british bendera ratu elizabeth

Secara umumnya kita mengetahui bahawa Kesatuan Komanwel adalah sebuah kesatuan yang dianggotai oleh UK dan negara-negara bekas jajahan British termasuklah Malaysia. Malah, terdapat penganjuran Sukan Komanwel setiap 4 tahun yang  disertai oleh negara-negara Komanwel.

Pada hari ini, kesatuan ini dianggotai oleh 54 buah negara yang terdiri dari negara maju, membangun mahupun negara dunia ketiga. Kali ini, kami ingin kongsikan 5 fakta menarik mengenai kesatuan negara-negara Komanwel. 

1. Jumlah penduduk 1/3 populasi dunia

populasi negara komanwel 591

Kira-kira 2.4 bilion orang daripada 7.4 bilion di seluruh dunia tinggal di negara-negara Komanwel. Dan kebanyakan mereka berusia di bawah 30 tahun. Negara terbesar berdasarkan populasi adalah India, yang menyumbang sekitar separuh daripada jumlah keseluruhan.

94% populas negara Komanwel datangnya dari Asia dan Afrika. Tetapi 31 anggota Komanwel mempunyai penduduk 1.5 juta orang atau kurang. Selepas India, negara Komanwel terbesar berdasarkan populasi adalah Pakistan (220 juta), Nigeria (201 juta), Bangladesh (163 juta), dan Inggeris (65 juta). Tuvalu adalah anggota terkecil, dengan kira-kira 10,000 orang.

2. Sebilangan negara anggota tidak pernah menjadi sebahagian daripada empayar British

rwanda

Rwanda dan Mozambique menjadi anggota masing-masing pada tahun 2009 dan 1995, dan kedua-duanya tidak mempunyai hubungan masa lalu dengan  kolonial Inggeris. Kesatuan ini juga pernah kehilangan ahli pada masa lalu. Robert Mugabe mengeluarkan Zimbabwe pada tahun 2003 setelah keanggotaannya digantung di setelah ura-ura laporan mengenai ketirisan ketika pilihan raya.

Pakistan digantung selepas rampasan kuasa tentera pada tahun 1999 dan diterima semula empat setengah tahun kemudian. Afrika Selatan pernah menarik diri pada tahun 1961 setelah dikritik oleh anggota Komanwel atas dasar apartheidnya. Namun negara ini kembali menjadi ahli sekali lagi pada tahun 1994.

3. Ratu adalah ketua negara di 16 negara sahaja

ketua kesatuan komanwel

Sebahagian besar negeri Komanwel adalah negara republik dan enam daripadanya Lesotho, Swaziland, Brunei Darussalam, Malaysia, Samoa dan Tonga menggunapakai sistem pemerintahan monarki dan mempunyai Raja mereka sendir sebagai ketua negara. 

Sehingga tahun 1948, terdapat konsensus di antara sesetengah anggota Komanwel yang ada bahawa negara anggota Komanwel yang menjadi republik akan berhenti menjadi anggota tetapi keadaan berubah pada tahun 1948 ketika itu apabila India yang baru merdeka mengumumkan hasratnya untuk menjadi sebuah republik pada 1 Januari 1950 tetapi ingin kekal di bawah kesatuan negara-negara Komanwel.

4. Pernah menukar namanya

pengasas kesatuan komanwel

Komanwel moden dibentuk pada tahun 1949 setelah "British" digugurkan dari nama dan kesetiaan kepada Mahkota dihapus dari undang-undangnya. Hanya dua orang yang menjadi ketua kesatuan ini - Raja George VI dan Ratu Elizabeth II. Walaupun peranan ini bukan diwarisi, Putera Wales dijangka akan mengambil fungsi tersebut apabila beliau dia menjadi Raja kelak. 

Anggota Komanwel terawal yang menjadi pengasas kesatuan Komanwel adalah Australia, Kanada, India, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan, Sri Lanka dan UK yang membentuk "persatuan bebas" negara-negara bebas.

5. Pendapatan KDNK

kdnk komanwel

Gabungan KDNK dari 53 negara anggota Komanwelk adalah $10 trillion dan jumlah ini hampir sama besar dengan China $11 trillion tetapi jauh di belakang Amerika Syarikat, pada $19 trillion.

Eksport UK ke negara-negara Komanwel pada tahun 2016 hampir sama dengan eksport ke Jerman, menyumbang sekitar 8.9% dari semua eksport UK. Import dari Komanwel mewakili sekitar 7.8% dari jumlah keseluruhan UK - setara dengan nilai dari China.

Kredit:

  1. BBC News


Hakcipta iluminasi.com (2017)