Pada masa kini, khidmat pembantu suara (voice assistant) digunakan secara meluas. Contoh paling mudah adalah teknologi Siri yang dibangunkan oleh Apple dan Alexa yang dibangunkan oleh Amazon.
Siri dan Alexa adalah teknologi pembantu maya yang membolehkan pengguna memberikan arahan dan akan menjawab kembali arahan atau pertanyaan anda. Sekiranya anda perasan, kesemua pembantu suara ini menggunakan suara wanita. Mengapakah suara wanita menjadi pilihan dalam hampir kesemua teknologi pembantu suara?
BESARKAN TEKS A- A+
Bukan sahaja suara, malah kebanyakan teknologi ini juga dinamakan menggunakan nama wanita. Selain Siri dan Alexa, Cortana yang dibangunkan oleh Microsoft dan Bixby oleh Samsung juga turut menggunakan nama dan suara wanita. Apakah sebab disebalik penggunaan suara wanita ini?
1. Stereotaip wanita sebagai pembantu lelaki
Sejak sekian lamanya, wanita dianggap sebagai pembantu bagi kaum lelaki tidak kiralah di rumah mahupun di tempat kerja. Ini merupakan antara sebab utama servis pembantu suara memilih untuk menggunakan suara wanita berbanding lelaki.
Dalam erti kata lain, khidmat pembantu suara merupakan pembantu dan setiusaha dalam dunia digital. Dengan menggunakan suara wanita, ia seolah-oleh membuatkan pembantu suara wanita itu benar-benar wujud di dunia yang nyata. Walau bagaimanapun, ini tidak sesekali bermakna wanita mempunyai martabat lebih rendah daripada orang lelaki.
2. Suara wanita lebih sedap didengar
Terdapat satu lagi teori mengapa suara wanita digunakan secara meluas dalam teknologi pembantu suara. Pendapat ini diutarakan oleh Clifford Nass, seorang Professor dari Stanford University dalam sebuah wawancara bersama stesyen CNN pada tahun 2011.
Menurut beliau, telinga manusia secara semulajadinya lebih gemar mendengar suara wanita. Hal ini mungkin berkait rapat dengan peringkat awal kehidupan manusia dimana sejak didalam rahim lagi, bayi sudahpun mendengar suara ibu mereka selama beberapa bulan. Malah, sejak kecil lagi kebiasaannya seorang bayi akan menghabiskan banyak masa dengan seorang wanita iaitu ibunya sendiri.
3. Stigma hubungan lelaki dan lelaki
Karl Fredric Mac Dorman, seorang pakar kajian interaksi manusia dan komputer dari Indiana University mempunyai teori yang berlainan. Menurutnya, ia bukan hanya berkait rapat antara hubungan manusia dengan komputer, tetapi manusia dengan manusia. Beliau dan rakannya juga sudah mengkaji reaksi manusia terhadap suara wanita dan lelaki dan mengetahui suara siapakah yang lebih digemari.
Dalam kajian tersebut, beliau dapati majoriti manusia lebih menggemari suara wanita. Hasil kajian ini mungkin turut dipengaruhi stigma hubungan lelaki dengan lelaki lain. Beliau berpendapat kebanyakan lelaki lebih suka mendengar suara wanita dan kebanyakan wanita juga tidak kisah mendengar suara wanita lain.
4. Stereotaip terhadap kelembutan wanita
Penggunaan suara wanita dalam khidmat "virtual assistant" turut dikaitkan dengan streotaip manusia pada suara wanita itu. Suara wanita menjadi pilihan memandangkan suara wanita kelihatan lebih lembut dan mudah didengari dengan jelas.
Kajian yang dilakukan terhadap pengguna yang kerap menggunakan khidmat virtual assistant seperti Alexa, Siri, Cortana dan sebagainya mendapati 90% daripada pengguna sangat berpuas hati dengan penggunaan suara wanita yang dikatakan lebih sedap didengar dan mesra.
5. Suara lelaki sering dikaitkan dengan perkara tidak baik
Antara "virtual assistant" yang menggunakan suara lelaki yang pernah wujud adalah HAL 9000 yang dipaparkan dalam filem 2001: A Space Odyssey. HAL 9000 digambarkan sebagai "virtual assistant" yang menyeramkan dan menakutkan. Penggunaan suara lelaki pada HAL 9000 mewujudkan stereotaip bahawa suara lelaki biasanya dikaitkan dengan perkara jahat.
Idea penggunaan suara lelaki sebagai watak jahat bermula dengan HAL 9000 dan ianya menjadi streotaip sehingga menyebabkan banyak watak jahat turut menggunakan suara lelaki. Contoh lain adalah watak Ultron dan Sonny dalam filem I, Robot.
Kredit: