sejarah makanan ditemui tak sengaja barkoba

Bolehkah anda bayangkan dunia tanpa kopi atau teh? Daripada kopi kepada nachos, mungkin ramai daripada kita tidak tahu sebenarnya beberapa makanan dan minuman yang popular di dunia ditemui sepenuhnya secara tidak sengaja.

Malah, ada sesetengah daripada makanan atau minuman dan terkenal ini telah mencapai status ikonik dalam industri makanan dan minuman. Lebih menarik, bahan makanan atau minuman ini digemari oleh semua orang dan mudah didapati di mana-mana sahaja di sekeliling kita.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan beberapa jenis makanan atau minuman terkenal yang sebenarnya ditemui secara tidak sengaja dan latar belakangnya yang menarik. Untuk bahagian 1, sila baca artikel 6 Makanan Yang Ditemui Secara Tidak Sengaja.

1. Kopi

sejarah kopi 687

Kopi ditemui pada abad ke-9 oleh seorang pengembala kambing bernama Kaldi di  Ethiopia. Dia mendapati kambingnya sedang bermain-main dan menjadi penuh bertenaga selepas memakan buah merah pokok kopi. Dia mencuba sendiri beberapa daripadanya dan tidak lama kemudian bertindak hiper seperti kambingnya.

Dia melaporkan penemuannya kepada sebuah biara tempata. Para sami membancuh ramuan dari buah beri dan mendapati ia membuatkan mereka berjaga-jaga untuk solat berjam-jam. Tidak lama kemudian, berita mula tersebar tentang kacang ajaib dan pemilik ladang di Semenanjung Arab mula mengusahakan kopi.

2.  Yogurt

sejarah yogurt

Sekitar 6,000 SM, orang Neolitik di Asia Tengah merupakan pengembala dan mereka memulakan amalan memerah susu haiwan mereka. Enzim semulajadi dalam bekas pembawa (diperbuat daripada perut haiwan) menjadikan susu perahan tersebut lebih likat seperti yogurt akibat daripada campuran enzim-enzim yang diaktifkan oleh suhu hangat.

Yogurt digemari oleh orang ramai kerana rasa, tekstur dan tempoh penyimpanan yang lebih lama. Ia direkodkan dalam sejarah bahawa Genghis Khan, pengasas Empayar Mongol, dan tenteranya menikmati yogurt. Mereka mengambil yogurt semasa peperangan mereka untuk mengelakkan sakit perut.

3. Teh

sejarah teh 941

Maharaja lagenda China Shen Nong yang juga sebagai pencipta pertanian dan perubatan Cina dipercayai individu pertama yang menemui teh. Sekitar 2737 BCE, beliau ketika itu sedang mendidihkan periuk air untuk diminum apabila beberapa daun ditiup dari pokok berhampiran ke dalam periuknya.

Daun tersebut telah mengubah warna dan rasa air. Beliau terpesona oleh rasa dan sifat pemulihan minuman itu dan mengesyorkannya kepada rakyatnya/ Sejak itu, teh dianggap sebagai minuman perubatan semasa Dinasti Shang di Wilayah Yunnan.

4. Nachos

sejarah nachos

Hidangan kegemaran orang Mexico yang terkenal Nachos terdiri daripada kerepek tortilla yang dihiasi dengan keju dan jalapeño. Hidangan ikonik ini ditemui secara tidak sengaja oleh Ignacio "Nacho" Anaya pada tahun 1943. Hidangan asal berasal dari bandar Piedras Negras, Coahuila, Mexico.

Ceritanya ialah isteri-isteri tentera A.S. yang ditempatkan di Fort Duncan di Eagle Pass berdekatan sedang dalam perjalanan membeli-belah di Piedras Negras. Selepas seharian membeli-belah, wanita-wanita ini tiba di restoran dan meminta makanan ringan.

Ketua chef, Ignacio Anaya, ketika itu gagal mengesan tukang masaknya yang tiba-tiba menghilangkan diri. Beliau mencipta makanan ringan baru untuk wanita-wanita yang kelaparan dengan menggoreng beberapa tortilla yang dipotong menjadi segi tiga. Kemudian beliau meletakkan atas kerepek jagung goreng tersebut dengan keju parut dan memasukkannya ke dalam ketuhar panas.

Akhirnya, beliau melengkapkan hidangan tersebut dengan lada jalapeño yang dihiris dan dijeruk dan dihidangkan kepada mereka. Hidangan ini mendapat sambutan di kalangan wanita dan menjadi popular di seluruh negara. Ramai pelanggan berpusu-pusu ke restorran itu untuk mencuba hidangan tersebut.

5. Arak

sejarah arak

Catatan rekod terawal mengenai minuman arak bertarikh SM di Iran, arak dianggap sebagai salah satu minuman tertua di dunia. Ia mendapat perhatian dalam sejarah Mesir kuno dan Mesopotamia dan tersebar ke seluruh dunia.

Orang Mesir kuno mendokumentasikan proses pembuatan arak pada skrol papirus sekitar 5,000 SM apabila air ini digunakan semasa upacara keagamaan. Firaun memainkan peranan penting dalam mengarahkan jadual pembuatan arak dan pengedarannya kepada orang ramai.

Kredit:

  1. Vinepair
  2. Wikipedia
  3. History Extra
  4. National Geographic


Hakcipta iluminasi.com (2017)