Oleh pada 13 Dec 2017 kategori

yang dipertuan agong sultan kelantan

Bagi yang tak tahu, kerajaan monarki atau nama lainnya iaitu pemerintahan beraja merupakan satu bentuk kerajaan yang diterajui oleh sebuah keluarga, yang mewakili sesebuah dinasti. Keluarga ini merangkumi identiti kebangsaan negara dan raja serta menjalankan peranan kedaulatan.

Malaysia mengamalkan pemerintahan raja berpelembagaan di mana sultan-sultan bergilir-gilir dilantik sebagai pemerintah negara. Ia berbeza dengan monarki mutlak di mana raja atau ratu mempunyai kuasa mutlak ke atas negara tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

tuanku abdul halim muadzam shah

Di Malaysia, pemerintah monarki yang paling lama memerintah adalah Almarhum Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah ke-28 yang memegang takhta selama 59 tahun. Tempoh ini juga merupakan antara tempoh yang paling lama di dunia.

raja sobhuza ii 905

Pemerintah monarki paling lama dalam sejarah adalah Raja Sobhuza II, yang memegang takhta pemerintah Swaziland selama 82 tahun.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 pemerintah monarki paling lama di dunia, yang mana masih memegang takhta sehingga ke hari ini.

5. Raja Carl XVI

king carl xvi of sweden

Negara : Sweden

Tahun penabalan : 1973

Selepas bergelar Raja Sweden pada tahun 15 September 1973, Carl Gustaf XVI menjadi Raja Sweden pertama yang mengabaikan gelaran "King of the Swedes", "Goths or Geats" dan "Wends". Namun mungkin ramai yang lebih mengenali beliau sebagai orang yang mempersembahkan Hadiah Nobel setiap tahun.

Carl Gustaf menjadi pewaris takhta daripada datuknya Raja Gustaf VI Adolf, kerana bapanya telah terbunuh dalam kemalangan kapal terbang pada tahu 1947. Ketika bapanya terbunuh, Carl Gustaf hanya berusia 9 bulan.

Beliau juga merupakan satu-satunya anak lelaki daripada 5 orang adik beradik, menjadikannya pewaris takhta muktamad. Pada tahun 1976, beliau mengahwinin Silvia Sommerlath, wanita warga Jerman-Brazil.

Pada tahun 1980, undang-undang pewaris takhta telah berubah membuatkan anak perempuan sulung kepada Raja Carl Gustav dan Permaisuri Silvia, iaitu Victoria sebagai pewaris takhta diraja Sweden.

Sehingga kini, Carl Gustaf telah memerintah Sweden selama 44 tahun.

4. Ratu Margrethe II

queen margrethe ii

Negara : Denmark

Tahun penabalan : 1972

Ratu Margrethe II adalah ratu pertama Denmark dan merupakan pemerintah monarki kedua paling lama di Sweden, selepas King Christian IV (1577 hingga 1648). Beliau merupakan puteri sulung daripada 3 orang puteri, kepada King Frederick IX dan Ingrid Victoria Sofia Louise Margareta.

Pada tahun 1953, selepas satu referendum, akta pewaris takhta baharu telah diluluskan yang membenarkan wanita untuk mewaris takhta

Dikenali dengan panggilan manja Daisy oleh rakyat Denmark, Ratu Margrethe II mewaris takhta pemerintahan Denmark selepas kematian bapanya pada 14 Januari 1972. Menurut Marghrethe, beliau tidak ada niat untuk turun dan mewariskan takhta kepada anaknya Putera Mahkota Frederi, walaupun sudah berusia 76 tahun. 

Beliau mengambil ilham daripada kenyataan Ratu Elizabeth di majlis pertabalan ratu tersebut bahawa beliau akan mendedikasikan dirinya untuk berkhidmat kepada negara. Kini Ratu Margrethe II telah memerintah Denmark selama 45 tahun.

3. Sultan Qaboos bin Said al Said

qaboos bin said al said 985

Negara : Oman

Tahun penabalan : 1970

Sayyid Qaboos adalah Sultan Oman semenjak tahun 1970, sehingga kini, menjadikannya pemerintah monarki ke-3 paling lama di dunia iaitu selama 47 tahun dan masih berkuasa. Beliau merupakan generasi ke-14 pengasas dinasti Al Bu Sa'id, dan merupakan pemerintah Arab yang paling lama memerintah semenjak memegang takhta.

Sayyid Qaboos menaiki takhta selepas menggulingkan bapanya, Said bin Taimur, yang ketika itu adalah pemerintah Oman. Rampasan istana berlaku pada tahun 1970 telah disokong oleh British dan dirancang oleh MI6 (agen perisikan United Kingdom).

Ia bertujuan menamatkan pengasingan negara dan untuk menggunakan hasil minyaknya dalam usaha memodenka dan membangunkan Oman. Beliau mengisytiharkan negaranya tidak akan digelar sebagai Muscat dan Oman, tetapi sebagai Kesultanan Oman bagi mencerminkan perpaduan politiknya.

2. Sultan Hassanal Bolkiah

sultan hassanal bolkiah 2

Negara : Brunei

Tahun penabalan : 1967

Sultan Hassanal Bolkiah adalah pemerintah monarki kedua paling lama di dunia yang masih berkuasa, memasuki tahun ke-50 semenjak 1967. Juga merupakan antara manusia terkaya di atas muka bumi, Sultan Brunei mewarisi takhta mutlak negara itu selepas bapanya, Haji Omar Ali Saifuddin menuruni takhta.

Keluarga diraja Brunei memiliki kekayaan yang tersangat hebat dan dikecualikan daripada membayar cukai. Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan perdana menteri Brunei, menteri kewangan dan ketua pertahanan.

Selain itu, beliau bertindak sebagai jeneral dalam angkatan bersenjata, laksamana kehormat di Tentera Laut Diraja dan Inspektor Jeneral Polis. Baginda bersemayam di kediaman Sultan Brunei, Istana Nurul Iman yang mempunyai 1,788 buah bilik merupakan kediaman paling besar di dunia.

1. Ratu Elizabeth II

ratu elizabeth ii

Negara : United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand

Tahun penabalan : 1952

Dan pemerintah monarki yang paling lama di dunia dan masih berkuasa, tidak lain tidak bukan adalah Ratu Elizabeth II iaitu selama 65 tahun. Beliau menjadi pemerintah monarki tertua selepas kematian King Bhumibol dari Thailand pada Oktober 2016.

Dilahirkan di London pada tahun 1926, Ratu Elizabeth telah mengahwini suaminya, Philip (Duke of Edinburgh) sudah hampir 69 tahun. Dan anak beliau, Putera Charles merupakan pewaris takhta yang paling lama berkhidmat dalam sejarah British.

ratu elizabeth ii ketika muda

Beliau yang juga merupakan Ketua Komanwel dan Ratu bagi negara-negara Komanwel seperti Jamaica, Barbados, Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Belize, Antigua dan Barbuda, serta Saint Kitts and Nevis.

Beliau mewarisi takhta pemerintahan setahun selepas kematian bapanya King George VI pada 6 Februari 1952. Ketika itu, Ratu Elizabeth II hanya berusia 25 tahun.

Untuk mengetahui betapa lama beliau memegang takhta ini, ketika Ratu Elizabeth mula menjadi pemerintah, Amerika Syarikat ketika itu diterjui oleh Presiden ke-33, Harry Truman. Kini Harry Truman sudah meninggal dunia dan Amerika Syarikat diterajui oleh Presiden ke-45, namun Ratu Elizabeth masih bergelar pemerintah. Lama kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)