Seperti mana yang dipaparkan dalam babak filem aksi Hollywood, penyerap bunyi atau penyenyap dipasang perlahan-lahan pada hujung muncul pistol adalah petanda kepada seseorang akan terbunuh.
Tetapi seperti yang dilaporkan The Washington Post, industri senjata cuba untuk membersihkan imej penyenyap dengan berhujah mengatakan penyenyap satu masalah kesihatan.
BESARKAN TEKS A- A+
Pemburu boleh mengalami kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh bunyi bising (NIHL) dari pendedahan berulang.
Jika anda bukan pemilik pistol atau senjata, anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa penyenyap adalah tidak haram digunakan atau kebanyakan orang dalam industri senjata tidak menyebutnya sebagai "penyenyap."
1. Penyenyap tidak membuatkan pistol "senyap"
Bunyi tembakan adalah sangat kuat kerana gas panas terlampau berkembang pesat dan menghasilkan gelombang kejutan ketika bergerak keluar dengan laju dari ruang pistol.
Penyenyap mengandungi siri ruang pengembangan yang sejuk dan menghilangkan gas sebelum peluru keluar.
Penyenyap pistol adalah sama seperti "muffler" (peranti untuk mengurangkan bunyi yang dikeluarkan oleh ekzos). Malah, kedua-duanya dicipta oleh orang yang sama.
Memasang penyenyap bunyi pada pistol tidak "menyenyapkan" bunyi yang kuat, tetapi ia hanya meredakan bunyi tersebut. Ini mengapa mereka dalam industri senjata memanggil peranti ini sebagai "penindas bunyi" dak bukannya penyenyap.
Tahap bunyi senapang patah 12-tolok yang tidak disenyapkan adalah 160 desibel, lebih kuat daripada berdiri di laluan apabila sebuah jet berlepas (150 desibel).
Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) menetapkan 140 desibel sebagai ambang kesakitan, walaupun kurang dari 140 desibel sahaja sudah cukup untuk menyebabkan kerosakan pendengaran jangka panjang dengan pendedahan berulang.
Menurut SilencerCo, pengeluar penyenyap yang berpangkalan di Utah, sebuah senapang patah 12-tolok yang dilengkapi dengan penyenyap mengeluarkan bunyi 137 decibel dan bunyi senapang .22 telah dikurangkan menjadi 116 decibels (lebih kuat daripada sirens ambulans). Ia masih kuat tetapi tidaklah boleh menggoncang gegendang telinga anda.
Tidak seperti dengan kepercayaan popular, perkara ini mungkin menjelaskan mengapa penyenyap jarang digunakan dalam perbuatan jenayah.
2. Penggunaan penyenyap tidak menyalahi undang-undang
Ketika ini terdapat 42 buah negeri di Amerika Syarikat di mana ia tidak menyalahi undang-undang untuk memiliki penyenyap dan 40 daripada negeri-negeri ini membenarkan penggunaan penyenyap untuk memburu.
Penyenyap dikawal selia di bawah undang-undang 1934 iaitu Akta Senjata Api Kebangsaan (NFA). Walaupun ramai orang berfikir bahawa penyenyap telah diharamkan pada tahun 1930-an untuk memerangi pembunuhan gaya Mafia, The Washington Post melaporkan bahawa pihak berkuasa lebih takut bahawa pemburu haram akan menggunakan penyenyap semasa kekurangan makanan era Depresi untuk memburu musim.
Malah, NFA tidak pernah menjadikan perbuatan menggunakan penyenyap sebagai sesuatu yang menyalahi undang-undang.
Mereka hanya memasukkan peranti ini dalam kalangan senjata api dan aksesori eksotik lain terutamanya mesingan, yang memerlukan cukai khas untuk dibeli.
Sekiranya anda ingin membeli penyenyap di mana-mana 42 negeri hari ini, anda perlu membayar cukai sebanyak RM800 kepada Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF).
3. Sukar untuk dibeli secara sah
Namun, ini tidak bermakna mereka mudah dibeli. Terdapat beribu-ribu kedai senjata di seluruh Amerika Syarikat menjual jenama popular seperti SilencerCo dan Liberty Suppressors, tetapi satu-satunya cara anda akan dibenarkan membeli penyenyap baru adalah jika anda lulus cek latar belakang ATF yang mana boleh mengambil masa sehingga sembilan bulan.
Berikut adalah asas bagaimana proses ini berlangsung. Pembeli membeli penyenyap dari kedai penjual senjata dan diberikan nombor bersiri.
Pembeli akan memerlukan nombor itu apabila anda mengisi Borang ATF 4, "Permohonan Pemindahan Dibayar Cukai dan Pendaftaran Senjata Api."
Pembeli akan membayar cukai RM800 yang ditetapkan oleh Akta Senjata Api Kebangsaan dan juga melampirkan gambar pasport, kad cap jari dan menjawab beberapa soalan latar belakang seperti adakah anda dalam buruan polis atau adakah anda ketagih ganja serta bahan terkawal lain?
Semua ini boleh membatalkan pembeli daripada membeli penyenyap. Selepas ATF meluluskan permohonan pembeli, pembeli boleh mendapatkan penyenyap tersebut.
Sekiranya membeli dalam talian, penyenyap akan dihantar kepada peniaga selepas pembeli diluluskan.
Sebuah kumpulan penyokong industri penyenyap iaitu American Suppressor Association menganggarkan bahawa pemeriksaan latar belakang ATF biasanya mengambil masa antara 4 dan 9 bulan.
Ini adalah halangan utama kepada pemilikan secara sah yang mahu dihapuskan oleh industri penyenyap.
4. Pistol dengan penyenyap mungkin lebih selamat
Industri senjata meletakkan penyenyap sebagai satu masalah kesihatan. Malah, rang undang-undang yang akan menghapuskan cukai RM800 dan cek latar belakang ATF untuk membeli penyenyap dipanggil Akta Perlindungan Pendengaran.
Tidak ada keraguan bahawa pendedahan jarak dekat yang berulang kepada letupan senjata api akan menyebabkan kerosakan pendengaran yang berkekalan. Tetapi kenapa pemburu dan ahli sukan lain memakai palam telinga?
American Suppressor Association berpendapat bahawa banyak pemburu tidak memakai perlindungan telinga kerana mereka ingin mengetahui tentang persekitaran mereka.
Sukar untuk mendengar bunyi itik yang berhijrah atau bunyi haiwan yang bergerak dengan senyap menerusi semak-samun yang boleh membahayakan nyawa, jika memakai penyumbat telinga yang mengurangkan bunyi bising.
Dengan penyenyap, pemburu tidak perlu mengorbankan kesedaran untuk keselamatan.
Manfaat keselamatan lain yang dipuji oleh industri penyenyap adalah ketepatan. Penantian letupan kuat menyebabkan penembak mengelak ketika mereka menarik pemicu.
Ini mungkin membawa kepada tembakan yang tidak tepat, yang boleh membahayakan pemburu lain atau menyebabkan kecederaan kepada haiwan itu.
5. Penyenyap boleh dihasilkan sendiri
Sebuah penyenyap senapang patah dari SilencerCo dijual dengan harga RM6,000. Bahkan produk terkecilnya, seperti Rimfire 6.5 auns, dijual dengan melebihi RM2,000.
Oleh sebab terlalu mahal, kita dapat melihat mengapa sesetengah peminat senjata lebih suka membuat penyenyap sendiri daripada objek rumah biasa seperti penapis minyak dan lampu suluh.
Pertama, harus diketahui bahawa satu-satunya cara untuk membuat dan menggunakan penyenyap secara sah adalah mengisi borang ATF Form 1, "Permohonan Membuat dan Mendaftarkan Senjata Api." Sekali lagi, ia dikenakan cukai yang sama iaitu RM800 dan tempoh menunggu selama sebulan.
Penyenyap Maglite, yang diperbuat daripada lampu suluh industri, merupakan salah satu penyenyap DIY yang paling popular di internet.
Perkara penting untuk semua penyenyap DIY adalah untuk mendapatkan penyesuai saiz yang tepat untuk dipasang kepada pistol atau senapang.
Satu lagi pilihan popular adalah dengan menggunakan penapis minyak atau penapis bahan api untuk kereta, atau dikenali sebagai "penyenyap Tennessee."
Anda boleh menemui beberapa tutorial video terperinci dalam talian untuk memasang penyenyap berasaskan penapis yang tidak akan menelan kos yang tinggi.
Rujukan:
1. Science
3. NRA Explorer