sayuran paling mahal

Sayur-sayuran bukanlah jenis makanan yang menjadi pilihan bagi sesetengah orang. Malah, ada yang langsung tidak memakan sayur-sayuran sepanjang hidupnya.

Walaupun ia memberikan banyak manfaat kepada kesihatan namun disebabkan rasanya yang tidak sesedap ayam, ikan atau daging membuatkannya sering disisihkan terutama oleh kanak-kanak.

sayur di pasar

Dan ia biasanya dijual dengar harga yang lebih rendah berbanding ayam dan daging, namun terdapat beberapa jenis sayuran yang mempunyai nilai yang sangat tinggi disebabkan beberapa faktor tertentu.

iluminasi.com kongsikan 5 sayur-sayuran paling mahal di dunia.

5. Salad merah jambu - RM92 sekilogram

salad merah jambu

Salad merah jambu atau radicchio merah jambu adalah sayuran berdaun terkini yang melanda pasaran baru pada awal tahun 2018.

Anda hampir boleh menggambarkannya sebagai radicchio dengan rasa yang sangat ringan, walaupun ia mempunyai sedikit rasa pahit.

Walaupun harga RM88 sekilogram tidaklah begitu mahal berbanding sayuran lain dalam senarai ini, namun harga tersebut hanyalah untuk sebiji salad ini sahaja.

Salad merah jambu adalah sayuran semulajadi dan ia diramalkan akan menjadi lebih mahal kerana ia menjadi semakin popular di media sosial ketika ini.

4. Bayam Yamashita – RM120 sekilogram

asafumi yamashita

(Asafumi Yamashita)

Ini adalah satu lagi sayuran hijau yang tersenarai dalam senarai sayu-sayuran paling mahal di dunia. Sayur bayam biasanya dijual dengan harga yang berpatutan.

Jika anda membelinya dari petani, ia akan menjadi lebih murah. Harga di pasaraya lebih mahal tetapi masih dianggap sebagai murah.

Bagi bayam Yamashita, ia tersangat mahal dan dijual dengan harga sekitar RM120 sekilogram. Asafumi Yamashita adalah penanam sayuran yang berasal dari Tokyo di Perancis.

Anda boleh menganggap sayur-sayuran yang ditanam Yamashita sebagai barang khas terpilih. Ia hanya dijual kepada 7 pelanggan sahaja di mana semuanya adalah tukang masak yang mempunyai bintang Michelin.

Sayur-sayuran Yamashita mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan dan penjagaan yang dibuat Yamashita terhadap sayur-sayurannya tidak berbelah bagi.

3. Akar Wasabi – RM670 sekilogram

akar wasabi 2

Jika anda pernah pergi ke restoran sushi mewah, berkemungkinan besar anda akan membayar harga premium untuk hidangan makanan anda.

Sudah tentu ikan dan makanan laut lain menjadi penyebab kepada harga yang mahal, namun apa yang menambahkan lagi harganya adalah wasabi yang dihidangkan adalah wasabi segar, bukannya yang diproses.

Anda boleh menghasilkan wasabi dalam jumlah yang banyak daripada satu akar wasabi, tetapi hakikatnya adalah tidak banyak ladang wasabi yang wujud di dunia.

Anda perlu mendapatkannya secara langsung dari Jepun atau mendapatkannya dari ladang wasabi di Eropah. Tak kisah dengan mana-mana cara sekalipun pun, jika anda mahu wasabi segar, anda perlu bersedia untuk membayar dengan harga ini.

Ia sangat berbaloi, terutamanya jika anda sukakan sushi.

2. Ubi La Bonnotte – RM2,942 sekilogram

ubi la bonnotte

Kentang biasanya sangat murah. Malah, ia merupakan antara sayur-sayuran yang paling murah anda boleh dapati di pasaran dengan harga serendah RM1 sekilogram. Namun, bagi kentang ini, lain ceritanya.

Kentang La Bonnotte adalah kentang paling mahal dan sayuran kedua termahal di dunia.

Faktor yang membuatkannya tersangat mahal adalah sangat jarang ditemui kerana jenis kentang ini hanya ditanam di sebuah pulau di luar pantai barat Perancis iaitu Noirmoutier.

Hanya 100 tan dihasilkan setiap tahun. Setiap satu kentang ini perlu dipetik dengan tangan, jadi kerja-kerja penuaian boleh mengambil masa yang sangat panjang. 

Semua kentang juga dibaja dengan tangan menggunakan alga dan rumpai laut. Inilah yang memberikan rasa yang sihat yang berbeza kepada kentang La Bonnotte.

Ia hanya dihidangkan di restoran-restoran eksklusif di Perancis dan jika anda pernah makan kentang ini, anda akan tahu mengapa mereka sangat bernilai tinggi.

1. Pucuk Hop – RM3,920 sekilogram

pucuk hop

Sayur pucuk ini mempunya beberapa nama berlainan namun tak kira dengan nama apa pun ia dipanggil, harganya tak akan berubah.

Pucuk hop adalah bahagian-bahagian tumbuhan hop yang tidak digunakan dalam pembuatan bir.

Tumbuhan ini menjadi sangat berguna di seluruh dunia untuk tujuan penapaian, tetapi pucuk hop juga mempunyai tujuan yang mana ramai daripada kita tak sanggup bayar.

Pucuk ini benar-benar berbaloi untuk dibeli jika anda mengambil kira rasa yang diberikannya. Ia mempunyai kualiti seperti sayur kale dengan sedikit rasa manis.

Sebab mengapa pucuk hop sangat mahal adalah kerana proses penuaiannya yang rumit. Ia harus dipilih dengan tangan, dan kerana ia tidak tumbuh dalam barisan, agak sukar untuk mencari pucuk hop bagi proses pemilihan.

Di samping itu, pucuk hop sangat kecil sehingga anda perlu memilih beratus-ratus daripadanya sebelum anda dapat mengisi satu beg.

Ia sangat sukar untuk dituai namun bagi mereka yang melakukan kerja-kerja ini akan mendapatkan hasil yang sangat lumayan. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)