Oleh pada 06 Nov 2017 kategori

Bentesan keras, emosi tidak terkawal dan bantahan terhadap pengadil boleh menyebabkan layangan kad kuning dalam bola sepak Eropah pada hari ini, mahupun di serata dunia. Sementara sebahagian daripada mereka adalah pemain yang kerap dikenakan hukuman ini - seperti Gareth Barry atau Wayne Rooney - ia adalah perkara biasa kerana sejak Liga Perdana bermula, dari 20 pesalah utama, 15 daripada mereka adalah bangsa Inggeris.

Ya, Barry mungkin menjadi pemain bola sepak yang paling banyak dihukum di Liga Perdana - dengan Rooney di tangga kelima dalam senarai sepanjang masa - dan walaupun Liga Perdana Inggeris adalah antara liga yang menampilkan permainan yang 'keras', namun masih terdapat beberapa pemain yang tidak pernah dilayangkan kad kuning apatah lagi kad merah walaupun sekali!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima pemain dengan rekod tersebut: (Dengan kerjaya bermain mereka dalam kurungan)

#1 Willian Ralph “Dixie” Dean – (1923 – 1940)

Sesiapa yang pernah bermain permainan EA Sports-FIFA peringkat 'beginner' mungkin sudah kenal dengan nama Dixie Dean dan membuatkan pengulas Martin Tyler dan Alan Smith akan menyebut tentang beliau berulang-kali apabila anda menjaringkan enam puluh gol atau lebih dalam Liga tempatan.

Dean adalah legenda Everton. Walaupun beliau bermain untuk lima kelab secara keseluruhan, beliau menghabiskan sebahagian besar kerjaya profesionalnya bermain untuk kelab Merseyside itu dan menjaringkan 349 gol dalam 399 penampilan.

Dean juga mempunyai rekod yang jarang berlaku iaitu penghormatan sebagai salah seorang daripada beberapa pemain bola sepak profesional yang tidak pernah dikenakan hukuman dalam apa jua bentuk. Beliau membuat 447 penampilan untuk kesemua lima kelab dan tanpa sebarang aksi 'kotor'.

#2 William Ambrose “Billy” Wright – (1939 – 1959)

billywright

Antara sebab Billy wright berada dalam senarai ini adalah kerana statusnya sebagai legenda, bekas pemain Wolverhampton ini juga terkenal dengan pelbagai rekod lain. Hanya satu kelab sepanjang karier, Billy Wright memegang rekod sebagai pemain bola sepak pertama yang berjaya mencapai 100 kaps untuk pasukan kebangsaan.

Beliau juga memegang rekod sebagau pemain yang paling lama bermain bola sepak di peringkat antarabangsa. Rekod laun yang dipegangnya ialah sebagai kapten pasukan paling lama dimiliki oleh pasukan England: mengetuai pasukannya sebanyak 90 kali termasuk tiga Piala dunia FIFA - 1950, 1954 dan 1958. Billy dibuat 490 penampilan untuk Wolverhampton Wanderers dan kekal dengan rekod bersih dengan memastikan beliau tidak pernah dilayangkan sebarang kad sepanjang kerjayanya. Dengan semua rekod yang dimiliki, agak memalukan jika orang tidak bercakap tentangnya - atau memujinya- beliau layak menerimanya.

#3 William Beveridge “Billy” Liddell – (1938 – 1961)

billyliddle

William ketiga dalam senarai ini, Billy dan wakil Merseyside kedua dalam senarai ini; kenali Billy Liddel - legenda Liverpool dan salah satu pemain terbaik sepanjang karier sebagai pemain bola sepak profesional. Warga Soctland ini terkenal di dunia kerana kekuatan, kelajuan, kawalan bola dan profesionalismanya.

Beliau membuat 492 penampilan untuk Liverpool - termasuk penampilan yang dilakukan ketika zaman perang - dan menjaringkan 215 gol sebagai pemain sayap kiri, penyerang tengah dan sebagai pemain nombor 9. Liddel juga terkenal dengan nama jolokan 'Liddlepool' dan kekal sebagai satu-satunya pemain Liverpool yang tidak pernah menerima sebarang kad sepanjang kerjaya bermainnya.

Liddell menjadi contoh tauladan kepada ramai anak muda ketika itu. Sangat jarang ada pemain yang garang di depan gol dan pada masa yang sama seorang yang amat 'sopan'. Beliau akan terpahat dalam sejarah sebagai salah seorang pemain yang sangat budiman pernah dimiliki oleh sukan itu.

#4 Sir Stanley Mathews – (1932 – 1965)

stanleymatthews

Sir Stanley Mathews adalah nama legenda dan dianggap sebagai salah seorang pemain paling hebat yang pernah dilihat oleh dalam bola sepak Inggeris. Setelah menghabiskan majoriti kerjayanya dengan Stoke City, beliau memegang penghormatan sebagai satu-satunya pemain bola sepak yang telah 'berjuang' semasa karier bermain profesionalnya.

Beliau juga salah seorang pemain bola sepak England paling cergas yang menyaksikan beliau masih bermain ketika berusia 50 tahun! Sir Stan juga merupakan pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak Eropah dan juga anugerah Permain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak pada tahun yang sama.

Sir Stan adalah seorang yang budiman dan 'pemberian' kepada sukan itu dimana beliau adalah orang pertama yang pergi ke Afrika Selatan yang dikuasai Apartheid dan menubuhkan sebuah pasukan bola sepak dengan 11 orang lelaki kulit hitam. Pasukan itu dipanggil 'Stan's Men' dan terus mencipta sejarah dan memainkan peranan dalam membawa kebebasan kepada mereka yang terlibat.

Dan benar - beliau tidak pernah dihukum dengan sebarang kad sepanjang kariernya. 34 tahun sebagai pemain bola sepak profesional dan tidak pernah membantah keputusan pengadil.

#5 Gary Lineker – (1978 – 1994) 

garylineker

Pemain terbaru yang mengharungi seluruh kariernya tanpa sebarang layangan kad ialah Gary Lineker. Warga Inggeris inu memulakan kerjayanya dengan Leicester City, berpindah ke Everton, kemudian ke Barcelona dan mengakhiri kariernya di Eropah dengan berpindah ke London bersama Tottenham Hotspur. Beliau menamatkan kerjayanya bermain dengan wakil Jepun, Nagoya Grampus Eight.

Dianggap sebagai antara penyerang terbaik  pernah dilihat dalam bola sepak, Lineker memegang penghormatan sebagai satu-satunya warga Inggeris yang memenangi 'Golden Boot' dalam pertandingan Piala Dunia FIFA - memenanginya pada tahun 1986. Beliau juga satu-satunya penyerang yang berjaya memenangi English Golden Boot dengan tiga kelab yang berbeza: Leicester, Everton dan Tottenham. Setelah menghabiskan keseluruhan kariernya tanpa sebarang layangan kad, Lineker mendapat penghormatan anugerah FIFA Fair Play pada tahun 1990. Beliau salah seorang pemain paling 'garang' yang bermain di bumi British namun menunjukkan simpati dan rasa hormat kepada rakan-rakannya di padang yang menjadikannya seorang individu yang sangat baik.

Rujukan: m.sportskeeda.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)