Oleh pada 18 Nov 2019 kategori

Pada tahun 1939, Adolf Hitler telah mengheret Eropah kembali ke kancah peperangan. Ini tidak bermaksud tanpa ketua Nazi itu tidak akan berlakunya Perang Dunia Kedua. Tambahan pula, keadaan di Timur Jauh ketika itu juga semakin meruncing.

Perang di tahap global ini sebenarnya berlaku di atas beberapa sebab-sebab utama. Berikut adalah 5 sebab utama yang menjadi punca berlakunya Perang Dunia Kedua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Perjanjian Versailles dan keinginan Jerman membalas dendam

perjanjian versailles

Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada 1919 di Versailles, Perancis, adalah perjanjian damai penting yang mengakhiri Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini menamatkan permusuhan Jerman dan Kuasa Sekutu (Allied). Namun, perjanjian ini dilihat Jerman sebagai berat sebelah dan dipengaruhi tokoh-tokoh bangsa Yahudi dari Parti Bolshevik di Kesatuan Soviet.

Pemimpin Jerman ketika itu, Philipp Scheidemann, sanggup meletak jawatan daripada menandatangani Perjanjian Versailles. Walau bagaimanapun, kerajaan baru yang dibentuk oleh Gustav Bauer bersetuju menandatangani perjanjian tersebut kerana Jerman dalam keadaan tersepit.

Banyak perkara yang ditulis dalam perjanjian itu merupakan penghinaan kepada rakyat Jerman. Kedatangan Adolf Hitler menyemarakkan lagi semangat ekstremis dan keinginan mereka untuk membalas dendam.

2. Kejatuhan ekonomi

zaman kemelesetan besar

Kemerosotan ekonomi mampu mewujudkan pelbagai masalah seperti pergolakan sivil, politik tempatan dan antarabangsa. Era inflasi sifar yang melanda Jerman pada tahun 1923-1924 memudahkan lagi perkembangan awal karier Hitler.

Walaupun keadaan dilihat semakin pulih, kerapuhan kerajaan Jerman ketika itu menjadi semakin buruk apabila krisis ekonomi global melanda pada tahun 1929. Zaman Kemelesetan Besar telah mengakibatkan kadar pengangguran yang tinggi, kebuluran, rusuhan berlaku di mana-mana dan menjadi permulaan kepada kewujudan Parti Sosialis Nasional (Nazi) di Jerman.

3. Ideologi Nazi dan pembentukan Lebensraum

tentera nazi 206

Adolf Hitler telah mengeksploitasi Perjanjian Versailles dengan menaikkan semangat rakyat Jerman dan menanamkan rasa bangga yang ekstrem di peringkat kebangsaan.

Dia cuba memisahkan Jerman dengan negara-negara Eropah yang lain melalui ideologi "Bangsa Aryan" iaitu bangsa yang lebih tinggi statusnya berbanding bangsa-bangsa lain. Ia telah menimbulkan perasaan benci rakyat Jerman khususnya kepada bangsa Slavic, Romani (Indo-Aryan) dan Yahudi.

lebensraum

Pada awal tahun 1925, Hitler telah menerbitkan buku Mein Kampf yang merupakan manifesto untuk menyatukan Jerman di seluruh Eropah dalam wilayah yang akan diubah suai termasuklah Austria dan beberapa wilayah lain.

Pada bulan Mei 1939, Hitler secara terang-terangan merujuk perang yang akan berlaku adalah untuk membina "Lebensraum" iaitu wilayah khas untuk Bangsa Aryan yang merangkimi seluruh Eropah Tengah dan Rusia.

4. Kebangkitan ekstremisme dan penggabungan kuasa besar

adolf hitler dan benito mussolini

Adolf Hitler dan Benito Mussolini

Eropah telah mengalami perubahan ketara selepas Perang Dunia Pertama. Banyak kumpulan sayap kanan dan kiri muncul dengan ideologi politik ekstrem yang berbeza-beza. Hitler telah mengenal pasti Joseph Stalin sebagai musuh utama pada masa akan datang.

Selain itu, Hitler juga risau akan Jerman yang dikelilingi Kesatuan Soviet di timur, Parti Bolshevik di Sepanyol dan kerajaan haluan kiri Perancis di barat. Disebabkan itu, dia telah memilih untuk campur tangan dalam Perang Saudara Sepanyol bagi meningkatkan pengaruh di Eropah sambil menguji keberkesanan tenteranya.

Ketika itu, hubungan Nazi Jerman dengan Fasis Itali juga semakin kuat. Mussolini berminat untuk mendapat manfaat daripada perluasan kuasa yang dilakukan Jerman. Pada November 1936, Jerman dan Jepun menandatangani Perjanjian Anti-Komintern (Anti-Komunis).

gabungan jepun dan jerman

Rakyat Jepun semakin tidak percayakan Barat berikutan kejatuhan Wall Street selain ingin menundukkan China dan Manchuria dengan menyokong Nazi di Eropah.

Pada Ogos 1939, persetujuan diplomatik 'tidak agresif' antara Nazi-Kesatuan Soviet telah ditandatangani. Ini membuka jalan bagi penjajahan Jerman ke atas Poland tanpa sebarang gangguan dari USSR.

5. Kegagalan persetujuan bersama

pengecualian amerika

Dalam tahun 1930-an, Krisis Kemelesetan Besar dan kekalahan Perang Dunia I membuatkan Amerika Syarikat bertindak untuk mengasingkan diri. Ini menyebabkan Britain dan Perancis takut sekiranya terjadi lagi perang tanpa mempunyai sekutu utama. Ia juga menyebabkan Kuasa Paksi (Axis) semakin berani.

Ditambah pula dengan Liga Bangsa-bangsa (League of Nations) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia I kelihatan seperti tidak mampu mengawal keadaan daripada berlakunya kloflik global kedua.

Tanpa memperdulikan Perjanjian Versailles, Jerman terus mempersiapkan tentera mereka. Hitler semakin berkuasa apabila mampu menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang ketenteraan kepada penduduknya yang rata-ratanya menganggur akibat krisis ekonomi.

nazi menyerang poland

Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain (1937-1940) yang dilihat berkait rapat dengan persetujuan bersama Nazi Jerman juga gagal menjalankan tugasnya dalam mengekalkan keamanan. Malah, penentang kuatnya iaitu Winston Churchill yang merupakan Perdana Menteri Britain (1940-1945 dan 1951-1955) dituduh membuat fitnah apabila memberi amaran tentang ancaman Hitler.

Tanpa diduga, serangan Jerman ke atas Poland pada 1 September 1939 menandakan bermulanya konflik global baru. Ia berlaku selepas 21 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama yang dikenali sebagai "Peperangan untuk mengakhiri semua perang".

Rujukan:

1. Mengapa tercetusnya WW2

2. Punca utama Perang Dunia Kedua

3. Sebab-sebab yang menjurus kepada Perang Dunia II




Hakcipta iluminasi.com (2017)