Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

senibina pelik

Ramai yang beranggapan bahawa bidang senibina ialah satu bidang yang menarik untuk diceburi. Merekacipta bangunan aneh dan futuristik, struktur pelik yang tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia biasa , ialah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh seorang graduan yang bergelar arkitek . Akan tetapi , beberapa fakta perlu diketahui oleh adik-adik yang sedang mempertimbangkan untuk memohon kursus senibina di IPT, supaya kelak tidak terkejut akan senario yang akan anda tempuhi.

1. Mahir "free-hand sketching"

3 924

Perkara asas yang perlu dikuasai oleh seorang yang bergelar arkitek ialah 'freehand sketching' . Skill melukis menggunakan lima jari jemari anda sangat diperlukan kerana dalam design process , idea dan ilham itu boleh datang dalam apa jua waktu dan situasi. Jadi bagi mengelakkan idea dan ilham anda hilang begitu saja, 'freehand sketching' secara spontan boleh diterjemahkan ke dalam sketchbook anda , sebagai draf . Disamping itu, sebagai seorang perunding arkitek, 'on site sketching' juga diamalkan bagi meyakinkan client dengan idea-idea bernas anda. Jadi bayangkan kalau anda tiada asas 'freehand sketching', bagaimana client mahu yakin dengan lukisan orang lidi anda itu?

2. Tidur dua ke tiga jam sehari

a

Bukanlah sesuatu yang asing bagi sesiapa yang berada dalam bidang ini jika tidur hanya dua ke tiga jam sehari. Seharian melalui sesi kritik dan komen bersama pensyarah adalah sesuatu yang menguji ketahanan mental dan fizikal anda. Malam ialah waktu paling ideal untuk anda menyambung menyiapkan tugasan yang diberikan. Memperbaiki segala design yang telah dikritik teruk oleh pensyarah. Sehinggalah jam menunjukkan pukul 6 pagi. Maka kitaran itu berlaku setiap hari . Ini antara latihan yang perlu dilalui oleh pelajar senibina sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar, dimana cadangan (proposal) anda dikritik malah lebih teruk lagi ditolak mentah-mentah oleh client .

3. Studioku Syurgaku

032813 001a

Bagi sesiapa(bukan bidang senibina) yang pernah sebilik dengan pelajar senibina , mereka pasti menyedari bahawa pelajar senibina hanya menghabiskan masa di bilik(kolej) hanya 20% setiap hari. Ini kerana pelajar senibina mengabdikan seluruh waktunya di studio, kerana beberapa faktor yang mempengaruhi. Diantaranya alatan yang kurang sesuai untuk digunakan di bilik kolej untuk menyiapkan tugasan. Bermain dengan kertas-kertas bersaiz raksasa seperti A2, A1 dan A0 itu perkara normal. Jadi , hanya meja di studio saja yang mampu menampung size kertas yang digunakan. Di samping itu , perjumpaan kumpulan kerap diadakan bagi membincangkan perihal design dan kritik sesama rakan bagi menjamin design yang bagus .

4. Wang , Percetakan dan Model

model making demo pic 2

Lupakan segala impian untuk memiliki iphone 7s ketika belajar, kerana segala wang saku dan pinjaman akan diabdikan sepenuhnya kepada kos percetakan dan model . Sehelai kertas A1 berwarna penuh dianggarkan RM20 ke RM30 . Maka satu tugasan memerlukan sehingga empat ke lima helai kertas bersaiz A1, maka jika setiap minggu memerlukan anda untuk mencetak, didarabkan dengan subjek lain, dan ditambahkan lagi dgn kos membeli alatan untuk menghasilkan model, jadi berapa yang tinggal untuk Iphone 7s angan - angan anda itu? maka lupakan. Fakta keempat ini hanya sah kepada golongan marhaen saja, jika anda anak seorang CEO, lain ceritanya.

5. Komputer/Laptop berprestasi tinggi

2 235

Tidak dinafikan, pada abad ke-20 ini, hampir keseluruhan arkitek di dunia sudah menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan design mereka secara digital grafik berbanding grafik manual (free-hand sketching). Ini untuk menjimatkan masa dan amat efisien disebabkan time constraint yang dihadapi . Ini kerana grafik manual memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya Maka perisian yang digunakan pula bukanlah biasa- biasa. Perisian seperti Photoshop, Autocad, Sketchup dan Lumion adalah perisian yang begitu sinonim digunakan oleh arkitek dan designer seluruh dunia. Pada peringkat IPT pula, cukuplah memiliki sebuah laptop atau komputer yang mempunyai spesifikasi yang boleh menyokong perisian seperti yang dinyatakan. Berbelanja sedikit untuk memiliki laptop/komputer yang mempunyai graphic card, ram dan processor yang sesuai, tidaklah merugikan kerana kelak akan memudahkan anda menyiapkan tugasan dengan efisien.

Rumusannya, janganlah patah semangat untuk menceburi bidang ini setelah mengetahui serba sedikit fakta tentangnya, kerana masih ada 1001 kemanisan yang masih belum diceritakan. Tidak kira, apa bidang pun yang kita ceburi, harus ada minat yang mendalam serta berani menghadapi segala cabaran di samping usaha yang berterusan. Bekerja adalah ibadah, jadi harus ikhlas dalam mengerjakannya kerana apa bidang pun yang diceburi, tidaklah ia semudah kata yang diucap, lain padang lain belalang, lain bidang lainlah juga karenahnya. Kepada adik-adik yang masih tercari-cari bidang untuk diceburi, banyakkan membaca dan bertanya , pastikan anda tahu ringkasan tentang bidang yang dipohon.

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)