Peperangan sememanganya meninggalkan banyak kesan buruk bukan sahaja terhadap manusia, tetapi juga alam sekitar dan kewangan. Malangnya, inilah cara yang sering digunakan oleh sesetengah negara atau kuasa untuk menguasai sesuatu kawasan.

Dalam sejarah juga, rekod menunjukkan peperangan juga telah memusnahkan banyak bangunaan dan binaan penting yang mempunyai pelbagai kepentingan sejarah terhadap sesuatu negara atau kesan peninggalan pemerintah terhadahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

binaan sejarah bernilai yang musnah kerana perang

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 bangunan atau binaan bersejarah popular yang telah musnah akibat kancah peperangan. Semestinya, kemusnahan ini merupakan satu kerugian terhadap generasi muda masa akan datang yang hanya dapat melihatnya melalui gambar-gambar yang diambil sahaja.

1. Masjid Besar Aleppo, Syria

masjid besar aleppo 152

Masjid Besar Aleppo merupakan antara bangunan bersejarah paling popular dalam senarai ini. Terletak di daerah Al-Jalloum, kawasan masjid ini turut digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO kerana sejarahnya yang unik.

Setelah melalui banyak gempa bumi dan konflik peperangan, masjid ini akhirnya musnah pada April 2013. Kawasan masjid ini pernah dikuasi oleh kumpulan penentang kerajaan selama beberapa bulan dan menjadi medan pertempuran dahsyat antara kumpulan tersebut dengan pihak tentera Syria.

Ahli sejarawan berpandangan kemusnahan masjid ini merupakan kerugian besar terhadap manusia kerana sejarah yang tersimpan di sebalik masjid ini. Walaupun terdapat kemungkinan masjid ini bakal dibina kembali, situasi semasa ini di Syria menyukarkan sebarang usaha pembinaan semula dilakukakan dalam masa terdekat.

2. Yuanming Yuan, China

yuanming yuan

Yuanming Yuan merupakan sebuah pusat pemerintahan di Beijing yang dibina pada abad ke 18. Ianya menempatkan taman dan kompleks kerajaan dan digunakan ketika zaman Dinasti Qing. Walaupun bangunan ini telah musnah sepenuhnya, kesan tinggalan kawasan ini tetap menarik ribuan pelancong ke sini setiap tahun.

Kompleks ini turut mempunyai pelbagai binaan unik seperti tokong, jambatan dan ukiran-ukiran yang mempunyai unsur senibina China tradisional. Ianya turut mempunyai kawasan taman yang sangat cantik selain tumbuh-tumbuhan eksotik.

Kompleks bersejarah ini telah dimusnahkan oleh tentera British dan Perancis sewaktu Perang Opium Pertama. Walaupun Maharaja China ketika itu sudahpun melarikan diri daripada kawasan ini, pihak tentera British dan Perancis telah bertindak mencuri segala harta benda dan memusnahkan kawasan ini sebagai tindak balas terhadap China yang telah membunh dan menyiksa askar mereka.

3. Masjid Ferhat Pasha, Bosnia

masjid ferhat pasha

Sewaktu Perang Bosnia pada tahun 90-an, Banja Luka iaitu bandar kedua terbesar di Bosnia telah menyaksikan sebuah kisah pertempuran yang dahsyat. Antara binaan penting yang telah musnah adalah Masjid Ferhat Pasha, binaan abad ke 16 yang merupakan kesan peninggalan Empaya Uthmaniyah.

Pada bulan Mei 1993, pasukan tentera Serbia telah memusnahkan struktur utama bangunan ini dengan menggunakan sejumlah besar bahan letupan. Bukan sahaja struktur utamanya runtuh, tapi segala jubin  perhiasan seni bina turut dihancurkan dan dibuang ke tempat pelupusan sampah.

Bekas tapak masjid ini kemudian telah dijadikan sebagai tempat parking kenderaan. Tujuan utama masjid ini dibunuh oleh pengganas adalah bagi melenyapkan segala kesan peninggalan empayar Uthamiyah yang ada padanya. Setelah perang, ketua tentera Serbia, Radoslav Brdjanin telah dikenakan hukuman penjara 32 tahun atas pelbagai kesalahan jenayah peperangan termasuklah memusnahkan masjid ini.

4. Apamea, Syria

apamea

Apamea merupakan sebuah bandar purba Syria yang terletak di kawasan lembah Sungai Orontes. Ianya menjadi tempat pemerintahan Empayar Seleucid dan kemudiannya menjadi tempat pendudukan orang Roman yang ketika itu mencecah 500,000 orang. 

Satu milenium kemudian, kawasan ini menjadi tumpuan utama ketika Perang Salib. Sejarahnya yang panjang menjadikannya salah satu binaan terpenting di Timur Tengah. Konflik yang panjang di Syria menyebabkan binaan ini mengalami kerosakan yang dahsyat sehinggakan ramai sejarawan berpendapat ianya mungkin tidak dapat dipulihkan kembali.

Peperangan demi peperangan bukan sahaja menyebabkan Apamea musnah, tetapi segala perhiasan seni binanya turut dicuri. Kesan kemusnahan binaan ini masih dapat dilihat pada hari ini dan tiang-tiang utamanya masih berdiri kukuh menjadi bukti kepada generasi akan datang betapa buruknya kesan peperangan terhadap manusia.

5. Perpustakaan dan Pusat Arkib Negara, Iraq

baghdad national library

Perpustakaan dan Pusat Arkib Negara di Iraq dahulunya pernah menyimpan sejumlah besar khazanah negara Iraq. Malangya, akibat peperangan kira-kira 12 juta buah buku, manuskrip dan ukiran batu telah musnah sama sekali.

Pada tahun 2003, bangunan ini telah diserang oleh kumpulan penyokong Saddam Hussein. Tindakan ini telah diambil bagi memusnah segala kesan tinggal regim Ba'athis. Bom petrol telah digunakan dalam serangan ini bagi memastikan segala simpanan buku dan manuskrip ini musnah dijilat api.

Kemusnahan dokumen-dokumen ini sememangnya kerugian besar yang telah melenyapkan sama sekali catatan-catatan mengenai sejarah dan kebudayaan negara Iraq. Walaupun terdapat usaha untuk mengkompilasi dan memulihkan dokumen yang berjaya diselamatkan, sebahagian besar dokumen yang terbakar musnah selama-lamanya.

Kredit:

  1. TIME Magazine
  2. Voa News
  3. Wikipedia
  4. The Atlantic
  5. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)