Setelah potensi tenaga nuklear dikenalpasti, muncul banyak idea dalam pelbagai bidang tentang bagaimana ia boleh digunakan dengan sebaiknya. Selain kuasa nuklear dan senjata nuklear, sebenarnya kapal selam nuklear juga merupakan idea awal yang yang memanfaatkan tenaga nuklear yang mempunyai tenaga berpotensi besar ini.

Tenaga nuklear telah digunakan seawal tahun 1939, mula digunakan pada reaktor pada pertengahan 1940-an dan kapal selam nuklear pertama, USS Nautilus telah ditugaskan pada tahun 1954. Kali ini, mari kita lihat beberapa fakta menarik mengenai kapal selam nuklear.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Boleh menyelam dalam tempoh yang sangat lama

pembinaan kapal selam nuklear

Kapal selam tradisional yang menggunakan bahan api diesel tidak mempunyai masa yang lama di bawah air. Mereka boleh kekal paling lama beberapa hari. Tetapi kapal selam nuklear mempunyai kelebihan kerana secara puratanya mampu berada lebih 90 hari tanpa perlu naik ke permukaan. 

Mereka membuat udara sendiri, jadi selagi kru mempunyai makanan dan air, yang biasanya terhad kepada tiga bulan, kapal selam nuklear boleh berada jauh lebih lama dalam air. Sebuah kapal selam nuklear mempunyai potensi untuk terus tenggelam bukan hanya selama berbulan-bulan tetapi selama bertahun-tahun/

Malah, kapal selam nuklear Astute milik UK boleh kekal di bawah air sehingga 25 tahun jika perlu. Itulah tempoh berapa lama ia boleh pergi sebelum ia perlu naik ke permukaan air dan tempoh ini adalah pertambahan 10 tahun berbanding model terdahulu. Namun, adakah krew kapal yang sanggup tinggal bertahun-tahun di bawah air?

2. Boleh menyelam lebih dalam

kapal selam nuklear

Semakin dalam kedalaman sesebuah kapa selam menyelam, lebih kuat tekanan dalam air yang mampu menghancurkan kapal selam itu. Kedalaman menghancurkan kapal selam secara amnya adalah rahsia yang tidak ingin didedahkan oleh tentera dunia.

Setiap negara mahu memastikan musuh mereka yang berpotensi meneka tentan sejauh kapal kapal selam mereka boleh pergi dan berapa cepat mereka boleh sampai ke sana. Banyak kapal selam nuklear AS dipercayai mempunyai kedalaman hancur antara 2,400 dan 3,000 kaki.

Kapal selam selam paling dalam yang diketahui ialah Komsomolets buatan Rusia, yang boleh mencapai kedalaman 4,265 kaki.

3. Kos terlalu mahal

kos kapal selam nuklear

Dengan pelbagai kelebihan yang dimilikinya berbanding kapal selam biasa, maka tidak hairanlah harganya juga sangat mahal. Pada tahun 2021, sebuah kapal selam kelas Virginia, yang telah beroperasi sejak 2004, memerlukan kos sekitar $3.45 bilion untuk dibina. In adalah jumlah yang banyak.

Semasa Perang Dingin, nuclear submarine propulsion set menyebabkan kerajaan AS membelanjakan sebanyak $46 bilion dan $220 bilion lagi untuk pembinaan kapal selam tersebut. Berapakah nilainya pada masa kini sekiranya kos ini dilarasakan mengikut kadar inflasi?

Melaraskan jumlah ini untuk inflasi adalah sukar kerana ia meliputi tempoh kira-kira 40 tahun, namun sekiranya anda mengukur dari tahun 1991 maka sekurang-kurangnya nilai ini berjumlah lebih daripada $500 bilion secara keseluruhan. Adakah nilai $500 untuk kapal selam nuklear jumlah yang berbaloi?

4. Penemuan kapal Titanic yang karam

rangka kapal titanic 407

Selepas hilang selama hampir tiga suku abad, adalah satu kesukaran untuk menemuinya semula. Pada 12,000 kaki di bawah laut, ia bukan tugas mudah untuk mencarinya. Namun setelah penemuan rangka kapal karam Titanic, barulah kita tahu bahawa kapal malang ini sebenarnya terpotong kepada 2 ketika ia karam.

Misi pencarian kapal Titanic ketika itu oleh kapal selam nuklear AS ketika itu adalah helah pihak AS untuk mengelakkan pihak Russia ketika itu tahu  bahawa mereka sebenarnya sedang melakukan usaha mencari 2 kapal selam nuklear mereka yang karam di kawasan tersebut.

Kapal selam nuklear yang karam itu berjaya ditemui dan memandangkan pasukan pencarian mempunyai lebihan masa 12 hari, maka secara tidak sengaja mereka telah terjumpa kapal Titanic ini.

5. Jumlah kapal selam nuklear di dunia

jumlah kapal selam nuklear

Kos pembinaan sebuah kapal selam nuklear bukanlah murah dan mungkin ramai berpendapat tidak banyak yang telah dibangunkan.  Amerika Syarikat mempunyai lebih 160 kapal berkuasa nuklear dalam armadanya yang menjalankan lebih 200 reaktor.

Daripada jumlah itu, 68 adalah kapal selam. Sudah tentu, AS tidak bersendirian di laut. China pada masa ini mempunyai 12 kapal selam nuklear, Rusia mempunyai 29, UK mempunyai 11, Perancis mempunyai lapan, India mempunyai satu, dan Australia juga akan mendapatkannya tidak lama lagi.

Sembilan kapal selam nuklear telah ditenggelamkan atau karam, biasanya akibat kemalangan - dua Amerika dan tujuh Soviet/Rusia. Banyak lagi yang telah ditamatkan perkhidmatannya juga.

Kredit:

  1. Wired
  2. Naval Post
  3. American History
  4. CNN
  5. Al-Jazeera



Hakcipta iluminasi.com (2017)