Oleh pada 03 Jan 2018 kategori

thumb ayam 121

Tak kiralah ayam jantan atau ayam betina, kedua-duanya mempunyai gelambir (bawah dagu) dan jambul di kepala yang berwarna merah. Ia membuatkan spesis haiwan ini sangat mudah untuk dikenal pasti. Namun, ramai di antara kita yang tak tahu apa fungsi kedua-dua anggota ini.

Walaupun ia kelihatan kelakar bagi manusia, namun kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seekor ayam. iluminasi.com ingin berkongsi fungsi-fungsi gelambir dan jambul ayam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sistem penyejukan

ayam jantan mempunyai balung lebih besar dari ayam betina 842

Gelambir merupakan sebahagian daripada sistem pengawalan haba dalam badan seekor ayam. Disebabkan ayam tidak berpeluh, jadi penyejukan badan bagi seekor ayam dilakukan melalui pengaliran darah. Gelambir dan jambul ayam dipenuhi dengan kapilari dan urat di mana darah panas akan mengalir melaluinya.

Darah yang mengalir melalui kedua-dua anggota ini akan menjadi sejuk, yang membuatkan suhu dalam ayam menurun dan terkawal. Proses ini yang memberikan warna merah kepada gelambir dan jambul ayam tersebut.

2. Menunjukkan kematangan jantina dan usia

Ketika menetas, anak ayam tidak mempunyai gelambir atau jambul. Jambul muncul lebih awal dari gelambir iaitu ketika minggu ke-3, biasanya pada anak ayam jantan. Ketika ia baru tumbuh, warnanya kekuningan. Gelambir dan jambul anak ayam jantan mula bertukar merah seawal usia 5 ke 6 minggu.

Bagi anak ayam betina pula, gelambir dan jambul akan menjadi merah ketika sudah berupaya untuk bertelur. 

3. Penunjuk tahap kesihatan

balung mampu menunjukkan tahap kesihatan ayam

Gelambir merupakan salah satu cara untuk menentukan tahap kesihatan seekor ayam. Bagi ayam yang sihat, warna gelambir dan jambulnya adalah merah terang yang bebas daripada sebarang perubahan warna dan kecacatan.

Ayam yang tidak sihat biasanya membuatkan warna gelambirnya mengecut dan pucat. Gelambir boleh menjadi penanda kepada pelbagai jenis penyakit, termasuklah luka, kulit keras, kudis, perubahan warna hitam, dan juga ketuat.

Jika terdapat ketumbuhan luar biasa atau kewujudan pada gelambir ayam, ia sepatutnya menjadi penunjuk agar ayam tersebut hari dibawa ke doktor haiwan. Ia akan memberikan kesan buruk kepada keseluruhan kawanan ayam tersebut jika tidak dirawat.

4. Pengenalan

Kajian dan eksperimen mencadangkan bahawa pengenalan antara satu sama lain bagi haiwan ini dalam kawanan mereka adalah dengan ciri-ciri wajah yang tersendiri, termasuklah gelambir dan jambul ayam yang berlainan bagi setiap ekor ayam. Jambul ayam juga berfungsi membantu fungsi memori.

5. Menarik pasangan

balung ayam juga menjadi penentu kehebatan seseekor ayam itu 92

Biasanya ayam jantan dewasa mempunyai gelambir yang lebih besar dari ayam betina. Ayam betina dewasa pula lebih tertarik pada ayam jantan yang mempunyai gelambir dengan kualiti tertentu. Bagi ayam jantan dewasa yang mempunyai gelambir yang lembik, atau hilang gelambirnya, kelihatan tidak menarik bagi ayam betina dewasa.

Menurut beberapa kajian pula, saiz jambul ayam berkait dengan jumlah hormon testosterone dalam badan ayam jantan tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)