Pada tahun ini, Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke 61 tahun. Ini bermakna, sudah 61 tahun Tanah Melayu kita merdeka daripada penjajahan. Tidak lama kemudian, nama Tanah Melayu diubah kepada Malaysia setelah bergabung dengan Sabah dan Sarawak yang terletak di Kepulauan Borneo.

Dalam sejarah juga, peperangan dan konflik menyaksikan banyak negara baru wujud ataupun terhapus daripada peta. Sebagai contoh, setelah kejatuhan Soviet Union, negara-negara dibawah pemerintahannya telah berpecah kepada beberapa negara kecil antaranya Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Selain itu, terdapat juga negara yang mencapai kemerdekaan tetapi akhirnya dijajah semula. Kali ini, pihak Iluminasi ini berkongsi senarai 5 negara atau kerajaan yang paling singkat kewujudannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Kingdom Of Lithuania

Tempoh: 16 Februari 1918 - 2 November 1918 (9 bulan 16 hari)

Perjanjian Brest-Litovsk pada tahun 1918, iaitu sewaktu Perang Dunia Pertama menyaksikan Jerman diberikan kuasa ke atas Lithuania. Jerman telah menyatakan perancangannya untuk menggabungkan Lithuania dan Prussia sebagai sebuah negara besar. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tempatan telah menyatakan hasrat untuk kekal sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Oleh itu, kerajaan tempatan telah bertindak mengisytiharkan kemerdekaan dan sebuah kerajaan monarki. Taryba, iaitu Majlis Penasihat Lithuania telah menghantar jemputan Duke Wilhelm von Urach sebagai Raja yang pertama. Pihak Jerman tidak bersetuju kerana mendakwa kerajaan tempatan ketika itu tidak mempunyai hak untuk melantik Raja mereka sendiri.

Ketika itu, Perang Dunia Pertama sudah berada di penghujungnya dan pihak Jerman telah bersetuju dengan idea sebuah kerajaan wilayah bebas di Lithuania. Pada 2 November 1918, pihak Taryba telah menarik balik undangan mereka kepada Duke of Urach dan membubarkan kerajaan, sekaligus menyaksikan penamatan sistem pemerintahan monarki di Lithuania.

4. Republik Ezo

Tempoh: 27 Januari 1869 - 27 Jun 1869 (5 Bulan)

republik ezo

Perang Boshin atau juga dikenali sebagai Revolusi Jepun merupakan Perang Saudara yang berlaku antara tahun 1868 dan 1869. Ianya adalah peperangan antara kerajaan pemerintah Tokugawa shogunate yang mengamalkan sistem pemerintahan ketenteraan dan golongan yang mahukan sistem pemerintahan Imperial dikembalikan.

Pihak Tokugawa shogunate telah kalah tetapi sebahagian besar askar yang terdiri daripada golongan Samurai ini enggan menyerah kalah dan telah melarikan diri ke Enzo (kini dikenali sebagai Hokkaido). Disana, mereka kemudiannya  mengisytiharkan pulau tersebut sebagai negara berdaulat dikenali sebagai Republik Ezo yang dikhaskan untuk golongan samurai.

Kerajaan ini mendapat pengiktirafan diplomatik oleh Braitain dan Perancis dan turut diberi bantuan ketenteraan oleh pihak Perancis. Malangnya, mereka kalah teruk dalam serangan yang dilakukan oleh kerajaan dibawah pemerintahana Maharaja Meiji. Enomoto Takeaki yang bertanggungjawab dengan pemberontakan tersebut tidak dibunuh tetapi hanya dikenakan hukuman penjara selama 4 tahun. Setelah dibebaskan, beliau dilantik menyertai kerajaan dan pernah dilantik sebagai Duta Besar Jepun ke Russia.

3. MNLA

Tempoh: 6 April 2012 - 12 Julai 2012  (3 Bulan 6 hari)

mnla

Suatu ketika dahulu, penduduk di bahagian utara Mali telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pemerintah dan mengisytiharkan pembentukan negara baru yang diberi nama National Movement for the Liberation of Azawad (MNLA) yang berpusat di bandar Ansogo. Penubuhannya adalah kerana mereka mahukan sebuah negara Islamik yang mengamalkan undang-undang sharia. 

Peperangan yang berlaku sejak 6 April 2012 itu menyaksikan pihak kerajaan pemerintah berjaya dikalahkan. Peperangan yang berlarutan selama beberapa bulan ini menyebabkan pihak pemisah ini semakin kekurangan senjata sebelum akhirnya tewas pada Julai tahun yang sama.

Akibatnya, mereka terpaksa tunduk kepada kerajaan Mali yang sebenar. Beberapa usaha pernah dibuat oleh kerajaan MNLA ini untuk membincangkan tentang kemerdekaan mereka daripada Mali. Walau bagaimanapun, permintaan mereka ini seringkali tidak diendah. Maka, berakhirlah sebuah lagi kerajaan yang hanya mampu bertahan kira-kira 3 bulan sahaja.

2. Republik Demokratik Yaman

Tempoh: 21 Mei 1994 - 7 Julai 1994 (1 bulan 17 hari)

democratic republic of yemen 328

Perang Saudara telah tercetus di Yaman antara bahagian utara dan selatan Yaman apabila Ali Salim al-Beidh, bekas Timbalan Presiden Republik Yaman telah bertindak menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Republik Demokratik Yaman. Hal ini kerana beliau tidak berpuas hati dengan pihak pemerintah ketika itu. Pusat kerajaan ini terletak di bandar Aden yang terletak di bahagian selatan. 

Risau konflik ini akan menjadi semakin parah, pihak Kaunsil Sekuriti Kesatuan Eropah telah mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat membendung Perang Saudara ini daripada terjadi. Pihak kerajaan yang terletak di utara berjaya mengalahkan dan menamatkan penentangan daripada bahagian selatan ini dan menakluk bandar Aden pada 7 Julai 1994.

1. Carpatho-Ukraine

Tempoh: 15 Mac 1939 - 16 Mac 1939 (1 hari)

carpatho ukraine

Negara Carpatho-Ukraine ini terletak pada bahagian selatan-barat Ukraine. Selepas Perjanjian Munich pada 29 September 1939 yang menyaksikan Czechoslovakia kehilangan sebahagian besar kawasannya kepada pihak Nazi Jerman, pihak Carpathian Ruthenia dan Slovakia juga telah mengisytiharkan autonomi mereka keatas Czechoslovakia.

Nama Carpathian Ruthenia ini kemudian telah ditukar nama kepada Carpatho-Ukraine pada bulan November 1938. Avgustyn Voloshyndan, seorang ahli politik dan pejuang kebebasan telah mengisytiharkan kemerdekaan Carpatho-Ukraine pada 5 Mac 1939. Dalam satu hari sahaja, kerajaan berjaya dibentuk. Malah, bendera dan lagu kebangsaan juga berjaya dicipta.

Kerajaan Hungary yang terletak bersebelahnya kemudian telah bertindak menyerang dan menawan negara ini keesokan harinya. Bagi menyelamatkan diri, anggota kerajaan Carpatho-Ukraine telah bertindak melarikan diri. Pada 6 Mac 1939, iaitu sehari sahaja selepas mengisytiharkan kemerdekaan, negara Carpatho-Ukraine secara rasminya terbubar. Negara ini secara rasminya menjadi negara paling singkat wujud iaitu selama 1 hari sahaja.

Kredit:

  1. Ukraine: A History, 4th Edition
  2. WikiPedia - Carpatho-Ukraine
  3. Yemen Country Study Guide Volume 1 Strategic Information and Developments
  4. Almanach De Gotha
  5. BBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)