Laut merupakan kawasan yang sangat luas dan belum pernah habis diterokai oleh manusia. Banyak lagi misteri dasar laut yang belum terungkai. Malah, proses pemetaan kawasan dasar laut juga masih belum selesai.

Penemuan kapal karam di dasar dasar laut memang banyak dilaporkan di seluruh dunia. Kebanyakan kapal ini karam ketika zaman perang dunia dan tidak kurang juga yang karam akibat daripada bencana alam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, kegiatan merompak kapal-kapal karam ini juga giat dilakukan dimana ianya dimusnahkan dan bahagian-bahagian kapal dijual sebagai besi buruk. Aktiviti ini dikatakan menjana pendapatan yang sangat lumayan kepada perompak-perompak ini. Malah, tiada undang-undang keras yang dapat menangani perkara ini.

Kali ini, pihak  Iluminasi ingin berkongsi pula 5 barangan pelik ciptaan manusia ciptaan manusia yang pernah ditemui di dasar laut. Penemuan-penemuan ini dianggap pelik kerana ianya ditemui secara tidak sengaja dan tiada siapa yang dapat menyangka ianya terbenam di dasar laut. Terdapat juga penemuan yang dapat merungkai pelbagai misteri yang sudah lama timbul.

1. Pesawat pengebom Dornier 17

pesawat pengebum erman

Pesawat pengebom Dornier 17 merupakan pesawat pengebom Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Pesawat ini telah digunakan dalam beberapa siri peperangan dan telah dihentikan pengeluarannya pada tahun 1940-an. Dikatakan selepas tahun 1952, tiada unit kapal pengebom ini yang masih wujud kerana kesemuanya telah musnah dalam peperangan.

Walaubagaimanapun, sebuah kapal terbang Dornier 17 telah ditemui oleh penyelam di dasar laut Goodwin Sands berhampiran Kent, United Kingdom. Kapal terbang ini dikatakan telah ditembak jatuh pada 26 Ogos 1940. Ketika ditemui, bangkai pesawat tersebut dikatakan berada dalam keadaan masih baik dan projek untuk mengeluarkannya daripada dasar laut telah dimulakan pada tahun 2013.

Kos mengeluar dan membaik pulih pesawat tersebut dijangka menelan belanja sekitar kos £600,000. Apabila sudah dibaik pulih, ianya akan diletakkan di sebuah muzium di UK sebagai bahan pameran.

2. 2 buah kenderaan yang dilaporkan hilang 40 tahun

kereta chevrolet

Pada September 2013, ketika pasukan penyelam polis sedang melakukan percubaan menggunaan peralatan baru mereka sebuah tasik di Oklahama, Amerika Syarikat mereka telah menjumpai 2 buah kereta di dasar tasik tersebut. Pada mulanya, mereka hanya menganggap kereta tersebut telah dibuang oleh pencuri setelah menggunakan kereta tersebut.

Walaubagaimanapun, mereka terkejut kerana terdapat 3 mayat pada setiap bangkai kereta tersebut. Salah satu kereta tersebut, Chevrolet Camaro keluaran 1969 dikatakan dinaiki 3 orang remaja yang hilang 40 tahun dahulu. Pada malam dilaporkan hilang, mereka bertiga sedang menuju ke padang bola sepak.

Sementara itu, sebuah lagi kenderaan iaitu kereta Chevrolet tahun 1950-an pula terdapat mayat 3 orang dewasa yang disyaki hilang hampir 40 tahun sebelum penemuan tersebut. Kajian forensik mengenai mayat-mayat itu dijangka mengambil masa yang lama dan diharapkan penemuan itu dapat menutup kes kehilangan kesemua mangsa itu 40 tahun sebelum itu.

3. Kapal selam terbesar Jepun

kapal selam jepun 61

Pada Ogos 2013, sebuah kapal selam I-400 telah ditemui di dasar laut berhampiran Hawaii. Dengan kepanjangan 122 meter, kapal selam tersebut merupakan kapal selam terbesar dimiliki tentera Jepun pada era zaman Perang Dunia Kedua. Kapal selam itu juga merupakan yang terbesar di dunia ketika itu sebelum Amerika Syarikat membina kapal selam yang lebih besar pada penghujung tahun 1950-an.

Kapal selam itu dahulunya dibina untuk dengan kemampuan untuk melancarkan 3 pesawat pengebom. Ketika itu, pihak Jepun merancang untuk membina 18 kapal selam model ini tetapi hanya 3 yang sempat disiapkan. Pihak Amerika Syarikat berjaya menawan kapal selam ini pada penhujung zaman peperangan dan mengambil kesempatan itu untuk mengkaji segala teknologi yang digunakan untuk membangunkannya.

Pada tahun 1946, pihak Soviet Union telah menuntut kapal selam ini daripada pihak Amerika Syarikat kerana mereka turut sama mahu mengetahui rahsia dan teknologi yang digunakan. Malangnya, Amerika Syarikat telah menembak kapal selam ini dengan 3 biji peluru berpandu lalu menenggelamkannya. Tindakan itu dilakukan bagi menghalang pihak Soviet Union mencuri teknologi daripada kapal selam ini.

4. Kereta api yang tidak diketahui asal-usulnya

kereta api stim 1850

Pada tahun 1985, Paul Hepler sedang membuat pemetaan kawasan perairan New Jersey. Ketika itu, alat magnometer yang digunakan telah mengesan kewujudan 2 buah besi bersaiz besar. Untuk mendapatkan kepastian, beliau telah pergi menyelam ke dasar laut untuk melihat dengan lebih dekat.

Malangnya, pada kedalaman 27.5 meter keadaan terlalu gelap. Tidak lama kemudian, beliau kembali semula dan dapati dua buah objek besar tersebut adalah gerabak kereta api stim yang dibina pada tahun 1850-an. Menariknya, tiada sesiapa yang tahu bagaimana gerabak kereta api tersebut boleh berada disitu dan tiada laporan kehilangan mengenainya.

Pada tahun 1850-an, sistem kereta api di Amerika Syarikat masih terlalu baru dan terdapat teori mengatakan bahawa gerabak tersebut sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke kawasan pertengahan Atlantik menggunakan bot. Walaupun sudah lebih 160 tahun terdampar di dasar laut dan berkarat, keadaannya dilaporkan masih elok dan terdapat juga rancangan untuk menaikkannya dan memuliharanya untuk kajian.

5. Heracleion, sebuah bandar purba kala 

bandar heracleion

Pengkaji sejarah akhirnya menemui bandar purbakala dikenali sebagai Heracleion di kawasan perairan Mesir pada tahun 2000. Sebelum dijumpai, ramai menganggap kewujudan bandar tersebut sebagai sebuah mitos dalam catatan sejarah.

Bandar tersebut ditemui pada kedalam 46 meter dan telah diteggelami air, pasir dan tanah selama lebih 1200 tahun. Penemuan pelbagai artifak disitu menimbulkan teori bahawa bandar ini dahulu merupakan tempat persinggahan kapal yang berdagang daripada Greece dan Mesir.

Berhampiran bandar tersebut, terdapat 64 bangkai kapal karam dan ratusan sauh yang yang turut dijumpai. Antara penemuan penting adalah patung-patung berhala yang besar di situ, membuktikan kewujudan kuil di bandar itu pada satu ketika dahulu.

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. Live Science
  3. NY Daily News
  4. The Independent



Hakcipta iluminasi.com (2017)