Sebuah benua yang kini berkembang pesat dengan kuasa-kuasa besar ekonomi, Asia terdiri daripada negara-negara yang dibina oleh berabad-abad perisitwa pertumpahan darah.
Perang dalam tempoh yang sangat lama untuk tujuan penyatuan adalah perkara yang biasa Timur yang mana sesuatu yang sangat unik bagi benua ini.
Pahlawan yang menakutkan telah dimuliakan dan diminiati sejak dahulu lagi.
BESARKAN TEKS A- A+
Oleh itu, tidak menghairankan bahawa Asia menghasilkan individu-individu tertentu yang dikurniakan dengan kekuatan mempertahankan diri dan kemahiran menakjubkan dalam tahun-tahun di mana ia diselubungi dengan peperangan.
iluminasi.com kongsikan antara 5 pahlawan dahsyat yang telah menggegarkan benua Asia.
5. Xiahou Dun
Digelar "Naga Mata Satu", Xiahou Dun adalah seorang lelaki yang anda lebih patut melarikan diri jika bertembung dalam peperangan.
Seolah-olah kekuatan dan kemahirannya tidak mencukupi untuk menghalang musuh-musuhnya, Xiahou Dun melakukan satu perbuatan yang tidak masuk akal di medan perang yang akan membuatkan mana-mana pahlawan lelaki lemah lutut.
Semasa pertempuran di bawah pimpinan Lu Bu (yang juga tersenarai dalam senarai ini), mata kiri Xiahou Dun telah terkena anak panah. Perkara ini akan membuatkan mana-mana pahlawan rebah ke bumi, namun jeneral ini telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan mencabut anak matanya bersama-sama anak panah tersebut, lalu dimakan.
Dia kemudiannya dianugerahkan dengan gelaran "Jeneral Hebat" yang sesuai dengan reputasinya yang menakjubkan. Jika anda tertanya-tanya apa yang harus anda lakukan untuk membuatkan orang sekeliling takutkan anda, kini anda tahu caranya seperti yang dilakukan Xiahou Dun.
4. Wu Mei (Ng Mui)
Wanita yang pertama daripada 2 wanita dalam senarai ini, Wu Mei adalah seorang yang genius dalam seni mempertahankan diri. Dikatakan menjadi salah seorang daripada lagenda "Five Elders of Shaolin", Wu Mei telah berjaya terselamat daripada peristiwa pemusnahan kuil ketika dinasti Qing.
Lahir dalam keluarga yang baik, Wu beroleh keistimewaan untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan mempelajari seni mempertahankan diri yang mana bukan sesuatu yang biasa ketika itu.
Tidak mahu mempersia-siakan peluang yang terhidang, Wu menjadi pakar seni bela diri Shaolin, Wudang dan Yuejiaquan. Mempunyai keupayaan menyerap teknik-teknik lain, Wu Mei mempelopori seni bela diri sendiri.
Dia dikreditkan dengan kesempurnaan dan penciptaan seni bela diri termasuklah Wing Chun, gaya Ng Mui, gaya Dragon, White Crane dan gaya Five-Pattern.
Kehebatannya tidak dapat ditandingi dan menentang stereotaip pahlawan lelaki pada zamannya serta memainkan peranan yang pentin dalam membentuk perjalanan sejarah China.
3. Lu Bu
Walaupun Lu Bu kelihatan seperti seorang lelaki yang dikagumi dari jauh, tetapi anda mungkin mahu berada sejauh yang boleh daripadanya.
Seorang lelaki yang bertubuh besar dan memiliki kemahiran tinggi dalam setiap disiplin pahlawan yang relevan pada masa itu, Lu Bu dianggap sebagai "badass" dalam setiap perkara.
Walau bagaimanapun, kualiti yang menentukan siapa sebenarnya Lu Bu adalah sifat khianatnya. Lu Bu telah bekerja untuk sekurang-kurangnya lima tuan, berkhidmat dan mengkhianati mereka dengan kemahuan sendiri.
Sudah tentu bukan seorang lelaki yang boleh dijadikan teladan, dia mempunyai hubungan sulit dengan pembantu tuannya dan juga diketahui mempunyai kaitan dengan isteri-isteri orang bawahannya.
Akhirnya, kehidupannya yang penuh dengan pengkhianatan itu telah dipendekkan. Walaupun dikatakan bahawa kekuatan Lu Bu membolehkannya menjalani kehidupan yang sangat berjaya, namun pengkhianatan yang dilakukannya telah memakan dirinya sendiri.
Lu Bu akhrinya dibunuh oleh tuannya, Cao Cao.
2. Dian Wei
Dian Wei adalah apa yang anda harapkan untuk menjadi seorang wira perang. Dianggap menerima kurniaan kekuatan yang luar biasa, dia mampu memegang sepasang senjata yang dikenali sebagai halberd, yang masing-masing mempunyai berat sekurang-kurangnya 20 kilogram.
Berkhidmat dengan begitu setia di bawah Cao Cao (tidak seperti Lu Bu), keupayaan Dian Wei untuk merejam lembing membunuh manusia seperti ikan membuatnya dinaikkan pangkat menjadi ketua komander.
Lagenda mengatakan bahawa dia boleh memegang sebanyak 10 hingga 12 bilah tombak sekaligus. Satu kisah menceritakan pada satu ketika dia berlari dengan kepala terjulur ke hadapan ke arah musuh dengan memakai dua lapis perisai.
Sebagai pengawal peribadi Cao Cao, Dian Wei berdiri di samping pasukan panglima perangnya dengan kapak gergasi yang mempunyai bilah bersaiz 33 sentimeter.
Dian Wei begitu menakutkan sehinggakan orang ramai takut untuk memandangnya. Kesetiaannya yang tidak berbelah bagi akhirnya membahayakan nyawanya.
Dia bertindak sebagai pengawal selepas tuannya cuba untuk mengambil balu gabenor sebagai gundik. Menghadapi jalan menentang gerombolan musuh, Dian Wei berjuang seperti seorang gila, bahkan menggunakan dua mayat musuh sebagai senjata ketika dia tidak memiliki pilihan lain.
Akhirnya, dia rebah selepas dikelilingi ramai musuh dan telah ditikam sekurang-kurangnya 10 kali.
1. Khutulun
Dan yang terakhir serta menggungguli senarai ini adalah Khutulun, pahlawan wanita yang mampu memalukan lelaki-lelaki sejati. Sepupu kepada Kublai Khan yang sangat terkenal, Khutulun adalah seorang puteri yang tidak sesuai dengan acuannya.
Digambarkan oleh Marco Polo sebagai pejuang yang luar biasa, Khutulun telah terlibat dalam banyak pertempuran bersama ayahnya. Sebagai seorang puteri Mongol, dia suka bergusti.
Namun kemahirannya yang sangat mendalam membezakan Khutulun dengan yang lain. Walaupun adalah perkara biasa bagi wanita Mongol untuk bergusti dan menembak busur, Khutulun lebih hebat daripada mana-mana lelaki sehingga dia merasa sukar untuk mendapatkan pasangan hidup.
Akhirnya, dia menyatakan bahawa dia akan berkahwin dengan mana-mana lelaki mampu menewaskannya dalam satu pertandingan dan peserta yang kalah akan berhutang 100 ekor kuda.
Sifat altetik dan kekuatannya telah membuatkan dia beroleh sekumpulan 10,000 ekor kuda. Di penghujungnya, dia berkahwin dengan seorang lelaki pilihannya yang tidak pernah bertarung dengannya.