Satu ketika dahulu, setem menjadi sebahagian daripada sistem komunikasi yang sangat penting di dunia. Sehingga tahun 1990-an, setem masih digunakan secara meluas termasuklah di Malaysia.
Namun disebabkan perkembangan teknologi yang pesat membangun, setem semakin dilupakan dan hanya digunakan dalam urusan penghantaran surat rasmi sahaja.
Walaupun ia semakin dilupakan, namun setem masih segar dalam ingatan pengumpul-pengumpul yang masih mencari setem yang yang jarang dijumpai serta antik.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 5 setem yang paling mahal di dunia.
5. Inverted Jenny
Setem ini adalah hasil daripada kesilapan pencetakan, diberikan nama "Inverted Jenny". Kini bernilai sekitar RM3.96 juta, setem ini memaparkan imej pesawat Curtiss JN-4 secara terbalik dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1918.
Hanya 100 salinan sahaja dikeluarkan dalam berbentuk cetakan terbalik ini membuatkan harganya melambung tinggi.
4. Baden 9 Kreuzer
Bukannya menjadi berharga disebabkan oleh kesilapan imej, harga setem Baden 9-Kreuzer melonjak tinggi disebabkan oleh kesilapan warna.
Setem ini mempunyai imej nilai 9-Kreuzer (mata wang Jerman dahulu) dan berwarna merah jambu, sementara setem 6-Kreuzer berwarna hijau.
Walau bagaimanapun, kesilapan dalam percetakan menjadikan satu set setem 9-Kreuzer berwarna hijau, bukannya merah jambu, iaitu terbalik.
Hanya empat unit sahaja yang diketahui wujud dan satu telah dijual pada tahun 2008 untuk lebih daripada RM4.8 juta
3. 2 setem terawal Mauritius
Dikeluarkan pada tahun 1847 di Mauritius ketika penjajahan British, kedua-dua setem ini dimodelkan berdasarkan setem British dengan imej Ratu Victoria.
Dengan hanya 26 salinan yang diketahui masih wujud di dunia dan sebagai Setem Komanwel Inggeris pertama yang dihasilkan di luar Great Britain, maka tak hairanlah setem Mauritius ini mempunya nilai melebihi RM4.8 juta setiap satu.
2. Treskilling Yellow
Setem Treskilling Yellow dianggap sebagai salah satu setem pos yang paling mahal di dunia kerana ia sepatutnya dicetak dalam warna biru-hijau dengan cetakan tiga skelan, namun ia dicetak dengan warna kuning.
Setem yang tersalah cetak dari Sweden ini yang dikeluarkan pada tahun 1855 dipercayai merupakan satu-satunya salinan yang masih wujud, membuatkan ia bernilai lebih dari RM10 juta.
Setem ini telah dijual lebih dari sekali dengan nilainya meningkat setiap kali dijual. Nilainya mungkin akan naik di masa depan.
1. British Guiana 1c Magenta
Setem yang paling jarang dan paling berharga di dunia ialah British Guiana 1c Magenta yang mempunyai nilai anggaran setinggi RM43 juta.
Penghantara setem dari London ke British Guiana pada tahun 1856 telah ditangguhkan, maka setem 1c Magenta dicipta dalam jumlah terhad untuk memastikan perdagangan dan komunikasi berterusan di pulau itu.
Kedua-dua motto koloni simbolik ini dan hakikat bahawa hanya satu sahaja setem ini masih wujud di dunia, menjadikannya setem paling bernilai di dunia.
Rujukan:
1. Mashable
2. Mirror
3. Cataw