Tidak semua manusia yang kaya dan berjaya lahir dalam keluarga yang sudah kaya. Ada manusia yang lahir dalam keluarga yang miskin dan kemudiannya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapatkan pekerjaan yang bagus untuk mengubah nasib keluarga.

Dalam dunia hiburan pula, sebenarnya tidak ramai pelakon atau artis yang mewarisi bakat lakonan atau nyanyian daripada ibu bapa mereka yang juga artis. Ada antara mereka yang datang daripada latarbelakang biasa sahaja dan pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti pelayan restoran, pekerja buruh, tukang masak dan sebagainya sebelum mencipta nama dalam dunia hiburan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada segelintir bintang Hollywood sebenarnya pernah menjadi gelandangan sebelum berjaya berjaya mengecapi kejayaan dalam dunia hiburan. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 bintang Hollywood yang pernah menjadi gelandangan suatu ketika dahulu sebelum menjadi popular.

1. Chris Pratt

chris pratt dulu gelandangan

Chris Pratt telah mengambil keputusan berhenti daripada pengajiannya selepas semester pertama setelah menerima pelawaan rakannya untuk mencari pekerjaan di Maui. Malangnya, beliau tidak mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan sehingga terpaksa merempat di tepi jalan dan pantai.

Kerana tekanan, beliau juga menjadi seorang kaki botol dan mula terlibat dengan pengambilan dadah. Kerja-kerja sambilan yang dilakukan hanya cukup untuk mengalas perut sahaja. Ketika sedang makan di sebuah restoran, beliau telah bertemu Rae Dawn Chong, seorang aktres dan pengarah filem yang menawarkannya watak sampingan dalam filem Cursed Part 3.

chriss pratt hidup dalam van

Chriss Pratt pernah hidup dalam van

Sehingga kini, beliau sudah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya siri televisyen Parks and Recreation. Selain itu, antara filem terbesar yang pernah dibintanginya adalah Guardians of the Galaxy dan Jurassic World.

2. Charlie Chaplin

charlie chaplin dulu gelandangan

Walaupun terkenal sebagai seorang pelawak lagenda, mungkin tidak ramai tahu bahawa kehidupan awal Charlie Chaplin penuh tragis. Ketika berusia 10 tahun, beliau dan adiknya Sydney terpaksa hidup bersendirian selepas kematian bapa mereka dan ibu mereka pula telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana masalah mental.

Kerjaya seninya bermula dengan menjadi penari sebelum menjadi pelakon teater. Beliau perlahan-lahan membina kerjaya sebagai seorang ahli komedi sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau membintangi pelbagai filem komedi dengan pelbagai produser sebelum menjadi seorang produser.

Siapa sangka seorang kanak-kanak yang dulunya terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup menjadi seorang pelawak ternama sepanjang zaman.

3. Jim Carrey

jim carrey dulu gelandangan

Apabila ayahnya kehilangan pekerjaan sebagai seorang akauntan, kehidupan Jim Carrey dan keluarganya berubah sekelip mata. Walaupun bapanya kemudian mendapat pekerjaan sebagai seorang pengawal keselamatan, beliau terpaksa berhenti pengajian dan bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Setelah pekerjaan bapanya sebagai pengawal keselamatan ditamatnya, beliau dapat keluarga terpaksa menjadi gelandangan dan tidur dalam van milik keluarga mereka. Pada tahun 1977 ketika berusia 15 tahun, beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan.

Dengan memakai kostum berwarna kuning, beliau membuat kemunculan pertama dalam sebuah persembahan komedi di Toronto dan berjaya menarik perhatian ramai. Permintaan untuk membuat persembahan komedi terhadapnya semakin meningkat sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada pengajiannya.

Beliau mula terkenal di Hollywood melalui penampilannya dalam filem "Ace Ventura: Pet Detective" dan diikuti filem "The Mask, Dumb and Dumber, Liar Liar" serta banyak lagi.

4. Daniel Craig

daniel craig dulu gelandangan

Rata-rata peminat filem pasti mengenali Daniel Craig menerusi lakonannya sebagai agensi perisik British dalam filem James Bond. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu beliau dahulunya pernah tidur di tempat duduk di taman kerana dihimpit kemiskinan.

Kerana desakan  hidup, beliau telah menerima tawaran lakonan untuk filem "Lara Croft: Tomb Raider" sebelum bakatnya dikenali dalam dunia hiburan melalui wataknya sebagai pengedar dadah dalam siri televisyen Our Friends in the North siaran BBC.

Daniel Craig telah memainkan pelbagai karakter dalam siaran televisyen dan filem. Namanya melonjak naik melalui watak Bond dalam filem Casino Royale dan Agent 7 dalam 3 lagi filem Bond iaitu Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.

5. Sylvester Stallone

sylvester stallone dulu gelandangan

Nama Sylvester Stallone sangat terkenal sebagai bintang di Hollywood. Namun, pada tahun 1970-an mungkin ramai yang tidak tahu beliau dahulunya pernah menjadi seorang gelandangan. Malah, kerana terlalu miskin, beliau pernah menjual anjing peliharaannya kerana kesempitan wang.

Perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Chuck Wepner telah memberinya inspirasi untuk menulis sebuah skrip filem. Apabila pihak produser filem memberi tawaran $350,000 untuk membeli skrip tersebut, beliau menyatakan hanya akan menjual skrip tersebut sekiranya dirinya dijadikan watak utama dalam filem tersebut.

stallone gelandangan

Akhirnya beliau bersetuju dengan bayaran hanya $35,000 bagi melakonkan watak utama dan memberikan skrip tersebut secara percuma. Filem tersebut menelan kos sebanyak $1.1 juta untuk dihasilkan dan mencatatkan kutipan $225 juta dan berjaya menaikkan namanya dalam industri lakonan.

Kredit:

  1. The Independent
  2. Charlie Chaplin
  3. Business Insider
  4. Screen Rant



Hakcipta iluminasi.com (2017)