Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

taylor swift satanic kelahiran semula klon zeena lavey

Terkejut juga kami menyemak mesej pembaca hari ini, selepas dia bertanya berkenaan satu isu viral melibatkan artis Avril Lavigne yang dikatakan telah membunuh diri.

Untuk tidak menghampakan beliau, kami kompilasikan 5 konspirasi paling seronok dibaca yang pernah tersebar tentang selebriti barat, agar anda dapat menghentikan penyebaran kisah-kisah ini apabila ia timbul lagi kemudian hari.

Selamat membaca!

1. Avril Lavigne bunuh diri

avril lavigne melissa bunuh diri

Memulakan karier sebagai seorang artis yang menyanyikan lagu-lagu punk, Avril Lavigne dengan tiba-tiba mengubah imejnya menjadi seorang artis yang menyanyikan lagu-lagu pop. Bagaimana semua itu berlaku?

Ramai percaya sebuah teori di mana Avril Lavigne sebenar telah pun membunuh diri pada tahun 2003 selepas insiden perceraian ibu bapanya, akibat tekanan perasaan. Jadi siapa Avril Lavigne yang ada sekarang ini? Dia bukanlah Avril Lavigne, tetapi seorang wanita bernama Melissa Vandella. Melissa adalah orang yang diupah oleh Avril (semasa dia masih hidup, haha) untuk membantu dia melarikan diri daripada paparazzi.

Berikutan kematian Avril, Melissa telah dipilih untuk meneruskan karier sebagai Avril dan terus menerus menjadi ikon pop yang kita kenal sekarang. Atas permintaan Melissa jugalah, lagu-lagu Avril yang dulunya lebih kepada punk rock, kini lebih kepada unsur pop. (rujukan)

2. Illuminati bunuh Eminem

eminem diganti dengan orang lain illuminati

Eminem menjadi nama besar dalam industri muzik namun tidak berapa lama selepas itu, pada tahun 2004 dia menghilangkan diri selama 5 tahun. Ke mana dia hilang dalam 5 tahun itu?

Ada satu teori konspirasi yang muncul mengatakan Eminem yang hidup sekarang ini sebenarnya adalah orang lain yang telah dilatih oleh Illuminati, untuk menggantikan Eminem. Di mana Eminem asal? Dia telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang dirancang. Hujah pakar-pakar ini, suara Eminem sekarang berlainan berbanding pra 2004.

Kenapa Eminem perlu dibunuh? Ini kerana Illuminati meminta Eminem menyertai mereka dan Illuminati mahu menggunakan pengaruh Eminem kepada masyarakat, namun Eminem menolak pelawaan itu. Ini menyebabkan Eminem terpaksa digantikan dengan individu lain yang mampu menurut kehendak Illuminati. (rujukan)

3. Taylor Swift sebenarnya adalah klon seorang pemuja Syaitan

zeena lavey mirip klon taylor swift

Masih lagi dengan Illuminati kali ini. Kenalkah anda dengan Taylor Swift? Kalau tak suka pun mesti anda kenal. Ramai yang masih mempercayai bahawa Taylor Swift sebenarnya adalah manusia klon seorang wanita bernama Zeena Lavey.

Zeena Lavey adalah anak kepada Anton Lavey, pengasas kepada Church of Satan. Selain itu, Zeena juga adalah penulis buku yang bertajuk Demons of the Flesh : The Complete Guide to Left Hand Path Sex Magic. Pada tahun 1985 hingga ke tahun 1990, Zeena bertugas sebagai jurucakap kepada Church of Satan dan berhenti daripada gerakan tersebut pada 1990. Yang menyedapkan kisah ini, pada tahun 1989, Taylor Swift dilahirkan setahun sebelum Zeena LaVey meletak jawatan dalam Church of Satan. (rujukan)

4. Stevie Wonder sebenarnya tidak buta!

Stevie Wonder merupakan seorang pemuzik dan penyanyi legenda yang mengalami masalah penglihatan. Dia dikatakan hilang deria penglihatan semasa masih bayi selepas keadaannya merosot akibat lahir dalam keadaan pra matang.

Salah satu bukti paling nyata menyokong idea yang Stevie Wonder sebenarnya tidak buta berlaku dalam satu persembahan bersama Paul McCartney di White House, di mana Stevie Wonder berjaya menahan mikrofon yang hampir jatuh selepas dilanggar McCartney.

Pada awal 2017, dalam satu temuramah dengan media, apabila ditanya bagaimana dia yang buta berjaya menerbangkan pesawat dan mendaratkannya tanpa mampu melihat, dia diajukan soalan adakah dia sebenarnya sudah mendapat semula penglihatannya atau selama ini dia memang mampu melihat? Stevie Wonder menjawab yang dia akan mendedahkan jawapannya sebelum 2017 berakhir. (rujukan)

5. Stanley Kubrick adalah pengarah kepada video pendaratan di bulan

moon landing kubrick palsu

Ah! Konspirasi ini. Konspirasi ini memang kerap kedengaran. Semuanya bermula gara-gara sebuah temubual di antara Kubrick dan seorang ahli dokumentari bernama T.Patrick Murray. Murray mengaku dia berjaya menemubual Kubrick pada Mei 1999, 3 hari sebelum Kubrick meinggal dunia dan merakamkan pengakuan Kubrick berkenaan pendaratan di bulan, atas kebenaran Kubrick sendiri.

Untuk mendapatkan pengakuan itu, Murray mendakwa terpaksa bersetuju menandatangani kontrak menyimpan pengakuan tersebut selama 15 tahun selepas kematian Kubrick. Sehinggalah tiba tahun 2015, video tersebut mula tersebar di internet membuatkan ramai orang percaya penglibatan Kubrick dalam merangka kejayaan pendaratan di bulan.

Balu kepada Stanley Kubrick menafikan dakwaan wujud temuramah tersebut dan semua yang didakwa berlaku oleh T.Patrick Murray. Sementara itu Murray pula tidak mempunyai bukti pengakuan itu benar berlaku kecuali video yang dia katakan rakaman tersebut. Kubrick dalam video tersebut, berbeza wajahnya. (rujukan)


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)