Bluetooth adalah sebuah teknologi yang boleh dijumpai dalam pelbagai peranti. Bermula dengan telefon pintar, alat dengar, tetikus, komputer riba dan banyak lagi.

Pada mulanya, Bluetooth mula diperkenalkan pada tahun 1994 oleh sebuah syarikat Sweden iaitu Ericsson. Setelah itu, barulah syarikat gergasi lain seperti IBM, Nokia, Intel dan Toshiba bersama-sama berganding bahu membentuk SIG atau "Special Interest Group" pada tahun 1998.

fakta menarik bluetooth teknologi sejarah 4

Tahun berikutnya buat julung-julung kalinya mereka melancarkan Bluetooth versi 1.0 pada bulan Julai 1999. Sebelum kita pergi lebih mendalam, anda harus tahu asal-usul nama teknologi Bluetooth. Tahukah anda, nama Bluetooth itu diambil sempena raja pemerintah yang berkuasa di Denmark?

Raja itu bernama King Harald Blatand yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris menjadi "King Harold Bluetooth." Kehebatan raja yang memerintah antara tahun 958 hingga 986 ini sering disebut-sebut kerana berjaya menyatukan negara-negara seperti Denmark, Norway dan Sweden. Maka, dari situlah idea untuk mengambil nama raja ini kerana karakter Bluetooth juga mampu menyatukan pelbagai gajet pada satu-satu masa.

fakta menarik bluetooth teknologi sejarah 3

Berikut 5 lagi fakta menarik tentang Bluetooth yang anda perlu ketahui:

1. Range pada bluetooth

Peranti Bluetooth adalah salah satu teknologi tanpa wayar yang paling popular. Sebagai salah satu teknologi wayarles, gajet anda tidak perlu disambungkan menggunakan kabel. Namun begitu, walaupun tidak dihubungkan dengan kabel, sudah tentu Bluetooth juga mempunyai batasan dari segi jarak. Secara teori, peranti Bluetooth mempunyai jarak penerimaan isyarat antara 10 hingga 100 meter. 

2. Bilangan gajet yang boleh disambung

Adakah anda pernah tertanya-tanya, berapakah bilangan gajet yang boleh disambungkan dengan Bluetooth pada satu-satu masa, bukan? Bluetooth boleh terus disambungkan kepada peranti yang sudah dikenali secara automatik. Di samping itu, secara teorinya, Bluetooth juga mampu menyambungkan sehingga 8 gajet sekali gus. 

fakta menarik bluetooth teknologi sejarah 5

3. Jalur lebar (bandwidth) Bluetooth

Jalur lebar merupakan nilai penggunaan pemindahan data yang dikira dari bit sesaat (bps). Sebagai penghubung antara peranti, sudah tentu Bluetooth boleh menghantar data sama ada dalam bentuk imej, video, aplikasi atau fail lain. Jadi, berapakah bandwidth pada sesebuah Bluetooth? Nilai bandwidth pada Bluetooth adalah sekitar 1 hingga 2 megabit sesaat (mbps). Anda tidak perlu lagi memasang dan menukar memori kad atau flash disk. Hanya menggunakan teknologi Bluetooth, anda boleh menghantar fail dengan cepat dan mudah.

fakta menarik bluetooth teknologi sejarah

4. Menggunakan frekuensi radio

Teknologi Bluetooth menggunakan gelombang radio untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat, tidak seperti telefon atau televisyen yang menggunakan isyarat jarak jauh. Pasukan kereta lumba Andretti pernah menggunakan Bluetooth untuk berkomunikasi antara mereka. Namun, disebabkan gelombang radio mikro yang digunakan, dikhabarkan penggunaan Bluetooth secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

5. Ciri keselamatan

Mungkin anda pernah terfikir sama ada penghantaran data menggunakan Bluetooth adalah 100% selamat. Bagaimana pula jika terdapat virus yang menjangkiti data yang dihantar? Jangan panik. Kini, Bluetooth sudah mempunyai sistem keselamatan yang canggih. Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah penyulitan data, pengesahan pengguna, dan kawalan penggunaan tenaga.

fakta menarik bluetooth teknologi sejarah 2

Sekarang anda sudah mengetahui beberapa fakta menarik mengenai Bluetooth. Selain lima fakta di atas, Bluetooth juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara kelebihan Bluetooth yang sangat menarik adalah ia mampu menembusi tembok atau sebarang halangan fizikal lain, namun dalam keadaan ini jarak transmisinya akan berkurangan. Selain itu Bluetooth juga boleh digunakan untuk sebagai perantara modem.

Walau bagaimanapun, antara kelemahan Bluetooth yang paling digeruni adalah anda tidak dapat memastikan dengan tepat identiti penghantar dan penerima data ketika menggunakan Bluetooth. Walaupun penggunaan Bluetooth semakin ditenggelami teknologi wifi, namun ia masih lagi merupakan satu teknologi yang popular dan digunakan sehingga ke hari ini. Malah, ia juga kini lazim dipasangkan ke dalam sistem pengangkutan sehingga anda mampu menyambungkan panggilan telefon atau memainkan MP3 menggunakan pembesar suara kereta.

img 20180317 155759

Canggih kan?


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)