Jika sebelum ini kami sudah berkongsi senarai 5 hotel terbesar di dunia (berdasarkan jumlah bilik), kali ini iluminasi.com berkongsi senarai 5 hotel tertinggi di dunia. Dalam artikel 5 hotel terbesar di dunia, 3 daripada 5 hotel yang disenaraikan terletak di Las Vegas dan perkara ini tidaklah mengejutkan memandangkan Las Vegas merupakan pusat hiburan terbesar dunia.

Dalam senarai 5 hotel tertinggi di dunia ini, negara Dubai mendominasi senarai ini dengan 4 daripada 5 hotel yang disenaraikan terletak di negara ini. Fakta ini juga tidak mengejutkan memandangkan Dubai merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber hasil minyak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Baiyoke Sky Hotel - 309 meter

Baiyoke Sky Hotel adalah satu-satunya hotel dalam senarai ini yang tidak terletak di Dubai. Hotel ini terletak di Thailand dan juga merupakan bangunan tertinggi di Thailand. Pembinaannya siap pada tahun 1997 dan mempunyai sebanyak 87 tingkat.

Bangunan hotel ini mempunyai ketinggian 209 meter dan jika diambil kira bahagian antena, bangunan ini mempunyai ketinggian 328.4 meter. Di tingkat 77, terdapat sebuah balkoni dimana pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar Bangkok.

4. Jumeirah Emirates Towers Hotel - 309 meter

jumeirah emirates towers hotel

Jumeirah Emirates Towers Hotel atau dikenali juga sebagai Emirates Tower Two adalah sebuah bangunan 56 tingkat yang terletak di Dubai. Bangunan hotel ini mempunyai ketinggan 309 meter dan secara rasminya siap pada tahun 2009.

Walaupun menduduki tangga ketiga hotel tertinggi di dunia, ianya hanya menawarkan 40 buah bilik penginapan untuk para tetamu manakala selebihnya adalah ruang pejabat. DI tingkat ke 54, terdapat sebuah jambatan yang menghubungkannya dengan bangunan berkembar yang terletak disebelahnya yang dikenali sebagai Emirates Office Tower.

3. Burj Al Arab - 321 meter

burj al arab 834

Hotel Burj Al Arab berada dalam kedudukan ketiga hotel tertinggi di dunia. Ianya adalah sebuah hotel mewah yang terletak di sebuah pulau buatan manusia, kira-kira 280m daripada Pantai Jumeirah. Pulau ini dihubungkan dengan daratan melalui sebuah jambatan khas.

Rekabentuk bangunan hotel ini adalah seakan-akan sebuah kapal layar dan mempunyai sebuah helipad pada ketinggian 210m daripada paras laut. Walaupun mempunyai ketinggian 321 meter, hanya 28 tingkat sahaja boleh didiami. Hotel ini juga hanya mempunyai 202 buah bilik, satu jumlah yang kecil.

2. Rose Rayhaan - 333 meter

rose rayhaan

Rose Rayhaan atau juga dikenali Rose Tower merupakan hotel kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 333m. Pembinaan hotel ini bermula pada 2004 dan siap 2007 sebelum dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 2009. Ia sempat memegang takhta sebagai hotel tertinggi di dunia pada 2009 hingga 2012 sebelum diambil alih oleh hotel JW Marriott Marquis Dubai.

Hotel ini terdiri daripada 72 tingkat dan mempunyai kira-kira 462 buah bilik selain beberapa buah restoran dan kedai kopi yang beroperasi 24 jam. Menariknya, hotel ini adalah antara hotel yang terawal di Dubai yang bebas daripada hidangan minuman alkohol.

1. JW Marriott Marquis Dubai - 355 meter

jw marriott marquis dubai

Ketika artikel ini ditulis, hotel JW Marriot Marquis Dubai memegang rekod sebagai hotel tertinggi di dunia. Hotel ini dimiliki oleh syarikat The Emirates Group dan mempunyai ketinggian 355m. Hotel ini pada asalnya ingin dibina satu bangunan sahaja tetapi kemudiannya ditambah satu lagi bangunan bersebelahannya, menjadikannya sebagai hotel dengan bangunan berkembar.

Secara keseluruhannya, hotel ini mempunyai 2 bangunan berkembar dengan 77 tingkat setiap satunya. Hotel ini memiliki 1608 buah bilik, dewan bankuet, dewan auditorium, 19 buah kedai makan, 18 buah kedai, spa dan juga kemudahan bertaraf 5 bintang.

Kredit:

  1. Oyster.com
  2. Guiness World Records
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)