Apabila pergi bercuti, hotel biasanya menjadi pilihan tempat untuk bermalam. Homestay, chalet atau hostel juga boleh dijadikan sebagai alternatif kerana biasanya harganya lebih murah berbanding hotel.

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah hotel terbesar di dunia?

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan 5 bilik hotel termahal di dunia, kali ini pihak iluminasi.com ini berkongsi 5 hotel terbesar di dunia. Untuk makluman, senarai ini disusun mengikut jumlah bilik yang terdapat pada hotel tersebut dan bukanlah keluasan kawasan hotel tersebut. Menariknya, salah sebuah hotel daripada Malaysia juga tersenarai dalam senarai ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Sands Cotai Central, Macau - 6000 Bilik

Sands Cotai Central ini terletak di Macau. Ianya terdiri daripada 3 buah bangunan yang menempatkan beberapa buah hotel antaranya Conrad, Sheraton, St. Regis dan Holiday Inn. Ianya telah dibuka secara rasmi pada tahun 2012 dimana jumlah keseluruhan bilik di kawasan ini dianggarkan berjumlah 6000 buah bilik.

Terdapat pusat membeli-belah, kolam renang, spa dan restoran yang terdapat disini. Selain itu, terdapat juga persembahan muzik dan akrobatik yang diadakan setiap hari disini. Kompleks ini juga terkenal sebagai kawasan yang mesra kanak-kanak dimana tempat permainan video seluas 17000 meter persegi.

4. City Center, Las Vegas - 6790 Bilik

city center

Hotel City Center adalah hotel yang menghubungkan beberapa buah bangunan yang dikenali sebagai Aria, Mandarin Oriental, Vdara, Veer Towers dan Crystals. Secara keseluruhannya, hotel ini mempunyai kira-kira 6790 bilik.

Pelbagai kemudahan yang disediakan disini termasuklah restoran, kelab malam, spa, gimnasium dan juga kasino.

3. The MGM Grand, Las Vegas - 6852 Bilik

mgm grand

Hotel MGM Grand ini pernah memegang status hotel terbesar dunia pada tahun 1993 hingga 2006. Hotel ini dibina pada tahun 1993 dengan rekanaan menarik 4 buah bangunan yang bercantum. Setiap bangunan ini mempunyai 30 tingkat dan secara keseluruhannya hotel ini memiliki lebih 6800 buah bilik.

Bangunan hotel ini turut menempatkan pusat beli belah, restoran, kasino dan juga kolam renang seluasa 6.5 ekar. Hotel ini juga sering dijadikan tempat pilihan untuk persembahan artis dan konsert.

2. The Venetian, Las Vegas - 7117 Bilik

the venetian

Hotel Venetian yang terletak di Las Vegas ini menduduki tangga kedua dengan jumlah bilik penginapan sebanyak 7117 buah. Hotel ini pernah mendapat status sebanyak hotel terbesar di dunia selama 7 tahun pada tahun 2008 hingga 2015.

Hotel The Venetian merupakan antara hotel ekslusif di Las Vegas yang turut memuatkan 40 buah restoran, 90 bilik spa, 10 buah kolam renang dan beberapa buah kemudahan lain. Hotel yang memuatkan 7117 bilik ini mempunyai 36 tingkat dan setinggi 145m.

1. First World Hotel, Genting Highland - 7351 Bilik

first world hotel genting highlands

Sekiranya anda pernah ke Genting Highlands, anda pasti pernah melihat hotel ini yang tersergam indah dengan bangunan yang dicat berwarna-warni. Hotel ini seakan-akan merupakan ikon bagi Genting Highlands. First World Hotel terdiri daripada 2 bangunan yang turut menempatkan pusat membeli belah dan restoran.

Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang sangat dekat dengan Genting Theme Park dimana pengunjung boleh berjalan kaki sahaja daripada hotel ini. Pada 2006, hotel ini diisytiharkan sebagai hotel terbesar di dunia sebelum status tersebut diambil alih oleh hotel The Venetian pada tahun 2008 hingga 2015. Walau bagaimanapun, hotel ini kembali merampas status hotel terbesar di dunia setelah renovasinya siap yang menyaksikan pertambahan 1223 bilik.

Kredit:

  1. Oyster.com
  2. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)