PlayStation asal, kini dikenali sebagai PS1, telah dikeluarkan di Jepun pada tahun 1994. Pada masa itu, ini adalah langkah yang berisiko kerana pasaran konsol permainan video sudah cukup tepu. 27 tahun kemudian, PlayStation telah menghasilkan beberapa konsol terlaris sepanjang masa.

Malah, PS2 ialah konsol permainan video terlaris sepanjang zaman, telah terjual lebih 155 juta unit di seluruh dunia. Selain itu, PS1 ialah konsol pertama daripada mana-mana jenama yang menjual lebih 100 juta unit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selama bertahun-tahun, PlayStation telah mengeluarkan beberapa konsol edisi khas merentas semua generasinya. Senarai ini termasuk beberapa konsol PlayStation paling jarang ditemui, kebanyakannya mustahil untuk ditemui hari ini dan yang boleh didapati pula bernilai beribu-ribu ringgit.

Kali ini, mari lihat beberapa konsol Playstation yang paling bernilai, jarang ditemui dan mahal yang pernah dikeluarkan.

5. Net Yaroze

net yaroze

Kit pembangunan Net Yaroze telah dicipta pada tahun 1996 sebagai usaha pertama Sony dalam pembangunan permainan indie. Kit ini direka oleh pencipta PlayStation Ken Kutaragi dan termasuk unit PlayStation penyahpepijat (debugging) berwarna hitam khas, kabel bersiri untuk menyambungkan konsol ke komputer peribadi dan CD yang mengandungi alat pembangunan PlayStation.

Net Yaroze telah dijual pada harga kira-kira $750. Angka rasmi untuk jumlah kit Net Yaroze yang terjual tidak pernah dikeluarkan, tetapi dilaporkan beberapa ribu telah dijual di seluruh dunia.

Beberapa permainan dan demo telah dibuat oleh penggemar dan permainan ini telah disusun ke dalam cakera demo yang dikeluarkan dengan majalah seperti majalah rasmi PlayStation UK dan PlayStation Underground. Di laman eBay, konsol ini dijual antara $1,150 – $2,000.

4. 10 Million Edition PlayStation 1

10 million edition playstation 1

Edisi 10 Million PS1 adalah satu lagi konsol PlayStation yang misteri dan jarang ditemui. Maklumat mengenai konsol sukar diperoleh kerana ia dikeluarkan pada tahun 1997. Dilaporkan hanya 100 daripada konsol edisi terhad ini dibuat oleh Sony untuk memperingati pencapaian 10 juta konsol PS1 yang dijual di seluruh dunia.

Kononnya konsol Edisi PS1 10 Juta ini yang sama juga ada diberikan kepada pekerja Sony atau diberikan sebagai hadiah. Menurut seorang pengguna Reddit, 10 Million Edition PS1 adalah warna biru gelap dan mempunyai kemasan matte yang menarik. Beberapa buah konsol ini berjaya dijual pada harga antara $3,000 hingga $9,000.

3. Warhammer 40K: Squad Command PSP

warhammer psp

Untuk meraikan pelancaran permainan video Warhammer 40,000: Squad Command untuk PlayStation Portable (PSP), THQ mempunyai enam konsol PSP edisi terhad yang dibuat untuk diberikan kepada 6 orang individu yang bertuah.

Konsol PSP Warhammer 40K: Squard Command telah dicipta oleh Games Workshop, sebuah pasukan pemodel profesional. Satu-satunya cara untuk mendapatkan salah satu konsol Warhammer PSP eksklusif ini adalah dengan menyertai acara cabutan bertuah THQ.

Hadiah lain dalam acaara itu termasuklah salinan permainan video Warhammer 40,000: Squad Command dan t-shirt. Setakat ini, tiada satu pun daripada konsol Warhammer 40K: Squad Command PSP khas ini telah dijual.

2. Hitman Briefcase PS4

hitman briefcase ps4

Konsol PlayStation 4 Briefcase Hitman adalah sangat unik dan jarang ditemui. Konsol ini adalah replika tepat beg bimbit yang digunakan oleh protagonis permainan Hitman. Konsol itu pada asalnya dibuat pada 2016 dan sepatutnya diberikan sebagai hadiah melalui pemberian hadiah yang diadakan oleh Square Enix, penerbit Hitman pada masa itu. 

Bagaimanapun, menurut pemilik semasa Hitman Briefcase PS4, konsol itu sebenarnya tidak pernah diberikan kerana "sebab teknikal". Jadi, pembangun Hitman, IO Interactive memegang Briefcase PS4 Hitman itu sehingga syarikat itu memutuskan untuk memasukkan itu konsol sebagai hadiah untuk lelongan amal yang diadakan semasa musim cuti 2020.

Kali ini, Hitman Briefcase PS4 sebenarnya telah diberikan kepada pemenang lelongan amal tersebut. Beberapa bula kemudian, pemenang tersebut menjual konsol itu kepada pengguna Reddit "TheBlackVulture" untuk jumlah yang tidak didedahkan. Oleh itu, hanya sebuah sahaja konsol ini yang wujud.

1. Nintendo PlayStation

Sebelum Sony mengeluarkan PlayStation 1 pada tahun 1994, salah seorang jurutera syarikat itu, Ken Kutaragi, telah mula berminat untuk mengusahakan permainan video selepas menonton anak perempuannya bermain dengan Nintendo Famicon (versi terawal Nintendo Entertainment System).

Kutaragi sebenarnya berjaya memperoleh kerjasama dengan Nintendo dan sebuah prototaip yang secara rasmi dipanggil Sistem CD-ROM Super NES telah dibangunkan. Dilaporkan 200 atau lebih daripada prototaip ini telah dibuat tetapi tidak pernah dijual kerana kerjasama itu menemui kegagalan.

Selama bertahun-tahun lamanya, sistem CD-ROM Super NES yang biasanya dipanggil "Nintendo PlayStation," hanya diketahui melalui cerita tentang sejarah PlayStation. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, khabar angin muncul bahawa prototaip Nintendo PlayStation itu telah ditemui.

Ia adalah satu-satunya Nintendo PlayStation yang wujud menjadikannya konsol PlayStation paling jarang ditemui di dunia. Pemilik PlayStation Nintendo tersebut Terry Diebold memegang konsol itu selama bertahun-tahun sebelum menjualnya melalui lelongan pada 2020 dengan harga $360,000.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)