Apabila sesebuah syarikat atau individu mencipta sebuah teknologi, ciptaan atau atau proses yang unik, biasanya mereka akan mempatenkan perkara atau ciptaan tersebut untuk mengelakkan pihak lain daripada menggunakannya. Dengan mempatenkannya, mereka akan mempunyai hak ekslusif terhadap perkara tersebut.

Setiap negara mempunyai organisasi yang menguruskan urusan pendaftaran paten. Di Malaysia, kita mempunyai Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau singkatannya MyIPO yang akan menguruskan segala urusan mengenai paten.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak semua paten yang difailkan bermanfaat. Ada paten yang hanya sekadar idea unik dan tidak mempunyai protataip. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 paten pelik yang pernah didaftarkan. Buat masa ini, tidak diketahui sama ada idea yang dipatenkan ini sudah direalisasikan atau belum.

1. Tatu yang boleh bergetar

tatu bergetar

Suatu ketika dahulu, Nokia merupakan merupakan kuasa besar dalam pasaran telefon bimbit. Mereka berjaya menjual telefon bimbit pertama pada tahun 1982 dan pada ketika itu, mereka sudah menjangka telefon bimbit merupakan teknologi masa hadapan. Menjelang 1998, Nokia sudahpun menjual 100 juta unit telefon bimbit.

Sekiranya anda tidak tahu, Nokia juga merupakan syarikat pertama yang menghasilkan kamera pada telefon bimbit pada tahun 2003. Selain itu, pada tahun 2011 mereka telah mempaten tatu yang akan bergetar apabila terdapat notifikasi pada telefon bimbit.

Walaupun paten ini tidak pernah direalisasikan, konsep sebegini sebenarnya sudah wujud. Contohnya, penggunaan jam pintar untuk menerima notifikasi daripada telefon bimbit. Dengan inovasi-inovasi baru telefon pintar daripada jenama seperti Samsung, Apple, Oppo dan sebagainya, nampaknya Nokia akan terus tenggelam bersama patennya ini.

2. Pad kentut deodoran

seluar dalam menyerap bau kentut

Mungkin kedengaran lucu dan pelik, tetapi sebenarnya terdapat satu paten yang telah difailkan untuk penciptaan pad kentut yang mempunyai deodoran. Apabila kentut, kita akan mengeluarkan bau yang kurang enak yang mungkin dihidu oleh orang sekeliling.

Oleh itu, ciptaan yang dipatenkan ini bertujuan untuk mengelakkan bau busuk tersebut daripada dibau oleh orang berdekatan. Konsepnya mudah sahaja. Terdapat lapisan kain tambahan pada bahagian tengah yang berfungsi sebagai deodoran. Deodoran ini terdiri daripada arang yang mempunyai kebolehan semulajadi untuk menyerap bau. Paten ini telah difailkan pada tahun 2000.

3. Penutup telinga anjing

peutup telinga anjing

Paten ini telah difailkan oleh James D. Williams pada tahun 1979. Beliau dapati bahawa anjing yang mempunyai bulu yang panjang berkemungkinan akan mengotorkan telinga ketika makan. Menurut beliau, alat ini akan mempunyai 2 tiub yang akan menutup telinga anjing.

Kedua tiub ini akan disambung dengan penahan untuk mengelakkannya daripada menutupi muka anjing. Walau ideanya ini seolah-olah helmet basikal dan helmet basikal, beliau mengatakan ideanya ini unik dan mesti dipatenkan kerana ia hanya menutupi bahagian telinga sahaja, tidak seperti helmet.

4. Alat kawalan kesuburan anjing

alat kawalan kesuburan anjing 370

Anjing merupakan antara haiwan yang cepat membiak. Bagi pemilik yang tidak mampu memelihara banyak anjing, maka pilihan yang ada adalah memandulkan anjing tersebut. Malangnya, terdapat pemilik tidak mahu memandulkan haiwan mereka dan sewenang-wenangnya membuang anjing di jalanan. Maka, berkembang-biaklah anjing-anjing ini sebagai haiwan liar.

Bagi mengatasi masalah ini, maka idea penciptaan tali pinggang ini telah dipatenkan pada tahun 2003. Alat ini dipatenkan sebagai alat kawalan kesuburan bagi anjing yang dikhaskan bagi anjing yang tidak dimandulkan oleh pemiliknya. Pada masa kini, sebenarnya sudah wujud beberapa produk yang berkonsepkan sebegini dijual di pasaran.

5. Tempat meletak kepala ketika membuang kecil

alat meletak kepala

Kebiasaannya, di tandas lelaki terdapat tempat khas untuk membuang air kecil sambil berdiri. Kemudian, terdapat butang yang perlu ditekan untuk mengeluarkan air dan membersihkan alat sulit.

Tetapi, percayakah anda terdapat satu paten yang difailkan untuk pembinaan tempat meletak kepala ketika membuang air kecil sambil berdiri. Tiada yang unik mengenai ciptaan ini dan tidak dipastikan siapa yang akan benar-benar memasangnya pada tandas. Kebiasaannya, proses membuang air kecil begitu di singkat dan tidaklah memenatkan sehingga perlu dipasang alat sebegini.

Kredit:

  1. Google Patents
  2. Huffington Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)