Sepanjang sejarah, manusia telah cuba untuk menjinakkan dan menternak sesetengah haiwan namun gagal.

Ia berlaku kerana beberapa sebab dan kebanyakannya adalah sesetengah haiwan takutkan manusia sehinggakan melarikan diri ketika terserempak.

Yang lainnya dianggap terlalu agresif untuk dijinakkan dan diternak yang boleh menyebabkan serangan serta kematian kepada penternak. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu lagi kategori haiwan yang berbeza diklasifikasikan sebagai haiwan jinak tetapi tidak dapat diternak.

Dalam kes-kes ini, haiwan tersebut dibiakkan untuk bertolak ansur dan mungkin mematuhi arahan manusia, tetapi tidak cukup selamat untuk diklasifikasikan sebagai haiwan peliharan atau ternakan.

Haiwan jinak masih mempunyai naluri liar dan mampu menjadi ganas tanpa diduga. 

5. Jerung putih

menjinakkan jerung putih

Satu siri cubaan untuk menjinakkan atau memelihara jerung putih telah gagal kerana haiwan ini yang ditangkap akan mati dalam masa beberapa hari.

Jerung putih pertama yang ditangkap mati hanya dalam masa beberapa jam dan yang paling lama bertahan hidup adalah 16 hari. Haiwan ini yang ditangkap juga terkenal dengan menghantuk kepalanya ke dinding akuarium.

Seekor jerung yang dikurung di Akuarium Churaumi di Jepun terus menghantukkan kepala ke dinding kaca sehingga mati.

Seekor lagi di Akuarium Monterey Bay menghantukkan kepalanya di kaca dan menyerang 2 ekor lagi jerung sehinggalah dibebaskan.

Haiwan ini tidak suka dikurung kerana beberapa sebab. Pertama, haiwan ini adalah pengembara yang hebat dan mampu untuk bergerak ke seluruh kawasan lautan.

Ia juga memerlukan air yang banyak untuk bernafas. Oleh itu, walaupun akuarium yang besar ia dirasakan seperti tidak cukup untuk jerung putih.

Jerung yang ditangkap juga tersangat agresif dan tidak mahu makan. Apabila ia ingin makan, jerung ini mahukan mangsa yang hidup dan ini merupakan sesuatu yang sukar bagi pihak akuarium.

4. Kuda belang

penjinakkan kuda belang 514

Pada abad ke-19 dan ke-20, para penjajah berhadapan dengan masalah pengangkutan apabila mereka memasuki kawasan Afrika yang lebih dalam.

Kuda-kuda yang digunakan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan membawa kuda-kuda ini daripada Eropah bukanlah sesuatu yang mudah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka beralih kepada keluarga kuda dan keldai yang hampir iaitu kuda belang yang mudah ditemui di Afrika.

Kuda belang juga kebal terhadap beberapa penyakit yang menjangkiti kuda. Namun, semua cubaan menjinakkan kuda belang menemui jalan buntu.

Haiwan ini sangat peka dan agresif. Ia secara semulajadinya berasa sangat curiga terhadap haiwan lain termasuklah manusia dan akan melarikan diri jika mengesan sebarang bahaya.

Sudah tentu ia sangat laju dan sukar untuk ditangkap. Jika ditangkap, ia akan menendang dengan kuat dan menggigit untuk melepaskan diri.

Walaupun para penjajah berjaya menangkap sejumlah kuda belang, mereka menyedari bahawa haiwan ini lebih kecil daripada kuda dan tidak selesa untuk ditunggang.

Malah, kuda belang tidak suka ditunggang dan akan menjadi sangat agresif walaupun telah dijinakkan.

Ia juga berkongsi habitat dengan pemangsa seperti singa, buaya, harimau bintang dan manusia, membuatkan para penjajah bimbang bahawa pemangsa-pemangsa ini tertarik kepada kuda belang peliharaan mereka.

3. Rakun

penjinakkan rakun

Rakun adalah salah satu calon haiwan yang sesuai untuk dijinakkan. Ia merupakan pemanjat yang mahir dan mampu memasuki ruang sempit, menjadikannya haiwan yang baik untuk dijadikan "pekerja".

Jika berjaya dijinakkan, haiwan ini dilihatkan mampu memberikan manfaat kepada warga tua dan orang kurang upaya.

Namun, ia tidak boleh digunakan sebagai haiwan pekerja kerana masih belum berjaya dijinakkan.

Walaupun dengan rupa yang comel, rakun sangat agresif dan merosakkan. Ia bersifat ingin tahu secara semulajadi seperti suka berlegar-legar dan sangat merosakkan apabila dikurung.

Rakun biasanya perlu dipantau secara berterusan serta menggigit apabila marah atau lapar. Gigitan haiwan ini boleh membunuh kerana ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan anjing gila.

Rakun boleh menggunakan tangannya seperti manusia dan akan cuba membuka apa sahaja yang dicapai.

Ia juga sangat pakar dalam meloloskan diri dan ini adalah sebab utama mengapa penjinakkan dan penternakan rakun menemui jalan buntu.

Selain itu, rakun suka bersendirian, tidak pandai bersosial dan tidak setia kepada manusia.

2. Gajah 

gajah asia

Gajah Asia tidak dianggap sebagai haiwan peliharaan walaupun ia telah ditangkap dan dilatih lebih daripada 3,000 tahun. Ia diklasifikasikan sebagai haiwan jinak atau liar.

Ia tidak dianggap sebagai haiwan peliharaan kerana tidak diternak secara selektif atau terpilih. "Pembiakan selektif" bermaksud bahawa manusia akan memilih keturunan untuk membiakkan berdasarkan ciri-ciri tertentu yang menguntungkan.

Untuk dijadikan haiwan peliharaan, sesuatu spesis itu perlu diternak secara selektif sehingga 12 generasi. Sehingga ke generasi ke-12, haiwan tersebut harus berbeza secara genetik  daripada nenek moyang dan akan dianggap domestik.

Secara umum, gajah Asia yang ditangkap tidak dibiakkan secara selektif, membuatkannya berada dalam kategori haiwan liar.

Gajah ini hanya membenarkan manusia menunggang belakang badannya kerana mereka telah dilatih. Walau bagaimanapun, ia sama seperti haiwan liar lain, yang menjadikannya tidak dapat diduga.

1. Badak air

marius els dan humphrey

Sebagai antara salah satu haiwan paling berbahaya di dunia, manusia biasanya menjauhkan diri mereka daripada badak air.

Malah, lebih banyak manusia yang dibunuh oleh badak air berbanding jumlah gabungan mangsa akibat serangan singa, gajah, harimau bintang, kerbau dan badak sumbu.

Badak air memiliki gigi yang besar dan sangat pantas. Ia mampu berlari sehingga kelajuan 48 kilometer sejam walaupun sangat berat. Jika anda tak dapat bayangkan betapa lajunya badak air, Usain Bolt hanya mampu mencapai kelajuan 45 kilometer sejam.

Walaupun berbahaya, terdapat beberapa cubaan untuk menjinakkan dan menternak badak air. Dan seperti yang dijangkakan, ia berakhir dengan tragedi.

Pada tahun 2011, Marius Els, seorang petani dan pegawai tentera Afrika Selatan, terbunuh ketika cuba untuk menjinakkan badak air berusia 5 tahun dengan berat 1.2 tan.

Marius memanggil badak air ini sebagai Humphrey dan menganggapnya sebagai haiwan peliharaan. Dia kerap membawa Humphrey berenang di sungai dan pernah menunggangnya, berkata bahawa dia menganggap haiwan tersebut sebagai "anak".

Namun, Humphrey jelas sekali tidak menganggap tuannya sebagai bapanya apabila ia membunuh Marius di sungai yang sama.

Sebelum membunuh Marius, Humphrey sudah terkenal dengan mencetuskan keganasan setempat. 

Humphrey juga terkenal kerana membunuh anak lembu dan mengejar pemain golf di padang golf berdekatan.

Rujukan:

1. Gizmodo

2. Livescience

3. Forbes




Hakcipta iluminasi.com (2017)