Kejadi tsunami yang berlaku melibatkan negara kita pada 26 Disember 2004 mengakibatkan kematian anggaran lebih 220,000 nyawa, 185,000 disahkan meninggal dunia selepas mayat mereka dijumpai.

Negara kita agak bernasib baik tidak merasai impak penuh gelombang yang terhasil kerana kedudukan geografi kita dikelilingi kawasan daratan lain, khasnya Sumatera yang menjadi perisai utama kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gelombang tsunami yang melanda direkodkan sekitar 51 meter tingginya menyebabkan kerosakan yang besar berlaku. Tetapi jika dibandingkan dengan gelombang tsunami lain berkategori mega-tsunami, saiznya layak dikatakan kerdil atau kecil-kecil anak sahaja.

5. Tragedi Tasik Lovatnet, Norway (74 meter)

tsunami tasik lovatnet

Norway merupakan antara negara paling kerap dilanda tsunami dalam sejarah moden dunia, khasnya disebuah kawasan bernama Loen, menempatkan dua buah kampung bernama Bodal dan Nesdal yang dikelilingi sebuah tasik bernama Lovatnet.

Terdapat sebuah gunung setinggi 1493 meter di situ dinamakan Ramnefjlellet. Struktur gunung itu yang semakin kerap mengalami tanah runtuh malangnya gagal diberikan perhatian khusus masyarakat setempat walaupun kejadian itu sering berulang.

megatsunami tertinggi dalam sejarah

Kali pertama Gunung Ramneflejjet runtuh berlaku pada tahun 1905, mencipta gelombang besar setinggi 40.5 meter yang meruntuhkan 60 buah rumah serta membunuh 61 orang dan ratusan haiwan t19ernakan penduduk setempat.

Insiden tahun 1936 berlaku pada awal pagi 13 September, selepas satu bongkah batu sebesar 1 juta kubik meter jatuh ke dalam tasik menghasilkan 3 gelombang tsunami; terbesar setinggi 74 meter.

Kejadian kali itu mengakibatkan kerosakan lebih dahsyat, dipercayai membunuh 74 orang dengan hanya 33 berjaya ditemui. Selepas beberapa insiden tanah runtuh berlaku selepas itu, kedalaman Tasik Lovatnet mula cetek dan ancaman penduduk dibadai tsunami mula lenyap.

4. Fjord Taan, Amerika Syarikat (193 meter)

gunung runtuh punca tsunam besar

Kegagalan pengawasan cerun yang lebih teliti menyebabkan glasier yang terbentuk runtuh pada 17 Oktober 2015. Lebih 180 juta tan batu runtuh ke dalam fjord Taan menghasilkan tsunami setinggi 193 meter.

Walaupun begitu, kejadian itu berlaku di kawasan yang tidak diduduki manusia jadi kadar kerosakan yang berlaku tidaklah melibatkan korban nyawa atau harta benda. Pekan paling hampir dengan lokasi kejadian terletak 120 kilometer dari kawasan tersebut.

megatsunami tertinggi terbesar dunia

Tanah runtuh yang bermula pada jam 8.19 malam selama lebih 100 saat, mengakibatkan batu runtuh pada kelajuan 30 meter satu saat, menghasilkan gelombang ombak yang berlaku dalam durasi 40 minit.

Ombak tsunami yang terhasil dikesan bergerak sehingga 140 kilometer jauhnya daripada lokasi tanah runtuh.

3. Empangan Vajont Itali (250 meter)

tragedi empangan vajont itali kampung

Siap dibina pada tahun 1959, Empangan Vajont ketika itu merupakan antara empangan terbesar di dunia pernah dibina. Terletak di antara pekan Venete dan Venezia Guilia, pembinaan empangan besar itu bagaimanapun dikritik warga Itali kerana kedudukannya yang kurang stabil.

Walau demikian, projek empangan itu tetap diteruskan disebabkan keperluannya. Projek gergasi itu siap pada tahun 1960 namun mula berdepan masalah, selepas beberapa kejadi tanah runtuh berlaku di sekitar kawasan empangan.

tragedi empangan vajont itali tsunami

3 tahun kemudian, tanah runtuh sebanyak 260 juta kubik meter runtuh masuk ke dalam kawasan sekatan air menghasilkan gelombang tsunami setinggi 250 meter. Lebih 2,000 orang meninggal dunia dalam kejadian ini dengan beberapa kampung yang terletak di sepanjang sungai habis dihanyutkan.

2. Tasik Spirit, Amerika Syarikat (260 meter)

gunung st helen megatsunami

Pada 18 Mei 1980, aktiviti gempa bumi yang semakin kerap berlaku mengaktifkan Gunung Berapi St. Helen, yang terletak di bahagian barat daya Washington. Kali terakhir gunung tersebut meletus, berlaku dalam tempoh di antara tahun 1840 sehinggalah 1850.

Letusan itu mula mengakibatkan berlakunya tanah runtuh, yang akhirnya masuk ke dalam Tasik Spirit yang terletak tidak jauh daripada gunung tersebut. Sebanyak 430 juta kubik meter tanah, debu, arang dan bermacam lagi kandungan menggantikan air tasik, menghasilkan beberapa gelombang tsunami dengan yang terbesar setinggi 260 meter.

tasik spirit megatsunami

Kawasan tasik itu semasa kejadian, merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Washington - menjadi tarikan kepada pelbagai persatuan badan beruniform untuk dijadikan tapak perkhemahan rasmi pergerakan mereka.

57 orang meninggal dunia dalam insiden ini, majoritinya disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku mengakibatkan kegagalan untuk bernafas.

1. Teluk Lituya, Alaska (524 meter)

rockslide cause megatsunami

Pada malam 9 Julai 1958, tanah runtuh akibat gempa bumi sekuat 7.8 pada skala magnitud yang berlaku di Teluk Lituya, terletak di kawasan Alaska - mengakibatkan batu-batan sebanyak 30 juta kubik meter jatuh ke dalam teluk dari ketinggian 914 meter.

Hasil impak batu gergasi itu dengan kawasan teluk, sebuah gelombang tsunami setinggi 524 meter terhasil dan setakat ini, belum pernah wujud tsunami yang memecah rekod setinggi ini. Perlu kami ingatkan anda, Menara Berkembar Petronas 'hanya' mempunyai ketinggian 452 meter sahaja.

Kejadian tsunami berlanjutan dalam tempoh sejam selepas itu, dengan beberapa tsunami lebih kecil terhasil paling jauh direkodkan 250 kilometer jaraknya dari tempat kejadian berkelajuan 190km/j.

lituya bay tsunami terbesar dalam sejarah

Teluk Lituya kerap kali mengalami masalah tsunami, disebabkan oleh kedudukannya yang terletak dalam kawasan berisiko gempa bumi serta bentuk teluk tersebut yang sempit dan panjang, mempunyai kedalaman 220 meter.

Kejadian tsunami telah berlaku pada tahun 1853, 1874, 1899 dan 1936 dengan ombak tsunami setinggi 120 meter tingginya direkodkan pada tahun 1853.

Insiden tahun 1958 walaupun mencatatkan rekod sebagai paling dahsyat saiz tsunaminya, hanya mengorbankan 5 orang nyawa yang tidak bernasib baik menjalankan aktiviti perikanan ketika itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)