Jika bercakap tentang perompak bank, pastinya anda membayangkan penjenayah memakai topeng kepala dan bersenjata masuk ke dalam bank.

Namun, tak semua perompak bank bertindak sedemikian. Kadang-kala, para pelanggan sendiri yang menyerahkan wang dengan rela hati dan mempercayai bahawa wang tersebut akan selamat.

Akan tetapi, dalam banyak kes, wang-wang tersebut lesap bukan dirompak, tetapi dicuri oleh pegawai bank sendiri. Amat mudah bagi seorang pegawai bank untuk mencuri wang pelanggan, jika mereka melakukannya dengan licik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 kisah pegawai bank yang mencuri wang pelanggan sendiri.

6. Michelle Renee Crouch

michelle renee crouch

Apabila seorang juruwang bank Michelle Crouch mengetahui bahawa Kevin J. Bolema telah meninggal dunia, dia memutuskan untuk mencuri wang dari akaun simpanan si mati.

Michelle mengambil alih RM400,000 100,000 dan hanya meninggalkan RM20 di dalam akaun bank. Beberapa hari kemudian, Crouch menghadiri pengebumian Kevin, memperkenalkan dirinya kepada keluarganya dan memeluk ibunya yang bersedih.

Tak lama kemudian, keluarga Kevin menerima panggilan dari bank yang memberi amaran kepada mereka bahawa seseorang telah cuba menggunakan kad kredit Kevin.

Anak Kevin pergi ke bank pada keesokan harinya untuk meminta akaun simpanan bapanya dibekukan. Walau bagaimanapun, akaun tersebut telah pun kosong, membuatkan keluarga Kevin sangat terperanjat.

Bank itu kemudiannya memecah Michelle Crouch dan melancarkan siasatan. Michelle mendakwa Kevin Bolema telah menjadi kawannya dan dia telah memberikan pinjaman tanpa faedah sebelum dia meninggal dunia.

Michelle mencipta dokumen pinjaman dan memalsukan nama Kevin di atasnya. Polis tidak percaya akan cerita tersebut membuatkan mereka menangkap Michelle.

Selepas dia dibebaskan dengan jaminan, Michelle bekerja di kesatuan kredit. Di situ, dia mencuri lebih daripada RM40,000 dari pelanggan.

Michelle hanya ditangkap selepas majikannya membaca artikel mengenai kes kecurian yang dilakukan sebelumnya. Dia dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan.

5. Alex Cunningham

alex cunningham

Alex Cunningham bertemu Doris Galloway selepas Doris memindahkan simpanannya ke bank di mana Alex bekerja.

Doris kerap pergi ke bank tersebut dan kedua-dua mereka menjadi rapat. Selepas Doris terjatuh yang menyebabkan pinggulnya tercedera, dia tidak dapat pergi ke bank.

Jadi, Alex melawatnya di rumah dan melaksanakan tugas untuknya. Doris kemudiannya semakin menyukai Alex sehinggakan dia berhasrat untuk menamakan Alex dalam wasiatnya.

Namun, Alex Cunningham tidak sabar untuk menunggu waktu kematian Doris, dan dia mula menggunakan wang dari akaun Doris.

Dia menggunakan wang itu untuk berjudi di Internet di mana dia bertaruh dalam acara sukan dan saham. Dengan ini, Alex menguasai kewangan Doris sepenuhnya.

Dia membuka dan menutup akaun bank tanpa pengetahuan Doris, dan dia membuat pinjaman berjumlah sekitar RM220,000 yang dikreditkan ke akaunnya.

Alex berjaya mencuri RM1.45 juta dari akaun Doris sebelum satu pemindahan wang yang besar membuatkan pihak bank sedar.

Mereka memulakan siasatan dalaman dan menangkap Alex Cunningham, yang mana dijatuhkan hukuman penjara selama 3 setengah tahun. 

4. Simon Wong Sai-man

simon wong sai man

Simon Wong Sai-man bekerja dalam perkhidmatan pelanggan di bank selama 3 tahun. Apabila dia berhenti, dia telah mencuri RM448,000 dari akaun pendeposit dengan memalsukan tandatangan pemegangnya.

Apabila Simon ditangkap, dia menjelaskan bahawa dia telah kerugian wang tersebut di pasaran saham dan perlu membayar pinjaman pelajaran.

Dia dipenjarakan selama 2 tahun. 6 bulan selepas dibebaskan, Simon bekerja di bank lain. Dia kemudian terjebak dengan tidak masalah perjudian yang serius dan tidak dapat membayar hutangnya.

Dia mula mencuri wang dari akaun ahli perniagaan. Simon menggantikan wang yang dicuri dengan wang kemenangannya, tetapi jumlah yang dimenangi tidak mencukupi untuk menggantikan jumlah yang dicuri.

Dia kemudiannya mencari akaun lain untuk mencuri dan menjumpai akaun seorang wanita yang telah terlantar di atas katil selama 20 tahun.

Wanita itu tidak menerima penyata bulanan dan Simon percaya bahawa wanita itu tidak akan menyedari kehilangan wang dalam akaunnya.

Dia mula memindahkan wang dari akaun wanita tersebut ke dalam akaun ahli perniagaan itu. Kerana tamak, Simon memutuskan bahawa dia mahukan wang tunai tambahan dan membuat salinan buku bank wanita itu.

Dia membawa salinan itu ke cawangan bank lain dan cuba mengeluarkan wang. Juruwang kemudian mendapati bahawa maklumatnya berbeza daripada salinan dalam rekod bank dan memaklumkan kepada penyelia, menyebabkan Simon tertangkap.

Pihak berkuasa mendapati bahawa dia telah mencuri RM1.15 juta dalam tempoh 3 bulan. Simon dijatuhkan hukuman 2 tahun dan 8 bulan.

3. Daniel Andrew Welsh

daniel andrew welsh

Daniel Welsh bekerja sebagai rakan khidmat pelanggan di sebuah bank dan dia mengenali pelanggan bank secara peribadi ketika mereka membuka akaun.

Daniel dengan cepat mengenali pelanggan mana yang benar-benar memerlukan bantuan, seperti orang-orang yang tidak dapat memandu atau cacat. Dengan ini, dia akan cuba menjadi rapat dengan pelanggan tersebut.

Dia menawarkan bantuan kepada mereka dan kadang kala dia membelikan barang dapur. Daniel mula mendapat kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan ini dan menggunakannya sebagai cara untuk memanipulasi akaun bank mereka.

Dia mencuri wang dari setiap akaun dalam satu pengeluaran besar dengan cek juruwang. Tiada seorang pun daripada mangsa sedar bahawa wang mereka telah dicuri.

Daniel menghabiskan 5 bulan mencuri dari pelanggan lama sebelum penyiasat bank menyedari bahawa terdapat kehilangan wang.

Mereka mempersoalkan Daniel, namun dia menafikan bertanggungjawab ke atas kehilangan tersebut.

Bank itu kemudiannya memecat Daniel dan memaklumkan kes itu kepada polis.

Selepas disiasat, mereka mendapati bahawa Daniel mempunyai sekurang-kurangnya 2 mangsa dan dia telah mencuri lebih dari RM720,000.

Dia ditangkap dan didakwa dengan 2 tuduhan mencuri.

2. Lisa Jarvis

lisa jarvis

Seorang pelanggan, Kenneth Costello membuka akaun dan mendepositkan cek bernilai hampir RM1 juta.

Melihat jumlah yang begitu banyak, juruwang bertanggungjawab ke atas urusan membuat kad debit Kenneth telah membuat satu salinan kad debit untuk dirinya sendiri.

Selama 2 tahun berikutnya, Jarvis memperlakukan akaun bank Kenneth seperti miliknya sendiri. Dia menggunakan salinan kad debitnya ke atas lebih daripada 100 pembelian dan membelanjakan lebih daripada RM400,000.

Tak lama kemudian, Kenneth menyedari bahawa baki dalam akaunnya menurun lalu mengadu kepada bank tentang pengeluaran yang tidak dibenarkan telah berlaku.

Bank menyedari bahawa Lisa Jarvis telah mencuri wang itu. Akibatnya, dia dipecat, ditahan dan dijatuhi hukuman 3 tahun penjara.

Malang sekali bagi Kenneth Costello, dia tidak mendapat wangnya kembali. Polis menyedari bahawa wangnya yang didepositkan diterima melalui penipuan cukai.

Rupa-rupanya, Kenneth telah memfailkan 4 penipuan ke atas pulangan cukai dalam setahun, yang memberikannya RM2.23 juta.

Dia ditahan dan dihukum 5 tahun penjara. 

1. Jo Ann Nickell

jo ann nickell

Jo Ann Nickell mula mencuri dari pelanggannya 9 bulan selepas dia mula bekerja di sebuah bank.

Dia mensasarkan 7 pelanggan, yang berumur di antara 65 hingga 91 tahun. Kebanyakan mereka menderita penyakit seperti kanser dan demensia (penyakit lupa).

Dia mengetahui bahawa isteri salah seorang pelanggan telah mati dan pelanggan tersebut bakal dihantar ke rumah penjagaan orang tua.

Tanpa berlengah, Jo Ann mencuri dari akaun lelaki tersebut pada hari berikutnya. Seorang pelanggan lain, yang sedang nazak akibat kanser, melabur dalam dua sijil deposit bernilai RM4000 untuk ditinggalkan kepada anak-anaknya.

Jo Ann mencuri salah satu daripada pelaburan tersebut yang bernilai RM190,000.

Jo Ann meneruskan penipuan dengan memberitahu seorang pelanggan lain bahawa dia memberikan "faedah tabungan istimewa" kepadanya dan dia perlu menyimpan penyata bulanan supaya tidak ada orang lain yang tahu berapa banyak wang yang pelanggan tersebut miliki. 

Namun tiada faedah istimewa diberikan, melainkan Jo Ann mencuri wang daripada akaunnya sebanyak RM100,000. Jo Ann berjaya meneruskan pencurian ini selama 3 tahun.

jo ann nickell steal bank

Dia akhirnya berjaya ditangkap apabila seorang pelanggan menyedari RM32,000 telah dikeluarkan daripada akaun simpanannya.

Jo Ann cuba untuk menukar akaun pelanggan tersebut supaya penyata bulanan bank dialamatkan ke bank tersebut, namun tidak melakukannya dengan betul.

Pihak bank menyiasat kehilangan tersebut dan menyedari bahawa mereka telah kehilangan RM530,000 akibat tindakan Jo Ann.

Bank itu membayar balik semua dana yang telah dicuri dan menghubungi pihak polis.

Selepas mengaku bersalah, Jo Ann Nickell dijatuhi hukuman penjara 18 bulan. Dia juga terpaksa membayar balik wang kepada bank dan syarikat insuransnya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)