Oleh pada 27 Jan 2018 kategori

benevento jersi

Mereka identiti sesebuah persatuan atau kelab pada zaman moden tidak banyak bezanya dengan zaman dahulu. Rekaan paling penting untuk sesebuah kelab bola sepak pastilah logonya sendiri yang akan menjadi perkara pertama yang memperkenalkan imej kelab bola sepak tersebut, selain daripada jersi, pemain, pengurus dan corak permainannya.

Walaupun begitu, ada juga beberapa kelab bola sepak seperti cuba melawan arus dan meletakkan logo-logo yang agak kelakar, sebagai asas penubuhan kelab bola sepak mereka. Kita bukan bercakap tentang kelab amatur atau kelab bertahap kampung, tetapi kelab professional yang menjadikan sukan bola sepak sebagai satu-satunya pendapatan pemain dan pihak yang terlibat dalam pengurusan kelab tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 logo kelab bola sepak paling menggelikan hati serta sedikit latar belakang ringkas kelab tersebut.

1. Al Marsa

al marsa logo

Sebuah pasukan yang bermain dalam liga divisyen 2 di Tunisia, kelab Al Marsa bermain dalam sebuah stadium yang mempunyai kapasiti 7 ribu orang penonton. Memilih untuk menggunakan warna hijau dan kuning. Logo kelab ini memaparkan seekor unta cuba mengawal bola di atas kakinya sambil unta tersebut menoleh memandang bola tersebut. Apa yang menakutkan, kaki yang digunakan oleh unta itu untuk mengawal bola tersebut jika diambil pembaris, adalah lebih panjang daripada kaki di sebelahnya.

2. Benevento Calcio

benevento calcio logo

Mencipta logo berdasarkan kisah dongeng masyarakat setempat akan memakan diri pada zaman moden. Ekoran kisah ahli sihir Benevento yang dikatakan wujud sejak kurun ke 13, kelab Benevento yang kini bermain di Serie A akan memakai logo tersebut di dada. Jika kita teliti logo tersebut, sukar untuk kita dapat kenalpasti adakah ahli sihir tersebut sedang terbang dengan penyapunya atau sekadar duduk di atas tanah dengan memakai penyapu dikelangkang. Anda rasa?

3. Warriors Football Club

warriors fc logo

Kelab Singapura yang bermain dalam Liga S ini dahulunya dikenali dengan nama Singapore Armed Forces sebelum bertukar kepada Warriors FC pada 2013. Adakah corak lukisan badak sumbu yang dipaparkan pada logo ini disengajakan, bagi menutup kekuatan sebenar pasukan bola sepak ini? Kami tidak tahu. Badak sumbu dipilih selepas pihak penganjur Liga S menolak logo pertama mereka yang memaparkan watak pahlawan, dengan syarat haiwan mesti digunakan.

warriors fc logo 2

Mungkin berang dengan syarat itu, lukisan badak sumbu itu dilukis ala kadar dan terus digunakan secara rasmi sehingga kini, dengan penambahbaikan pada mata badak sumbu itu dilakukan. Yang penting, bintang pada logo itu sekarang dah banyak dan badak itu pun tidak lagi nampak sedih.

4. Limon FC

limon fc logo

Pasukan Limon FC pada awalnya dinamakan sebagai AD Limonense sebelum seorang usahawan bernama Carlos Pascal menjadi pelabur terbesar kelab tersebut, lalu ditukarkan namanya kepada Limon FC. Bermain dalam Liga pertama di Costa Rica ketika ini, kejayaan terbesar Limon FC setakat ini adalah menjadi juara divisyen dua liga Costa Rica.

Logo kelab yang memaparkan karikatur watak taugan sedang bermain bola sepak sambil memakai mahkota sangat unik, kerana rekaannya seperti diambil terus daripada sebuah komik. Kami tidak mahu tahu bagaimana tangan berotot yang ada pada logo kelab itu bersambung dengan badan taufan yang sedang berputar laju.

5. Gombak United FC

gombak united fc

Gombak United FC merupakan antara pasukan kegemaran peminat Liga Singapura, berikutan permainan bola sepak mereka yang menarik di mata - walaupun tidak banyak memenangi kejuaraan. Naik turun dunia bola sepak membuatkan Gombak United terpaksa keluar daripada liga Singapura pada tahun 2012 dan besar kemungkinan hanya akan kembali menyertainya pada tahun 2019.

Logo kelab mereka memaparkan aksi seekor lembu yang bermain sebagai penjaga gol, kelihatan agak gementar akibat bola yang sedang menuju ke arahnya. Kami tidak tahu apa rasional logo kelab sendiri perlu memaparkan pemain sendiri sedang menghadapi serangan pihak lawan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)