Walaupun banyak syarikat atau firma pembinaan yang ada di Malaysia di seluruh dunia, hanya ada beberapa syarikat sahaja yang boleh dianggap cukup besar untuk pembinaan projek-projek mega di seluruh dunia.

Projek-projek pembinaan ini termasuklah pembinaan bangunan, kawasan perumahan, insfrastruktur, telekomunikasi dan banyak lagi cabang pembinaan. Ada sesetengah syarikat mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pembinaan hidroelektrik, rel kereta api dan seumpamanya. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah syarikat paling besar di dunia? Kali ini mari kami kongsikan pula senarai syarikat pembinaan terbesar di dunia. Menariknya, ada beberapa syarikat daripada Asia juga berada dalam senarai ini.

5. Bouygues

bouygues

Anak-anak syarikat multinasional Bouygues  termasuklah Bouygues Immobilier dan Bouygues Telecom sementara dan perkhidmatan pembinaan mereka dikendalikan oleh Kumpulan Colas dan Bouygues Construction.

Syarikat ini mengambil pendekatan inovatif untuk pembinaan dengan memanfaatkan teknologi percetakan 3D untuk mengurangkan masa dan kos pengeluaran. Syarikat Bouygues dtubuhkn pada tahun 1952 di Paris, Perancis. Antara projek ternamanya adalah muzium Musée d’Orsay.

Anak syarikat Bouygues Telecom, bersama dua syarikat lain yang mengendalikan telekomunikasi (SFR dan Orange SA), telah didenda berjuta-juta pada tahun 2005 akibat daripada didapati berkongsi maklumat sulit.

4. ACS Actividades de Construcción y Servicios S.A.

acs actividades de construcci n y servicios 916

Syarikat Sepanyol ini mengendalikan pembinaan awam dan kejuruteraan, serta menyediakan perkhidmatan tambahan seperti telekomunikasi dan pengurusan infrastruktur.

ACS Actividades de Construcción y Servicios S.A. mempunyai kehadiran global yang kukuh dan beroperasi dalam dua segmen lain, Perkhidmatan Perindustrian dan Alam Sekitar, di samping operasi Pembinaannya.

Syarikat yang meluas ini ditubuhkan apabila sekumpulan jurutera bersetuju dengan penggabungan untuk menghidupkan semula dua syarikat yang sedang bergelut: OCP Construcciones, S.A. dan Ginés Navarro Construcciones, S.A.. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1997 dan berasal dari Madrid, Sepanyol.

3. Power Construction Corp. of China

powerchina

Juga dikenali sebagai "PowerChina", syarikat pembinaan ini memberikan tumpuan pada kontrak, tinjauan dan reka bentuk projek hidraulik dan pemuliharaan air. Syarikat ini bertanggungjawab untuk lebih 80% daripada proses ukur, perancangan dan reka bentuk projek kuasa hidro utama di seluruh China.

Syarikat yang meluas ini telah membina lebih daripada 200 stesen janakuasa hidro bersaiz besar dan sederhana di pelbagai negara. Jenama luar negara PowerChina termasuk Sinohydro, HydroChina, SEPCO dan SEPCO III.

PowerChina adalah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pembinaan Ladang Angin Adama, yang menjadi ladang angin terbesar di sub-Sahara Afrika dan menyediakan masa depan tenaga boleh diperbaharui yang menjanjikan.

2. Vinci SA

vinci sa

Pada asalnya diasaskan sebagai Société Générale d'Enterprises, syarikat pembinaan dan konsesi ini telah berkembang secara mendadak selama bertahun-tahun dengan melalui pembelian dan pengambilalihan banyak syarikat lain.

Vinci SA menyokong misi mereka dengan menggunakan perkhidmatan mereka untuk menangani isu global seperti perubahan iklim, kecekapan tenaga dan pengurangan sisa. Syarikat ini dinamakan sebagai penghormatan kepada Leonardo da Vinci dan kegeniusannyanya dengan mmberikan tumpuan pada kreativiti dan penyelesaian yang inovatif.

Vinci SA ditubuhkan pada tahun 1899 dan mempunyai ibu pejabat di Rueil Malmaison, Perancis. Antara projek ternama syarikat ini adalah ruangan masuk Louvre yang berbentuk piamid gelas. 

1. China Communications Construction Group, Ltd.

china communications construction group

China Communications Construction Group, Ltd. ialah syarikat pembinaan terbesar di dunia mengikut jumlah pendpatanhasil. Syarikat yang didagangkan secara terbuka ini banyak menumpukan pada projek pembinaan infrastruktur dan aset berkaitan.

Di samping reka bentuk, pembangunan dan pembinaan infrastruktur, China Communications Construction juga mengendalikan kerja-kerja pengorekan dan pembuatan jentera berat. Selain mengendalikan secara langsung projek pembinaan di China, syarikat ini juga merupakan pelabur dalam projek infrastruktur lain di seluruh dunia.

Bagi yang tidak tahu, inilah syarikat yang sedang membina projek East Coast Rail Link (ECRL) di Malaysia pada ketika ini. ECRL adalah projek pembinaan rel kereta api sepanjang sekitar 640 km yang akan menghubungkan kawasan barat Semenannjung Malaysia dengan kawasan Pantai Timur. 

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)