Tiada negara di dunia ini yang sempurna. Walaupun Malaysia aman damai, namun terdapat pelbagai sudut yang masih perlu diperbaiki.
Malah, negara-negara yang berada di kedudukan teratas dari pelbagai segi seperti Denmark dan Kanada pun masih mempunyai ruang untuk dibaiki.
Namun, setiap masalah mempunyai tahap yang berbeza dan terdapat masalah yang benar-benar memberikan impak besar dalam jangka masa panjang.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 5 negara dengan masalah yang dahsyat dan tak masuk akal.
1. Mexico ketandusan doktor gigi
Mereka mungkin tidak dihormati seperti doktor pakar bedah atau pakar otak, tetapi doktor gigi juga sangat penting dalam masyarakat.
Sebab itu orang ramai mengejek gigi orang British kerana memiliki 42 doktor gigi bagi 100,000 orang, menjadikan mereka sebagai antara negara dengan kebersihan mulut paling teruk di dunia.
Namun, Britain tidak dapat menandingi "kehebatan" Mexico. Di Mexico, hanya terdapat 10 doktor gigi bagi setiap 100,000 rakyat. Jujurnya, jumlah ini adalah tersangat membimbangkan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Amerika Syarikat mempunyai 6 kali ganda berbanding Mexico dan Greece memiliki 12 kali ganda lebih ramai per kapita.
Malah, negara kedua terendah dari segi jumlah doktor gigi iaitu Turki pun mempunyai jumlah 2 kali ganda berbanding Mexico.
2. Golongan belia Jepun putus asa dengan hubungan intim
Jika anda salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang mengimpikan untuk membesar dan berpindah ke Jepun, mungkin fakta ini akan mengubah fikiran anda.
Menurut The Guardian, golongan belia Jepun hampir berputus asa melibatkan seks.
Ia merupakan satu fenomena yang dikenali sebagai sekkusu shinai shokogun dan ia dihebahkan dalam media Jepun untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia adalah gelombang membujang dan tidak melakukan hubungan seksual yang kelihatan seperti sebahagiannya didorong oleh sikap tidak peduli, pengasingan ekonomi, dan sebahagian lagi oleh rasa tidak puas hati.
Satu tinjauan rasmi baru-baru ini mendapati bahawa 45% daripada wanita dan 25% lelaki Jepun tidak berminat dengan idea hubungan seksual.
Lebih dahsyat, Kementerian Kesihatan Jepun mendapati bahawa lebih satu pertiga daripada lelaki berusia 16 hingga 19 berasakan perkara yang sama.
Akibatnya, semakin ramai orang muda Jepun beralih ke arah hubungan platonic, satu hakikat yang pasti membuatkan mereka yang meminati negara ini berasa sangat kecewa.
3. Turkmenistan hanya memiliki sebuah buku
Terdapat banyak sebab untuk tidak tinggal di Turkmenistan, daripada pelanggaran hak asasi manusia kepada lokasinya yang tidak diketahui ramai.
Namun, tidak ada sebab yang paling gila berbanding hakikat bahawa sehingga baru-baru ini, negara ini hanya membenarkan satu buku sahaja.
Sehingga kematiannya pada tahun 2006, pemimpin negara ini yang kejam iaitu Saparmurat Niyazov memberi kelulusan rasmi hanya kepada Ruhnama, sebuah buku yang ditulis olehnya sendiri.
Disebabkan ini, ia menjadikan Turkmenistan sebagai sebuah negara di mana perpustakaan dan kedai-kedai buku terpaksa menghapuskan semua jenis bahan bacaan daripada rak-rak buku dalam cubaan untuk memuaskan hati presiden mereka.
Hasilnya, negara ini tidak mempunyai mana-mana buku kesusasteraan yang bukannya Ruhnama. "Buku suci" ini ditempatkan di sekolah-sekolah, universiti dan ayat-ayatnya ditulis di dinding-dinding masjid.
Sehingga satu tahap, arca buku ini dibina di ibu negara yang dilengkapi dengan sensor yang membolehkannya terbuka secara automatik ketika matahari terbenam dan mengeluarkan bunyi bacaan kepada penduduk tempatan.
Namun, segalanya telah berubah sejak Gurbanguly Berdimuhamedov mengambil tampuk pimpinan Turkmenistan.
Disebabkan minatnya dalam bidang penulisan, kini orang ramai boleh membeli sekurang-kurangnya 2 buah buku di Turkmenistan, iaitu Ruhnama dan sebuah lagi buku yang ditulis oleh Gurbanguly tentang menternak kuda.
4. Pulau Faroe ketandusan wanita
Jika anda menghala ke utara dari Scotland dan meneruskan perjalanan, anda akan sampai ke Pulau Faroe.
Tenggelam dalam keadaan yang suram dan ditadbir dengan "malas" oleh Denmark, masyarakat mikroskopik ini tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan.
Dan di sebalik ini, terdapat satu masalah serius iaitu disebabkan oleh penghijrahan besar wanita tempatan yang bosan, lelaki di pulau-pulau ini terpaksa mula mengimport wanita.
Menurut angka oleh Denmark, terdapat kira-kira 2,000 lelaki lebih daripada wanita di pulau itu, satu masalah besar bagi mereka yang tinggal di pulau terpencil.
Oleh kerana membujang dan berhijrah bukanlah satu pilihan, penduduk pulau ini yang kesepian telah mula mengimport wanita dari Thailand dan Filipina.
Sejak tahun 2006, 200 lelaki telah bertemu dengan isteri mereka dengan cara ini, membuatkan 1,800 yang kesepian berasa cemburu.
5. 1 dari 10 penduduk Pulau Pitcairn penjenayah seksual kanak-kanak
Pulau Pitcairn adalah sebuah ketulan batu yang sesat di tengah-tengah Lautan Pasifik yang tersangat luas. Masalah di pulau ini adalah lebih daripada 10% daripada populasinya adalah pesalah seksual terhadap kanak-kanak.
Pada tahun 2004, siasatan polis mendedahkan bahawa beberapa warga pulau ini telah menganiaya gadis-gadis secara serentak dalam penyalahgunaan ritual yang berlangsung berdekad-dekad lamanya.
Tujuh lelaki telah didakwa dan enam orang akhirnya disabitkan kesalahan, dengan badan kehakiman British terpaksa menghantar pekerja pembinaan dan pengawal untuk membina serta meronda penjara di pulau yang sebelum ini adalah bebas jenayah.
Ya, 6 pesalah seksual kanak-kanak mungkin kelihatan agak sedikit, namun jika dibandingkan dengan penduduknya yang sekitar 50 orang, angka tersebut adalah sangat tinggi.
Dengan kata lain, lebih daripada 10% penduduk terlibat dalam kesalahan ini dan lebih ramai yang mengetahui tentangnya.
Hampir keseluruhan daripada populasi pulau ini sama ada melakukan, menyembunyikan atau mengabaikan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dalam skala yang besar.
Dan kini, kesemua 6 pesalah itu kini bebas.
Rujukan:
1. Guardian
2. BBC
3. CPH