Barang lusuh atau terpakai sering dianggap tidak berharga oleh sesetangah orang. Apatah lagi jika barang tersebut telah rosak atau tidak boleh digunakan semula. Hanya barang antik yang mempunyai nilai tersendiri sahaja yang dikumpul dan disimpan oleh orang yang pandai menilainya.

Biasanya barang lusuh atau terpakai ini dijual pada harga yang sangat murah dan berpatutan. Namun siapa sangka barang yang dianggap tidak bernilai ini boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan dalam sekelip mata sahaja. Di sini kami kongsikan bersama anda lima orang yang menjadi jutawan segera hasil daripada menjual barangan lama:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Mario Tavella

barang lusuh 2

Siapa sangka seorang kakitangan senior di sebuah kedai menjual barangan antik Sotheby's iaitu Mario Travella ialah seorang yang sangat bertuah. Dia telah menemui sebahagian rak antik kurun ke-17 yang disimpan di sebuah restoran di York, England. Setelah bertahun lamanya mencari, dia akhirnya menemui sebahagian lagi rak itu yang kemudiannya disatukan dan dilelong di kedai antik Sotheby's. Rak itu telah dibeli oleh seorang pengumpul barangan antik British dengan nilai sebanyak GBP1 juta (RM5.49 juta)

Kini Mario telah dilantik menjadi President Director General di cawangan Sotheby's di Perancis. Dia juga menjadi pemacu utama dalam jualan barangan antik di Perancis dan membuat keuntungan berpuluh juta Euro hasil lelongan yang dijalankan.

2. John Weber 

barang lusuh 3

Sorang lelaki berusia 70 tahun bernama John Weber ini memiliki sebuah cawan yang diperbuat daripada emas yang diberikan oleh datuknya semasa dia masih kecil lagi. Apa yang menarik, Weber tidak mengetahui nilai sebenar cawan tersebut dan menggunakannya sebagai sasaran latihan menembak senapang anginnya yang dijadikan hobi.

Setelah dinilai oleh seorang pakar barangan antik, cawan emas tulen itu merupakan tinggalan sejarah Parsi yang berusia sekitar 2,300 tahun pada zaman Achaemenid. Pada tahun 2008, cawan emas itu telah berjaya dilelong dengan harga GBP99,000 (RM 544 ribu).

3. Andy Fields

barang lusuh 4

Pada tahun 2010, seorang peniaga yang berasal dari Britain bernama Andy Fields telah membeli lima buah lukisan di sebuah jualan gudang di Las Vegas dengan harga USD4 (RM16). Ketika dia ingin membuat bingkai pada lukisan-lukisan itu, secara tidak sengaja dia telah menjumpai tandatangan Andy Warhol di belakang lukisan tersebut. Andy Warhol adalah seorang penggiat seni yang sangat terkenal di Amerika pada zamannya.

Setelah dibuat penilaian oleh the Royal West of England Academy, lukisan tersebut rupanya telah dilukis Warhol semasa beliau berumur 10 tahun dan merupakan antara hasil seninya yang terawal. Lukisan itu telah dinilai berharga USD2 juta (RM7.8 juta). 

4. Rick Norsigian

barang lusuh 5

Rick Norsigian adalah seorang pengumpul barangan antik yang sangat beruntung. Dia telah membeli dua buah kotak lama dan di dalamnya mengandungi 65 gulung negatif filem. Setelah diperiksa, ternyata ia milik kepada Bapa Fotografi Amerika iaitu Ansel Adams.

Rick membeli dua kotak tersebut dengan harga USD40 (RM 157) dari jualan garaj di Fresno. Kini kesemua 65 gulung negatif filem itu dianggarkan berharga USD200 juta (RM783 juta). Foto-foto yang terkandung di dalam negatif filem itu dianggarkan diambil sekitar tahun 1919 sehingga 1930. Ia merupakan hasil karya terawal Ansel Adams yang mula dikenali ramai pada tahun 1940.

5. Tony Marohn

barang lusuh 6

Tony Marohn telah membeli sebuah kotak antik pada tahun 2008 di sebuah jualan barangan terpakai yang dibuat oleh jirannya. Kotak itu dibeli Marohn dengan hanya USD4 (RM16). Marohn kemudiannya mendapati di dalam kotak itu berisi satu bon saham yang dikeluarkan oleh Palmer Union Oil Company pada tahun 1917. Kini, syarikat itu lebih dikenali sebagai the Coca Cola Company.

Berdasarkan nilai sijil saham itu pada masa sekarang, ia dianggarkan bernilai USD130 juta (RM509 juta). 

manusia bertuah terjumpa lubuk emas barangan terpakai jadi kaya barang antik lusuh lama

Jadi, jika anda menjumpai atau membeli sesuatu barangan lusuh atau antik yang dikira unik, tidak salah untuk anda mencari maklumat mengenainya terlebih dahulu. Manalah tahu jika anda juga bernasib baik dan memperoleh rezeki terpijak seperti mereka ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)