Masalah genetik diwariskan dari generasi ke geneasi. Kadang-kadang, hanya seorang daripada ibu atau bapa mewariskan genetik bermasalah mampu menghasilkan pembawa penyakit genetik. Sesetengah pembawa penyakit genetik tertentu telah terbukti lebih tahan terhadap virus atau penyakit berjangkit.
Walaupun kebanyakan gangguan genetik memudaratkan pesakit, namun terdapat beberapa manfaat yang dinikmati pembawa genetik ini yang mana mereka lebih terlindung daripada beberapa penyakit. Dengan itu iluminasi.com ingin berkongsi penyakit-penyakit yang telah terbukti mampu menggalakkan rintangan terhadap penyakit berbahaya yang lain.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Penyakit Niemann-Pick dan Ebola
Niemann-Pick adalah satu penyakit di mana kolestrol tidak normal berkumpul di dalam lisosom. Kolestrol ini berkumpul disebabkan oleh kekurangan protein tertentu yang dikenali sebagai NPC1, yang akan mengangkut kolestrol daripada lisosom.
Telah terbukti bahawa protein NPC1 dikaitkan dengan proses jangkitan Ebola.
Virus Ebola dilaporkan tak mampu, atau kurang menjangkiti fibrolas dalam badan pesakit yang menghidap penyakit Niemann-Pick. Ini disebabkan oleh pesakit Niemann-Pick kekurangan protein NPC1, yang mana sangat diperlukan untuk berlakunya jangkitan virus Ebola.
2. Cowpox dan smallpox
Cowpox, jangkitan virus kulit pada dasarnya adalah cacar ringan. Walaupun jangkitan ini kelihatan sangat tidak menyenangkan, namun badan manusia akan menghentikan perkembangannya ini selepas tempoh tertentu, membuatkan jangkitan ini tidaklah terlalu berbahaya.
Cowpox boleh mencegak smallpox (cacar) kerana kedua-duanya adalah jangkitan yang sama. Jadi, dengan menjangkitkan jangkitan cowpox ini, sistem imun dapat membina ketahanan badan terhadap smallpox.
Dan apabila badan dijangkiti dengan jangkitan lebih berbahaya, sistem imun lebih mudah untuk mencegah kesan yang teruk.
Edward Jenner menggunakan cowpox untuk menghasilkan vaksin cacar pada penghujung tahun 1700-an.
3. Myasthenia Gravis dan Rabies
Terdapat hubungkait di antara pesakit yang menghidap penyakit myasthenia gravis dengan pencegahan jangkitan rabies (penyakit anjing gila). Myasthenia gravis adalah penyakit otot di mana otot yang bergerak secara sukarela menjadi letih dan lemah. Ini disebabkan oleh sambungan yang rosak di antara sistem saraf dan sistem otot.
Rabies pula lebih mudah menjangkiti sistem saraf melalui otot rangka, mungkin disebabkan oleh ia biasanya dijangkiti melalui gigitan haiwan seperti anjing. Disebabkan rabies biasanya "disuntik" ke dalam sistem otot melalui gigitan, mereka yang menghidap myasthenia gravis kurang terdedah kepada rabies kerana mereka mempunyai sambungan yang rosak di antara otot dan saraf.
Sangat sukar bagi rabies untuk menyebabkan kemudaratan kepada sistem saraf jika ia langsung tak mampu masuk ke dalam sistem ini. Walaupun otot bukanlah satu-satunya "pintu masuk" kepada rabies ke sistem saraf pusat, namun ia merupakan pintu masuk yang terbaik ke dalam sistem saraf periferal.
Jadi, ini boleh mencegah jangkitan atau memanjangkannya sehingga pesakit boleh mendapat rawatan perubatan.
4. Penyakit Niemann-Pick dan Marburg
Sama seperti virus Ebola, penyakit Niemann-Pick juga menggalakkan pertahanan terhadap penyakit Marburg. Marburg adalah filovirus, seperti Ebola dan mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi. Ia menyebabkan pendarahan dan sindrom kejutan yang teruk, dan kematian di kalangan manusia dan primata bukan manusia.
Dengan kekurangan protein NPC1, penyebaran dan pembiakan filovirus Marburg tidak boleh berlaku.
Dan disebabkan virus ini tidak dapat disebarkan, ia menjadi lebih mudah kepada penghidap Niemann-Pick untuk melawan Marburg, memandangkan ia tidak lagi boleh menyebabkan kematian kerana tak mampu untuk membiak.
5. Sel sabit dan malaria
Individu yang mempunyai genetik sel-sabit telah terbukti mempunyai ketahanan yang lebih terhadap malaria. Sel-sabit adalah keadaan di mana sel-sel darah merah menjadi cacat, membentuk sel berbentuk sabit yang lebih mudah terdedah kepada pembekuan.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, 60% daripada pembawa sel-sabit mampu bertahan terhadap malaria. Ini bermakna di kawasan-kawasan yang sangat terdedah terhadap malaria (Amerika Tengah dan Selatan, Afrika, Asia, dan rantau Indo-Pasifik), terdapat sekumpulan besar pembawa sel-sabit.
Sel-sel sabit ini menghalang malaria menggunakan komponen hemoglobin iaitu haem. Kepekatan haem yang rendah merangsang haem oxengase-1, yang juga memecahkan haem. Ini membolehkan karbon monoksida menjadi lebih jelas dalam darah, kerana haem oxengase-1 melepaskan karbon monoksida, yang memainkan peranan penting dalam pencegahan malaria.
Perkara ini dibuktikan oleh sekumpulan saintis yang melakukan eksperimen terhadap tikus.
Rujukan:
2. News Medical
4. NCBI