuk mendapatkan wang. Daimler-Benz mempunyai 63,610 buruh paksa dari kalangan orang awam, sama ada tawanan perang atau dari kem-kem tahanan.

Selepas perang, Daimler mengakui hubungannya dengan Nazi dan mereka telah mengambil bahagian secara aktif dalam "Peringatan, Tanggungjawab dan Masa Depan", sebuah inisiatif Yayasan Industri Jerman yang bertujuan memberikan bantuan kemanusiaan untuk buruh paksa semasa perang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)