Di negara kita, trend 'raver' masih lagi popular sehingga kini melibatkan ramai anak muda di negara kita yang gemar menari beramai-ramai. Walaupun ada yang mengucap panjang melihat tingkah-laku yang dipaparkan remaja-remaja raver, ketahuilah perbuatan mereka itu sebenarnya tidaklah seburuk yang disangkakan.

Ini kerana di luar sana, wujud bermacam lagi subkultur-subkultur aneh, pelik dan ada kalanya menakutkan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan manusia yang amat jelas memerlukan panduan hidup serta sedikit teguran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernah anda dengar subkultur-subkultur ini sebelum ini? Berikut adalah lima subkultur yang wujud di seluruh dunia yang kami rasakan 'menarik' untuk dikongsikan kepada anda hari ini. Nasihat kami, janganlah ikut pula ye.

1. Bronies

bronies my little pony brony peminat setia

'Bronies' adalah satu kumpulan individu (kebiasannya lelaki) yang mengangkat tema persahabatan dan kesetiaan yang dipaparkan dalam siri animasi (untuk kanak-kanak wanita) 'My Little Pony.' Mempunyai pengikut yang setia, seorang 'brony' kebiasaannya berinteraksi dengan 'brony' lain dalam talian, namun ada kalanya mereka mengadakan perhimpunan-perhimpunan serta perjumpaan di kalangan bronies.

Semasa berhimpun, ramai yang akan mengenakan pakaian menyerupai watak 'My Little Pony' yang diminati mereka. Menurut laporan, majoriti antara mereka sebenarnya tidaklah mempunyai pemikiran pelik dan tidak sepatutnya diletakkan dalam kategori kumpulan yang sama dengan mereka yang mempunyai kecenderungan seks terhadap watak-watak dalam siri 'My Little Pony.'

2. Furries

peminat trend furries subculture

Furries adalah satu cabang subkultur aneh di mana seseorang individu itu akan menggayakan diri mereka seperti binatang berbulu yang comel seperti arnab, musang, rakun, kucing dan sebagainya yang mampu berdiri seperti manusia. Majoriti pengikut 'furries' mengakui tidak ada apa-apa yang aneh pada hobi mereka namun kajian mengatakan sebaliknya.

Diminati oleh golongan lelaki berumur pertengahan 20-an yang kebanyakannya biseksual, gay atau seorang transgender, kumpulan 'furries' kerap mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mengadakan konvensyen. (rujukan)

3. Norwegian Black Metal

norwegian norway black metal

Bermula sebagai sebuah gerakan suka-suka pada mulanya semasa era 90-an, Norwegian Black Metal (NBM) akhirnya menjadi satu gerakan besar yang menjadi ancaman kepada pihak gereja sendiri, di Norway. Mempunyai jumlah pengikut yang ramai menyebabkan kejadian jenayah di kalangan pengikut NBM berleluasa kerana mereka percaya agama Kristian patut dihapuskan dan era pemerintahan Tuhan-Tuhan orang Norse dikembalikan.

Bagi orang di luar Norway yang melawat Norway hanya untuk mengikuti pergerakan ini, mereka boleh berbuat demikian. Ada terma khas yang digunakan oleh kumpulan ini bagi mereka yang ke Norway untuk merasai pengalaman 'black metal' ala Norway - mereka dinamakan 'blackpackers.'

4. Cybergoth

cybergoth trend pelik

Wujud sejak zaman 80-an lagi di Jerman, cybergoth mempunyai jumlah pengikut yang agak besar di seluruh dunia. Gemar berpakaian warna hitam dengan perhiasan rambut yang direka khas mengikut tema mereka sendiri. Gemar memanjangkan rambut menggunakan penyambung agar nampak ganas serta memakai topeng gas, seorang cybergoth berbeza dengan goth biasa kerana mereka menyelitkan warna lain dalam pemakaian mereka.

Bagi pengikut cybergoth, satu-satunya muzik yang mampu mereka dengar adalah muzik techno yang menyeramkan. Ketika berkumpul, mereka beramai-ramai akan menari bersama-sama tarian rasmi mereka yang penulis boleh katakan, sangat sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

5. Real Vampire

michael and blut real vampire minum darah pasanga

Sangat terpengaruh dengan kisah-kisah seram yang melibatkan Drakula atau apa saja makhluk penghisap darah, beberapa kelompok manusia memilih untuk menjadi seorang 'vampire' sebenar dalam satu pergerakan yang bergerak di Amerika Syarikat dan Britain. Apa yang menakutkan, mereka memang benar-benar percaya setiap individu 'vampire' dilahirkan berbeza dengan manusia biasa jadi mereka benar-benar memerlukan darah untuk terus hidup.

Berhubungan menggunakan media sosial, mereka selalu mengadakan perjumpaan yang bersifat sulit. Bagi mana-mana vampire yang mahu membiarkan darah mereka dihisap, individu itu diberikan status sebagai seorang 'black swan.' Dengan menggunakan pisau yang sudah dibersihkan, torehan pada mana-mana bahagian badan 'black swan' akan dilakukan dan terpulanglah kepada mana-mana 'vampire' yang sudi untuk merasai darah tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)