Sekitar lebih 30 tahun lalu, Nintendo telah memasarkan Nintendo Entertainment System (NES). Pada tahun ini, Nintendo akan memasarkan semula sebuah konsol klasik versi digital dengan saiz mini, iaitu NES Classic Edition. Kotak permainan video yang comel ini akan mengingatkan ramai daripada kita dengan permainan video original NES dari tahun 1985, namun dengan saiz yang lebih kecil, sebesar tapak tangan sahaja!

BESARKAN TEKS     A-  A+

NES Classic Edition sebenarnya telah dipasarkan pada hujung tahun 2016, dan berjaya habis dijual dalam masa yang singkat, dan menjadi barangan komoditi yang hangat. Nintendo menghentikan pengeluaran produk ini beberapa bulan kemudian, menyebabkan kekecewaan peminat Nintendo di seluruh dunia. Berita baik kali ini adalah Nintendo akan memasarkan semula NES Classic Edition pada 29 Jun ini. 

NES Gamepad Yang Baharu

nes gamepad yang baharu

gamepad baharu nes classic edition

Yang menyedihkan, permainan ini tidak boleh digunakan dengan NES gamepad versi original. Namun, ianya hadir dengan sebuah gamepad versi baharu, dengan penampilan luar yang sama seperti yang original dan pengendalian yang tidak berbeza berbanding versi asal. Sekiranya anda memerlukan sebuah gamepad kedua, Nintendo menjualnya secara berasingan dengan harga $USD10 (RM40) untuk setiap satu. 

**Nota: Tidak semua daripada games yang ada menyokong aksi 2 pemain (2 gamepads). 

Memandangkan NES gamepad versi baharu menggunakan plugs yang sama dengan permainan video Wii/Wii U, anda boleh menggunakan gamepad tersebut dengan NES Classic Edition. 

Pause Atau Save Permainan Pada Bila-Bila Masa

4 slot simpanan nes classic edition

butang reset nes classic edition

NES Classic Edition mempunyai fungsi tambahan, yakni 'suspend points', iaitu fungsi seperti menyimpan (save) permainan sekiranya anda mempunyai hal lain yang perlu diuruskan dan tidak dapat menyambung permainan tersebut. Terdapat sebanyak empat slot simpanan untuk setiap permainan, dan cara mudah untuk mengakses fungsi tersebut hanyalah dengan menekan butang 'reset' pada konsol berkenaan. 

Pilihan Resolusi Skrin 4:3 atau Mod CRT

mode 4 3 nes classic edition

stail retro kotak nes classic edition

Bukan itu sahaj, memandangkan edisi ini adalah penghasilan semula permainan asal dalam bentuk digital, Nintendo juga telah mengubah sistem resolusi visual konsol mereka. Anda boleh memilih sama ada untuk kekal bermain dalam resolusi asal iaitu 4:3, atau bermain dalam Mod CRT, iaitu resolusi skrin yang sama dengan permainan arked (seperti di kedai game). 

Selain itu, menariknya, NES Classic Edition datang dalam kotak yang sangat retro. Dengan harga RM240, permainan konsol ini mampu menjadi milik anda. Harap-harap NES Classic Edition ini akan sampai ke Malaysia juga, kalau boleh secepat mungkin!

NES Classic Edition Tampil Dengan 30 Games

pita kartrij nes classic edition

30 games nes classic edition

Walaupun kelihatan seperti permainan konsol original, NES Classic Edition tidak mempunyai ruangan untuk pita kartrij permainan video. Sebaliknya, permainan video ini datang dengan 30 pilihan permainan yang telah dibina secara default ke dalamnya. Antara games yang terdapat di dalam konsol video ini termasuklah:

  1. Balloon Fight
  2. Bubble Bobble
  3. Castlevania
  4. Castlevania II: Simon's Quest
  5. Donkey Kong
  6. Donkey Kong Jr.
  7. Double Dragon II: The Revenge
  8. Dr. Mario
  9. Excitebike
  10. Final Fantasy
  11. Galaga
  12. Ghosts n' Goblins
  13. Gradius
  14. Ice Climber
  15. Kid Icarus
  16. Kirby’s Adventure
  17. Mario Bros.
  18. Mega Man 2
  19. Metroid
  20. Ninja Gaiden
  21. Pac-Man
  22. Punch-Out!! Featuring Mr. Dream
  23. StarTropics
  24. Super C
  25. Super Mario Bros.
  26. Super Mario Bros. 2
  27. Super Mario Bros. 3
  28. Tecmo Bowl
  29. The Legend of Zelda
  30. Zelda II: The Adventure of Link

EKSTRA - Video NES Classic Edition

Rujukan:

  1. businessinsider.my



Hakcipta iluminasi.com (2017)