Pada zaman ini, seseorang yang dijatuhi hukuman mati akan digantung di tali gantung sehingga mati. Ianya merupakan metode biasa yang digunakan di kebanyakan negara di dunia.

Walaubagaimanapun, sejak zaman dahulu, terdapat banyak lagi cara yang lebih kejam yang dilakukan untuk membunuh pesalah. Ianya dilakukan bertujuan untuk menyiksa pesalah sehingga mereka mati tersiksa. Berikut adalah beberapa jenis hukuman kejam yang pernah dilakukan pada zaman dahulu.

#1 Brazen Bull

brazen bull

Hukuman ini telah diamalkan pada zaman kuno di Greece. Pesalah yang dihukum akan diletakkan di dalam sebuah kurungan besi yang berbentuk lembu dan besi tersebut kemudiannya akan dibakar sehingga panas. Pesalah akan dibiarkan mati terseksa akibat rentung terbakar.

#2 Keranda Tergantung

keranda gantung

Hukuman ini dilakukan dengan menggantung pesalah di dalam keranda yang berbentuk sangkar dan diperbuat daripada besi. Pesalah akan dibiarkan mati kelaparan dan daging mereka akan dimakan oleh burung.

#3 Potong Lidah

pemotong lidahHukuman ini dijalankan dengan meletakkan sebuah alat yang berbentuk seperti gunting dimulut pesalah. Alat ini juga mempunyai fungsi untuk memaksa pesalah membuka mulut seterusnya memudahkan lidah mereka dipotong.

#4 Dimakan Tikus

tikus pembunuh

Dalam kaedah ini, sebahagian badan pesalah akan didedahkan dengan tikus yang diletakkan dalam kurungan. Kemudian, di dalam kurungan ini akan diletakkan elemen pemanas. Tikus yang kepanasan ini kemudiannya akan memakan dan mengorek bahagian badan manusia yang terdedah tadi sehingga menyebabkan mereka mati.

#5 Gergaji

gergaji

Ketika di sekolah, kita telah didedahkan dengan penggunaan gergaji untuk memotong kepingan kayu. Pada zaman dahulu, gergaji juga pernah digunakan sebagai alat hukuman bunuh kepada pesalah. Pesalah akan digantung secara terbalik dan akan digergaji daripada bahagian punggung. Ngeri!

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis hukuman bunuh pada zaman dahulu yang boleh buat anda kecut perut. Tidak seperti zaman sekarang dimana hukuman gantung akan membunuh pesalah dengan pantas, hukuman pada zaman dahulu lebih bertujuan untuk menyiksa pesalah sebelum mereka mati.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)