Kebanyakan daripada kita mungkin pernah pergi menonton persembahan sarkas dengan keluarga pada waktu kecil. Kita sangat teruja dengan persembahan akrobatik yang dipertontonkan dan juga 'kepandaian' haiwan-haiwan membuat pelbagai persembahan.

Kita mungkin kagum melihat bagaimana haiwan-haiwan yang besar dan ganas seperti singa dan gajah amat mudah mendengar arahan ketika membuat persembahan di sarkas. Tapi, apa yang berlaku sebenarnya amat menyedihkan terutama bagaimana haiwan-haiwan ini dilayan dan dilatih oleh pemiliknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta menyedihkan mengenai sisi gelap haiwan-haiwan yang digunakan dalam pertunjukan sarkas. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kita sedikit kesedaran agar tidak lagi menyokong sebarang pertunjukan sarkas.

1. Menghabiskan 96% daripada hidup dalam sangkar

haiwan dalam sangkar

Mengikut kajian, haiwan-haiwan yang digunakan dan persembahan sarkas akan menghabiskan 96% hidupnya dalam sangkar besi. Haiwan-haiwan ini akan ditempatkan dalam sangkar yang kecil dimana pergerakannya sangat terhad.

Hal ini boleh menyebabkan kesan psikologi dan masalah kesihatan pada haiwan-haiwan tersebut. Dalam setahun, biasanya haiwan-haiwan ini akan menghabiskan masa 11 bulan travel ke pelbagai negara untuk membuat persembahan.

2. Anak-anak diasingkan daripada ibunya dalam usia yang muda

anak gajah

Bagi memudahkan haiwan-haiwan ini dilatih, mereka biasanya akan diasingkan daripada ibunya semenjak daripada kecil. Haiwan seperti singa, harimau dan monyet adalah haiwan yang hidup berkumpulan secara semulajadinya.

Dengan mengasingkan haiwan yang masih kecil daripada ibunya, ianya akan menghalang haiwan-haiwan ini sifat semulajadinya. Keadaan ini boleh menyebabkannya tertekan dan kemurungan.

3. Penderaan fizikal

seksaan fizikal haiwan circus

Sekiranya anda beranggapan bahawa haiwan-haiwan ini dapat membuat persembahan dengan baik dalam persembahan sarkas kerana mereka telah dilatih dan seronok melakukannya, anda sebenarnya silap. Penderaan secara fizikal yang menyakitkan biasanya digunakan bagi membuatkan haiwan-haiwan ini menurut arahan pemiliknya.

Haiwan-haiwan ini biasanya dipukul dengan kayu, tali cambuk malah sesetengah laporan mendakwa kejutan elektrik juga digunakan. Penderaan fizikal ini digunakan bagi menanam rasa takut haiwan-haiwan ini kepada pemiliknya.

4. Dibiarkan kelaparan dan dihidrasi

haiwan dibiarkan lapar

Selain penderaan fizikal, haiwan-haiwan ini biasanya akan dibiarkan kelaparan dan dihidrasi sebagai hukuman sekiranya mereka tidak melakukan persembahan dengan baik atau tidak dapat melakukan trik yang diajar.

Kombinasi penderaan fizikal dan membiarkan haiwan kelaparan ini merupakan cara yang dikatakan berkesan untuk menyebabkan ketakutan dalam diri haiwan-haiwan ini dan lebih mudah mengikut arahan tuannya. Maka, tidak hairanlah haiwan yang buas seperti singa dan harimau juga tidak berani melawan.

5. Hilang sifat semulajadi sebagai haiwan liar

Apabila seseekor haiwan itu sudah tua atau berpenyakit dan tidak lagi sesuai digunakan untuk membuat persembahan, biasanya ia akan dibiarkan mati terseksa atau dibunuh.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan terutamanya oleh jabatan haiwan dan badan bukan kerajaan berkaitan perlindungan haiwan yang akan membeli atau mengambil haiwan-haiwan ini sebelum dilepaskan ke kawasan liar. Malangnya, kebanyakan haiwan ini menjadi tertekan dan mati kerana tidak mampu hidup berdikari. Haiwan seperti singan dan harimau misalnya tidak mampu berburu binatan liar lain kerana mereka tidak pernah melakukannya semenjak daripada lahir.

haramkan circus

Sebagai orang awam apakah yang mampu kita lakukan?

Jangan pergi ke persembahan sarkas. Sebarkan artikel ini agar lebih ramai tahu akan sisi gelap persembahan sarkas ini, Malah, sekiranya anda mempunyai bukti konkrit terdapatnya penganiayaan dan kezaliman terhadap binatang, sila laporkan kepada pihak yang berkenaan.

Kredit:

  1. One Green Planet
  2. Peta.org
  3. Paws.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)