Apabila dasar lautan bergerak, begitu jugalah air yang berada di permukaan turut sama merasai pergerakan itu. Tsunami ialah beberapa siri ombak besar yang terhasil daripada pergerakan di dasar lautan akibat gempa bumi atau letusan gunung berapi. Tsunami boleh terjadi berhampiran daratan atau boleh bergerak beribu batu jauhnya jika ia bermula dari laut dalam.

Tidak kira dari mana punca tsunami, ia sering menyebabkan kemusnahan dan kerosakan di tempat ia melanda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai contoh, pada 11 Mac 2011, Jepun diserang gempa bumi berukuran 9.0 skala Richter yang terjadi di tengah-tengah lautan 130km jauhnya dari bahagian timur bandar Sendai. Gempa bumi itu sangat kuat sehingga ia mencetuskan tsunami yang menghapuskan bandar tersebut dan kawasan di sekelilingnya.

Gempa bumi itu juga menyebabkan beberapa tsunami kecil yang bergerak merentasi Lautan Pasifik sehingga menyebabkan kerosakan di Hawaii dan beberapa pesisiran pantai barat Amerika Syarikat.

Ribuan orang mati disebabkan gempa bumi dan tsunami tersebut manakala ramai lagi kehilangan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, ia bukanlah tsunami paling teruk pernah terjadi kerana menyebabkan kematian antara 18,000 hingga 20,000 orang "sahaja". Kami kongsikan 5 tsunami paling kritikal pernah berlaku dalam sejarah:

5. Gempa bumi Hoei (1773)

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia gempa hoei

Gempa bumi megathrust terjadi pada tahun 1707 di Hoei merupakan gempa kedua terbesar pernah berlaku di Jepun selepas gempa Tohoku pada tahun 2011. Gegaran sekuat 8.6 skala Richter itu telah menyebabkan tsunami bergerak laku di barat daya pesisiran Kochi dan menjadi setinggi antara 25 hingga 32 kaki di sesetengah lokasi. Seramai 30,000 mangsa telah terkorban dalam kejadian itu.

4. Letusan Krakatoa (1883)

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia letusan krakatau indonesia

Selain gempa bumi yang menghasilkan tsunami, letusan gunung berapi juga mampu melakukan perkara yang sama. Pada 27 Ogos 1883, empat letusan besar dari Gunung Berapi Krakatoa di Indonesia telah menyebabkan empat tsunami berbeza sehingga melebihi 100 kaki tinggi. Tiada satu pun orang yang terselamat di kepulauan Sebesi, iaitu pulau paling hampir dengan gunung berapi tersebut. Walaupun beberapa minggu selepas kejadian, ribuan mayat masih dijumpai terapung di lautan. Anggaran jumlah kematian adalah sekitar 36,000 orang.

3. Gempa bumi Lisbon (1755)

Ahli geologi pada hari ini menganggarkan gempa bumi yang terjadi di Lisbon pada 1755 berukuran hampir 9 skala Richter. Dengan pusat gempa di Lautan Atlantik kira-kira 200km dari Cape St. Vincent di Portugal, tujahan bersaiz mega itu menjadi salah satu gempa bumi paling teruk pernah berlaku. Ia diikuti oleh kebakaran dan tsunami yang memusnahkan bandar Lisbon.

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia gempa bumi lisbon portugal

Tsunami yang terjadi sekitar 40 minit selepas gempa itu telah menyapu bersih keseluruhan bandar, pelabuhan dan bandar-bandar di sekelilingnya. Tsunami berketinggian 66 kaki itu juga telah menenggelamkan pesisiran pantai di Afrika Utara dan beberapa pulau seperti Martinique dan Barbados. Selain itu, tsunami setinggi 10 kaki juga telah menghentam Cornwall di England dan Galway di Ireland. Dilaporkan sekitar 100,000 orang mangsa terkorban dalam bencana ini.

2. Gempa bumi dan tsunami Messina (1908)

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia gempa bumi messina

Satu gempa bumi berukuran 7.1 berlaku di Messina, iaitu sebuah bandar di kepulauan Sicily pada 28 Disember 1908. Gempa bumi yang terjadi selama 30 hingga 40 saat itu telah menghasilkan tsunami setinggi 40 kaki yang melanda pesisiran pantai di kawasan itu. Ketika itu, semua bangunan tidak dibina untuk menahan gempa bumi, jadi 93% struktur binaan yang ada di bandar itu habis musnah dalam sekelip mata. Jumlah mangsa yang terkorban dianggarkan sekitar 123,000 orang.

1. Tsunami Lautan Hindi, Sumatera, Indonesia (2004)

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia gempa bumi sumatera indonesia 2

Pada 26 Disember 2004 satu gempa bumi telah melepaskan tenaga yang sama seperti letusan 23,000 bom atom Hiroshima dari bawah permukaan bumi. Gempa bumi ini telah menghasilkan beberapa siri ombak maut merentasi Lautan Hindi yang bergerak laju seperti sebuah jet. Gempa bumi bermagnitud 9.0 itu merupakan gempa bumi paling teruk dalam masa 40 tahun dan tsunami yang terhasil bergerak sehingga ke Afrika.

tsunami paling buruk teruk dalam sejarah rekod dunia gempa bumi sumatera indonesia

Hampir 230,000 orang ditemui mati dan yang paling menyedihkan adalah satu pertiga daripada jumlah mangsa itu adalah anak-anak kecil yang tidak kuat melawan arus ombak yang terlampau kuat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)