Apabila bercakap mengenai alergi atau alahan, kebanyakan daripada kita biasa akan mengaitkannya dengan alergi terhadap makanan. Contoh alahan terhadap makanan yang biasa kita dengar adalah alahan terhadap makanan laut dengan kekacang.

Golongan yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu ini biasanya akan cuba mengelakkan daripada mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan yang mereka alergi ini biasanya akan menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada bahagian kulit anggota tubuh badan.

Tahukah anda sebenarnya banyak lagi alergi manusia terhadap perkara selain makanan? Kali ini kami akan berkongsi beberapa alergi pelik yang mungkin jarang didengari tapi sebenarnya dialami oleh segelintir manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sentuhan (Dermatographic Urticaria)

Alergi terhadap sentuhan ini biasanya dapat dilihat apabila terdapat garisan merah yang terhasil apabila sentuhan daripada kuku atau benda tajam dilakukan ke atas kulit. Biasanya garisan merah dapat dilihat pada kulit penghidapnya, dan dalam sesetengah orang kegatalan pada bahagian kulit dapat dirasa pada bahagian tersebut.

Mekanisma bagaimana perkara ini terjadi masih belum diketahui tetapi ianya dikatakan berpunca daripada sistem imunisasi badan. Walau bagaimanapun, alergi jenis ini tidaklah membahayakan nyawa dan kebanyakannya akan beransur-ansur hilang apabila penghidapnya semakin meningkat usianya.

Ubat jenis antihistamines boleh digunakan bagi kes yang lebih kronik tetapi perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Dianggarkan hanya 2 - 5% daripada populasi manusia yang mempunyai alergi jenis ini.

2. Cuaca sejuk (Cold Urticaria)

alergik terhadap cuaca sejuk

Kita yang hidup di Malaysia yang mempunyai cuaca lembap dan panas sepanjang tahun semestinya mempunyai cita-cita untuk tinggal di negara yang beriklim sejuk. Walau bagaimanapun, tahukah anda terdapat manusia yang mempunyai alahan terhadap cuaca yang sejuk?

Cold Urticaria adalah sejenis alergi dimana penghidapnya mungkin mengalami simptom seperti pening kepala, cirit birit dan anaphylaxis. Tiada rawatan khusus buat penghidapnya tetapi mereka akan disarankan untuk mengelakkan pendedahan terhadap kawasan sejuk dan mengelakkan pengambilan makanan dan minuman sejuk. 

3. Gegaran (Vibratory Urticaria)

vibratory urticaria

Vibratory Urticaria adalah golongan yang akan mempunyai simpton seperti kegatalan, kemerahan ataupun bengkak pada bahagian kulit yang terdedah kepada gegaran ataupun geseran. Jika penghidapnya terdedah kepada gegaran atau geseran yang kuat, kesan lebih teruk seperti pening kepala, keletihan atau pitam mungkin dialami oleh penghidapnya.

Golongan ini sangat sensitif gegaran atau geseran malah aktiviti harian seperti mengeringkan badan dengan tuala mahupun menaiki kereta yang melalui jalan yang tidak rata juga mampu memberikan simpton seperti yang dinyatakan diatas. Antara sebab utama alergi ini adalah dikatakan kerana mutasi terhadap gen yang terdapat pada sel imunisasi yang terdapat dalam badan manusia, menjadikannya kurang stabil kepada gegaran dan geseran.

4. Besi

alergik terhadap besi 300

Dianggarkan 10% hingga 15% daripada populasi manusia mempunyai alergi atau alahan terhadap besi. Alahan terhadap besi juga bergantung terhadap jenis besi dimana dianggarkan 17% daripada wanita dan 3% daripada lelaki alergi kepada nikel, manakala 1% hingga 3% manusia dikatakan alergi terhadap cobalt dan chromium.

Antara simpton yang dihadapi oleh penghidapnya apabila bersentuhan dengan besi adalah ruam, lebam dan sakit pada bahagian yang bersentuhan dengan kulit.

Alahan ini dikatakan berpunca daripada masalah dalam imunisasi badan. Apabila kulit bersentuhan dengan besi, sistem imunisasi badan tersalah anggap bahawa ion besi merupakan sebuah ancaman kepada tubuh badan, maka sistem imunisasi badan akan cuba menyerang ion besi tersebut yang akan menyebabkan penghidapnya menghadapi simpton-simptom yang dinyatakan di atas.

5. Plastik

alergi terhadap plastik

Alergi terhadap plastik sangat jarang didengari tetapi sememangnya wujud. Ianya boleh dikategorikan sebagai alergi terhadap sentuhan terutamanya kepada plastik. Alergi jenis ini dikatakan merupakan tindakbalas sistem imunisasi badan kepada bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan plastik antaranya polyethylene, polyvinyl chloride (PVC), diisodecyl phthalate (DIDP), dan butylhydroxytoluene (BHT).

Simpton yang biasa dihadapi oleh penghidapnya adalah seperti kemerahan, kegatalan dan lebam pada bahagian kulit yang terdedah kepada plastik.

Kredit:

  1. Medscape
  2. Journal of Investigative and Dermatology
  3. US National Library of Medicine
  4. Med Broadcast
  5. NCBI



Hakcipta iluminasi.com (2017)