Menurut Arthur Williams Jr., dia tidak pernah tahu bagaimana wang berfungsi sehinggalah dia dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Ini sangat ironi kerana individu ini adalah salah satu pemalsu, penjiplak atau pakar plagiat rekabentuk asal wang kertas paling hebat dan terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat. Malah, dia hampir-hampir terlepas dengan aktiviti haramnya ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang paling mengagumkan adalah Arthur berjaya memalsukan wang kertas $100 siri tahun 1996, yang mana telah direka bentuk untuk membawa mata wang Amerika ke era baru keselamatan berteknologi tinggi.

Malah, pihak berkuasa AS menganggap reka bentuk ini sebagai kebal dan tidak dapat dipalsukan.

Hasil daripada pengalaman dan keazaman yang tinggi, Arthur berjaya menyempurnakan satu proses yang membolehkan dia mencetak wang kertas yang hampir tidak dapat dikesan dengan bekalan seumur hidup.

Belajar memalsukan wang daripada DaVinci

mencetak wang palsu

Arthur Williams yang dilahirkan di pinggiran bandar Chicago mempunyai kisah hidup yang agak gelap ketika kecil apabila bapanya meninggalkan keluarga dan memaksa ibunya berpindah ke tempat perlindungan gelandangan Salvation Army.

Tak lama selepas itu, ibunya berkenalan dengan seorang penjenayah tempatan dengan nama samaran "DaVinci."

DaVinci memperoleh nama gelaran ini kerana sangat mahir dalam melukis dan akhirnya menjadi pemalsu wang kertas. Dan dengan ini, Arthur diambil menjadi pelatihnya dan mengajar seni menghasilkan wang palsu menggunakan pencetak offset.

Arthur kemudiannya menggambarkan DaVinci sebagai seorang yang "tradisionalis tulen" dalam satu wawancara bersama Rolling Stones.

Dia memberitahu bahawa pada ketika itu, pemalsuan wang kertas adalah sesuatu yang diwariskan kepada generasi kemudian.

DaVinci memberitahu Arthur bahawa dia adalah pelatih terakhirnya, dengan itu Arthur memperhebatkan lagi apa yang dipelajarinya.

wang kertas amerika

Akhirnya, Arthur menyempurnakan kaedah pemalsuan "hibrid" nya sendiri. Ia bermula pada tahun 1992, apabila pemuda itu mendapat salinan bootleg Adobe Photoshop, sebuah komputer Apple lama, dan mesin blueprint diozotop.

Oleh kerana pencetak blueprint itu tidak dapat menghasilkan latar belakang hijau untuk wang sebenar, Arthur akan menggunakan pencetak offset terlebih dahulu, dan kemudian mencetak butiran yang telah disunting menggunakan Photoshop ke kertas berwarna dengan pencetak berteknologi tinggi.

Menurut Rolling Stone, dia mencetak kira-kira $50,000 sebulan di studio bawah tanah yang digelar "The Dungeon" dan menjualnya kepada samseng tempatan untuk dengan harga 20 sen bagi setiap $1.

Ketika itu, Arthur hidup seperti seorang raja. Ia merupakan satu kemajuan daripada jenayah pecah rumah yang dilakukannya satu ketika dahulu.

Pemalsuan ke skala yang lebih besar

wang kertas 100 dolar siri tahun 1996

(Wang kertas $100 siri tahun 1996 yang dianggap sebagai "kebal" dari pemalsuan)

Arthur mengekalkan modus operandi bersaiz kecil sehingga tahun 1996, apabila Biro Ukiran dan Percetakan A.S. mengumumkan pelancaran wang kertas $100 baru yang tersangat selamat.

Wang kertas lama sangat bergantung kepada beratnya yang unik dan dihasilkan daripada kapas khusus terdiri 75% kapas serta 25% kertas linen.

Namun bagi wang kertas $ 100 baru, ia memperkenalkan benang keselamatan pendarfluor baru, percetakan mikro, dakwat peralihan warna dan watermark yang adalah mustahil sukar untuk dipalsukan.

Dan apabila teman wanita Arthur iaitu Nathalie bergurau bahawa dia tidak dapat "menggodam" sistem keselamatan ini, Arthur melihatnya sebagai satu cabaran.

Rupa-rupanya, perkara yang paling penting dalam pemalsuan wang kertas $100 baru ini adalah mencari kertas yang betul.

Langkah-langkah keselamatan wang kertas siri baru 1996 ini juga disertakan dengan pengenalan pen pengesan tiruan.

Jika pen berasaskan iodin ini ditandakan pada sekeping wang kertas, dakwatnya akan bertukar menjadi coklat sekiranya kertas tersebut berasaskan kayu, yang mana berlaku kepada hampir semua wang kertas palsu.

Jika ia kekal dengan warna kuning, ini bermakna secara teorinya, kertas tersebut adalah asli.

Namun, Arthur tidak perlu mencari kertas mata wang yang asli, sebaliknya dia hanya perlu mencari gantian kepada kertas berasaskan kayu itu sahaja.

Ketika berasa tersangat kecewa selepas berkali-kali mencuba dan gagal mencari padanan antara sampel kertas yang tidak terkira banyaknya, Nathalie mula mendandakan setiap kertas di dalam rumahnya.

Menemui formula wang kertas palsu

buku direktori telefon kunci kepada wang kertas palsu arthur williams jr

Dan daripada semua kertas yang ditandakan termasuklah tisu tandas dan kertas cetak, akhirnya mereka menemui kunci kepada wang kertas palsu mereka, iaitu kertas buku telefon. 

Kertas direktori, sejenis kertas akhbar membolehkan impian Arthur menjadi satu kenyataan. Satu-satunya masalah yang dihadapi mereka adalah kertas direktori ini terlalu nipis.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Arthur dengan mudah melekatkan 2 keping kertas ini ke atas sekeping kertas yang lebih tebal, seperti menghasilkan "sandwic".

Ini juga memudahkan proses untuk membenamkan jalur keselamatan buatan sendiri dan watermark palsu pada setiap wang kertas.

Untuk mengatasi masalah dakwat yang beralih warna, Arthur menghasilkan setem getah (rubberstamp) "100" dan menggunakan cat kereta berwarna-warni untuk mencipta kesan yang sama.

Ciri keselamatan akhir iaitu pencetakan mikro adalah sangat sukar untuk dihasilkan semula dengan sempurna. Namun, ia juga adalah perkara yang paling kurang diperiksa kerana ia memerlukan kanta pembesar untuk melihat perbezaannya. 

Kemahiran berbelanja dengan senyap yang mengelirukan

kisah pemalsuan wang kertas paling dahsyat di amerika syarikat

Dan akhirnya, proses menukar nombor siri pada wang kertas ini terbukti sebagai bahagian paling berbahaya dalam menghasilkan wang palsu itu.

Semua wang kertas akhirnya akan mengalir balik ke bank, dan bank-bank akan menghantar ke Rizab Persekutuan yang menggunakan sistem pemeriksaan 13 lapis untuk mengesan wang palsu.

Walau bagaimanapun, Arthur mendapati bahawa jika dia hanya menggunakan beberapa wang kertas pada satu masa dan berpindah dari tempat ke tempat yang lain di seluruh negara secara berterusan, maka sukar untuk dikesan.

Dan untuk sebahagian bersanya, apa yang difikirkan oleh Arthur adalah benar. 

Untuk seketika, Arthur dan teman wanitanya mengembara ke seluruh Amerika Syarikat, sebahagian besarnya di kawasan Chicago dan Texas sambil membelanjakan sebanyak wang yang mereka mampu.

Seperi yang dilakukan oleh para pemalsu wang kertas, mereka akan membuat pembelian kecil menggunakan wang kertas $100 dan memperoleh keuntungan daripada baki yang diterima.

pemalsuan wang kertas

Arthur juga akan menjual wang kertas tersebut kepada samseng tempatan seperti yang dilakukan, namun dengan kadar yang lebih tinggi iaitu 30 sen untuk setiap $100.

Dengan ini, dia memperoleh $30 bagi setiap wang kertas $100.

Mereka menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan daripada dikesan pihak polis.

Pada akhir tahun 1990an, berjuta-juta dolar telah dihasilkan Arthur menggunakan pencetaknya dan dia tidak mampu membelanjakan kesemuanya.

Di satu ketika, Arthur dan Nathalie mula membeli alat permainan dan barangan kanak-kanak lalu didermakan kepada badan amal tempatan.

Apa yang mengasyikkan mereka bukanlah disebabkan oleh mampu berbelanja besar, tetapi cabaran menghasilkan setiap kertas kepada wang yang sangat bernilai membuatkan pasangan ini tidak boleh berhenti.

Ia seperti kepuasan seorang pelukis berjaya menghasilkan satu lukisan masterpiece. Namun seperti bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Penangkapan Arthur Williams Jr.

arthur williams jr

Pada Februari 2001, Arthur telah ditangkap bersama-sama $60,000 wang kertas palsu, dadah dan kakak iparnya yang dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel di Chicago.

Penangkapan tersebut sepatutnya menghumbankan Arthur ke dalam penjara untuk tempoh yang lama, namun hakim melepaskannya atas sebab serbuan dan sitaan itu tidak mempunyai waran.

Terkejut dengan penangkapan itu, Arthur memutuskan untuk tidak lagi memalsukan wang haram. Ia merupakan satu keputusan yang bijak namun ia tidak bertahan lama.

Arthur mendapati bahawa bapanya yang juga mempunyai masalah dengan undang-undang tinggal di Alaska. 

Ketika dia melawat bapanya, Arthur tahu bahawa bapanya menanam ganja dan mempunyai masalah dengan kumpulan motosikal Hell's Angels.

Bapa Arthur yang sepatutnya menasihati anaknya agar tidak melanggar undang-undang, sebaliknya menggalakkan Arthur untuk menghasilkan lebih banyak wang palsu.

kisah arthur williams jr pemalsu wang kertas

Disebabkan Arthur yang kehilangan ayahnya untuk seketika dan kini kembali bersama, jadi dia cuba untuk membanggakan ayahnya itu.

Di Alaska, kedua-dua anak beranak itu mula mencetak wang namun kali ini tanpa peralatan yang betul.

Bapa Arthur memberikan sebahagian daripada wang kertas tersebut kepada rakan-rakan, yang mana digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengendahkan cara yang betul untuk membelanjakannya.

Kemudian, Arthur yang meneruskan pengembarannya telah menyembunyikan sebahagian daripada wang kertas dicetaknya ke dalam paip PVC dan ditanam di sebuah hutan simpan.

Namun, kesilapan yang dilakukannya di Alaska kembali menghantuinya.

Dipenjarakan buat kali kedua

arthur williams jr dipenjarakan kerana memalsukan wang

Pada tahun yang sama iaitu 2001, beberapa rakan bapanya ditangkap kerana memiliki wang palsu di Anchorage, Alaska.

Tak lama kemudian, pihak polis berjaya mengesan Arthur dan bapanya yang membawa kepada penangkapan mereka.

Setelah dibicarakan, kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara kerana jenayah mencetak wang palsu.

Selepas 31 bulan, Arthur dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah, dia menerima berita bahawa bapanya telah meninggal dunia di penjara akibat serangan jantung.

Arthur memberitahu bahawa dirinya menjadi seperti seorang selebriti di penjara selepas dipaparkan dalam rancangan American Greed pada tahun 2001.

Kisah Arthur menarik perhatian ramai, termasuklah diwawancara oleh Rolling Stone pada tahun 2005.

Kembali kepada aktiviti memalsukan wang

pemalsuan wang

Ketika membuat penampilan untuk bercakap tentang hukuman penjara kerana pemalsuan wang, Arthur akhirnya menggali wang palsu yang ditanamnya di hutan simpan.

Malah, Arthur kembali mencetak wang palsu untuk merealisasikan impian anaknya untuk menceburi bidan muzik.

Dia mula melakukan penyelidikan disebabkan oleh geng Rusia yang satu ketika dahulu membeli wang palsu daripadanya berminat dengan wang palsu Euro.

"Ketika saya sedang berucap mengenai pemalsuan wang kertas kepada orang ramai, dalam masa yang sama saya juga cuba mencari cara untuk memalsukan mata wang Euro," kata Arthur.

Menurut Arthur, dia hampir-hampir berjaya melakukannya. Jalur holografi mata wang Euro adalah bahagian yang paling sukar.

Dan ketika Arthur sedang melakukan eksperimen dengan bahan sama yang digunakan dalam kad besbol pada tahun 2007, dia menyedari bahawa anaknya menghasilkan wang palsu menggunakan pencetak inkjet.

Hal ini membuatkan kedua-duanya bergaduh dan berlarutan hingga ke jalanan, berakhir dengan wang kertas palsu yang bertaburan.

Disebabkan pergaduhan itu, pihak berkuasa menyedari akan aktiviti haram Arthur, membuatkan dia kembali ke penjara untuk tempoh 78 bulan.

Kemudian, anaknya pula ditangkap kerana cubaan memalsukan wang kertas dan berakhir di penjara yang sama pada tahun 2000.

Kembali ke pangkal jalan

arthur williams jr bersama hasil karyanya

(Arthur Williams Jr. bersama hasil karyanya)

Ketika berada di penjara, Arthur belajar melukis dan menjadi agak mahir. Dia juga memulakan jenama pakaian iaitu Julius DaVinci, menggunakan nama mentornya dalam memalsukan wang kertas.

Selepas dibebaskan pada Januari 2014, Arthur memulakan hidup baru dengan bekerja. Kali ini dia menjauhkan dirinya daripada pencetak dan bekerja sebagai tukang cuci.

Dan baginya, daripada memiliki wang tunai berjuta-juta kepada mencuci tandas dengan gaji $5 sejam adalah satu perubahan yang besar.

Tak lama kemudiannya, dia kehilangan kerja dan kereta, serta rumahnya terbakar. Apa yang tinggal adalah sebuah lukisan abangnya yang telah meninggal dunia.

arthur williams jr bersama hasil karyanya 2

Lukisan itu seolah-olah memberitahu kepada Arthur bahawa apa yang perlu dilakukannya adalah melukis dan memberikan semangat kepadanya untuk terus hidup.

Dia kemudiannya dibayar oleh 2 kenalan untuk melukis dan akan diberikan keuntungan jika lukisan tersebut dijual.

Dan sejak itu, Arthur berubah daripada seorang pemalsu wang sepanjang hidupnya kepada seorang pelukis hebat.

Sehingga kini, Arthur memperoleh sekitar $500,000 (RM2 juta) melalui lukisannya dan 10% daripada jumlah itu diberikan kepada badan amal kanak-kanak.

Dia tidak mahu dikenali sebagai pakar pemalsu wang kertas, sebaliknya mahu dikenali sebagai pelukis hebat yang mengubah hidupnya dan orang sekeliling.

Rujukan:

1. Gizmodo

2. Chicago

3. Artspace




Hakcipta iluminasi.com (2017)