Menurut kajian terbaru yang dikendalikan oleh Erasmus University, mendapati bahawa otak lelaki adalah lebih pintar daripada otak wanita dengan anggaran perbezaan tahap IQ sebanyak 3.75 mata. Kajian tersebut yang dijalankan di Belanda itu dilakukan dengan mengimbas otak 900 orang lelaki dan wanita melalui imbasan MRI. Keputusannya, otak lelaki adalah lebih besar daripada otak wanita sebanyak 14%, dan otak lelaki mendapat markah yang lebih tinggi dalam anggaran kepintaran, termasuk keupayaan spatial.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ingatan wanita lebih kuat

201407 2138 fiecc sm

Menurut kajian itu dan juga pakar-pakar, walaupun lelaki mempunyai otak yang lebih besar dan tahap IQ yang lebih tinggi, namun otak wanita berfungsi dengan lebih cekap dan efisyen, serta mengatasi otak lelaki dalam ujian memori. Wanita mendapat markah yang lebih baik berbanding lelaki melalui ujian memori, yang mana mereka dikehendaki mengingat 18 gambar mengikut urutan yang betul. Namun, ujian ini tidak memberikan apa-apa perbezaan pada tahap kepintaran wanita.

memes

Perbezaan saiz otak oleh kedua-dua jantina ini menjadi perdebatan hangat dalam komuniti saintifik.

Keupayaan spatial lelaki lebih baik

keupayaan spatial 81

Juga, walaupun otak wanita lebih cekap efisyen berbanding otak lelaki, namun kebolehan otak lelaki mengatasi otak wanita dalam keupayaan spatial, iaitu melibatkan keupayaan untuk memahami, memikirkan dan mengingati hubungan di antara ruang atau objek.

lelaki membaiki peralatan

Keupayaan spatial-visual digunakan dalam aktiviti harian seperti navigasi, memahami atau membaiki peralatan, dan memahami atau menganggarkan jarak atau ukuran. Ia juga melibatkan keupayaan melaksanakan kerja-kerja harian secara umum.

"Kami mendapati bahawa otak lelaki lebih besar daripada otak wanita dan analisis kami mencadangkan ini adalah faktor untuk purata kepintaran am yang lebih rendah pada wanita, melalui pelbagai ujian."
- Dr. Dimitri van der Linden

Dakwaan kontroversi Charles Darwin berkenaan otak lelaki dan wanita

charles darwin

Mereka menyedari bahawa kajian sebelum ini mencadangkan otak wanita adalah lebih teratur atau memproses maklumat dengan lebih efisyen, namun tidak melihat sebegitu dalam kajian ini. Kajian ini menyokong dakwaan kontroversi yang diutarakan oleh Charles Darwin pada abad ke-19 bahawa otak lelaki adalah lebih besar daripada otak wanita. Dakwaan Charles menjadi kontroversi kerana beliau mengatakan bahawa keupayaan otak wanita berada di tengah-tengah antara otak lelaki dewasa dan kanak-kanak.

"Kajian ini adalah satu kajian yang sangat baik, tetapi bukti yang dikemukakan adalah tidak cukup kuat untuk membuktikan otak lelaki yang lebih besar adalah lebih pintar daripada otak wanita yang sedikit kecil. Dengan itu, mereka menggunakan ujian kepintaran am untuk mengukur siapa yang lebih pintar, yang mempunyai asas yang tidak kukuh,"
- Dr. Joseph Devlin, Ketua Ujikaji Psikologi, University College London,

perbezaan kepintaran

Tambahnya lagi, otak lelaki dan wanita adalah berbeza dan kita tahu bahawa keupayaan spatial lebih kepada otak lelaki, manakala wanita cenderung mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik. Namun dakwaan lelaki lebih pintar daripada wanita tidak semestinya benar kerana kekurangan bukti-bukti yang kukuh.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda rasa kajian ini boleh diguna pakai ataupun tidak? Atau anda berpendapat ia bergantung kepada individu? Bagi penulis, dakwaan bahawa keupayaan spatial berpihak kepada otak lelaki berkemungkinan besar benar. Ia dibuktikan berdasarkan kehidupan sehari yang mana lelaki lebih hebat dalam membaiki peralatan, dan juga contoh praktikal, lelaki lebih hebat dalam memandu dan memarkir kereta berbanding wanita.

albert einstien

Bagi ujian memori pula, tidak syak lagi wanita lebih hebat. Sebagai contoh, wanita lebih mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan, dan bak kata orang, jika wanita bergaduh dengan pasangan, hal-hal 5 tahun lepas pun wanita masih boleh ingat dan korek. 

Apa-apa pun, kedua-dua jantina ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini hanya satu kajian, dan bukanlah penentu sebenar keupayaan otak masing-masing.

Sumber rujukan :

1. Daily Mail

2. Press Reader




Hakcipta iluminasi.com (2017)