Pasukan tentera udara sesebuah negara memainkan peranan penting dalam menentukan keselamatan terjamin. Pasukan ini biasanya menjadi penyokong kepada tentera darat dan tentera laut secara amnya.
Dalam peperangan pula, ia boleh menjadi pemain utama yang memberi sumbangan yang sangat penting. Antara faktor-faktor yang membantu adalah pemilikan pesawat pejuang yang hebat dan menakjubkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Ketika ini, Malaysia mempunyai kira-kira 44 buah pesawat tempur yang terdiri daripada Hawk 108, Hawk 208, Sukhoi Su-30MKM dan Boeing F/A-18D Hornet.
Jumlah ini menjadikan Malaysia sebagai negara ke-38 di dunia dengan jumlah pesawat pejuang tertinggi di dunia. Akan tetapi, ia tersangat kecil jika dibandingkan dengan 5 negara yang memiliki pesawat pejuang terbanyak di dunia.
iluminasi.com kongsikan 5 negara yang memiliki pesawat tempur atau pejuang paling banyak di dunia.
5. Pakistan - 923 unit
Berada di kedudukan ke-5 negara yang memiliki pesawat pejuang terbanyak di dunia dengan jumlah 923 unit adalah Tentera Udara Pakistan atau PAF.
PAF adalah cabang peperangan udara Angkatan Bersenjata Pakistan, yang ditugaskan terutamanya dengan pertahanan udara Pakistan, dengan peranan kedua menyediakan sokongan udara kepada Angkatan Tentera Pakistan dan Angkatan Laut Pakistan.
PAF mempunyai peranan ketiga itu menyediakan pengangkutan udara strategik dan keupayaan logistik ke Pakistan.
Ia terlibat dalam pelbagai peperangan termasuklah Perang Indo-Pakistani 1947, Perang Indo-Pakistani 1965, Perang 6 Hari, Perang Soviet-Afghan dan Perang di barat laut Pakistan.
Kebanyakan daripada jet pejuang milik Pakistan diimport dari negara luar seperti dari Amerika Syarikat, Perancis dan China Antaranya termasuklah Mirage 5, Mirage III, Chengdu J-7, JF-17 Thunder dan F-16 Fighting Falcon.
Kekuatan anggota PAF adalah yang terendah dalam senarai ini, iaitu sekitar 70,000 anggota.
4. India - 2,086 unit
Negara dengan populasi kedua terbesar di dunia juga terselit dalam senarai ini, dengan jumlah pemilikan pesawat pejuang sebanyak 2,086, ke-4 tertinggi di dunia ketika ini.
India adalah negara yang indah dengan pertubuhan tentera dan pertahanan yang inovatif. Tentera Udara India (IAF) adalah salah satu pasukan udara yang paling berkuasa di dunia.
Ia ditubuhkan pada 8 Oktober 1932.
Sejak itu, ia telah menjadi platform terbaik untuk perkembangan selanjutnya di India. Dari segi kekuatan anggota, ia tidaklah begitu besar berbanding negara-negara dalam senarai ini, dengan hanya 139,576 anggota.
Antara pesawat pejuang yang canggih dan berbahaya miliki Tentera Udara India termasuklah Dessault Mirage 2000, Dessault Rafle, Pesawat Pertempuran HAL Light, MIG 21, JAGUVAR, Suk hoi pak fa, Sukhoi Su 27 dan Sukhoi 30.
3. Rusia - 3,547 unit
Tentera Udara Rusia adalah pasukan udara yang ringkas tetapi sangat kuat.
Dengan pesawat yang berkuasa, juruterbang yang terlatih, pertahanan mekanik, Tentera Udara Rusia dapat menyesuaikan dengan mana-mana jenis rupa bentuk Bumi.
Dengan teknologi yang, ia mudah mengalahkan musuh-musuh asing.
Kesatuan Soviet telah hancur pada tahun 1991 dan pasukan Tentera Udara Rusia ditubuhkan selepas itu.
Sejak itu, tidak ada yang dapat mengalahkan pasukan udara yang berkuasa ini. Kini, ia memiliki kira-kira 3,547 jet pejuang, ke-3 tertinggi di dunia,
Antara pesawat-pesawat tersebut termasuklah MiG 29 Fulcrum, MiG 25 Foxbat, Su 17 Fitter 2.5 dan Su 25 Frogfoot, Su 1 Fitte dan banyak lagi.
2. Amerika Syarikat - 3,680
Pasti anda beranggapan bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat akan mengguguli carta ini, namun anda silap. Ia berada di kedudukan kedua negara dengan jet pejuang tertinggi iaitu sebanyak 3,680 unit.
Tentera Udara Amerika Syarikat ditubuhkan pada 11 September 1947 dan mempromosikan tema "Tidak ada yang boleh mendekati".
Dengan penguasaan ruang udara yang kuat dan jurulatih yang cekap, USAF dianggap sebagai tentera udara paling hebat di dunia.
Malah, walaupun berada di kedudukan kedua senarai ini, namun USAF secara umumnya adalah pasukan udara terkuat di dunia disebabkan oleh kualiti jet pejuang itu sendiri serta bajet yang tinggi iaitu sebanyak RM662 bilion.
Antaranya termasuklah F-15C dan F-15D Eagle , F-15E Strike Eagle, F-16C dan F-16D, Fighting Falcon, F-22A Raptor dan F-35A Lightning II.
Dari segi kekuatan anggota pula, ia berada di belakang China dengan 318,000 orang anggota.
1. China - 3,720 unit
Dengan jumlah jet pejuang sebanyak 3,720 unit, 40 unit melebihi negara dengan bajet ketenteraan paling tinggi di dunia, China muncul sebagai negara paling banyak jet pejuang.
Bukan itu sahaja, malah China berada di kedudukan utama dalam penciptaan dan penemuan. Tiada negara lain boleh mengalahkan China.
Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China dianggap sebagai antara angkatan udara popular hari ini. Ditubuhkan pada tahun 1949, tentera udara ini mempunyai hampir 400,000 kakitangan.
Ia telah mengambil bahagian dalam banyak peperangan dan konflik yang paling dahsyat termasuklah Perang Korean, Perang Vietnam dan Perang Sino-Vietnam.
Antara pesawat pejuang milik tentera udara China adalah Chengdu J-7, Shenyang J-8, Chengdu J-10, Shenyang J-11, Shenyang J-16, Chengdu J-20, Su-27, Su-30MKK dan Su-35S.
Rujukan:
2. World Atlas
3. TE