Semakin canggih teknologi, maka kebanyakan peranti dan gajet menjadi semakin kecil.

Jika anda bandingkan telefon bimbit zaman 90-an dengan telefon pintar ketika ini, sudah tentu perbezaannya tersangat banyak.

Teknologi yang pesat membangun membolehkan kita menikmati kehidupan yang lebih mudah dan selesa.

kamera mini nikon kecik

BESARKAN TEKS     A-  A+

Segalanya kini seboleh-bolehnya ingin dihasilkan dengan saiz yang lebih kecil untuk menjimatkan ruang dan tenaga.

iluminasi.com kongsikan 5 item yang paling kecil di dunia mengikut kategori.

5. Kamera

kamera paling kecil di dunia

Pada tahun 2011, penyelidik di Institut Fraunhofer di Jerman telah memperkenalkan kamera pakai buang terbaru.

Walaupun ia tidak kedengaran seperti sesuatu yang menarik, namun aplikasi perubatannya yang boleh mengambil imej di dalam tubuh manusia adalah tersangat berharga.

Ia boleh melakukan perkara ini kerana saiznya yang luar biasa kecil. Kamera pakai buang yang murah dan mudah untuk dihasilkan ini bersaiz 1 kubik milimeter atau sebesar sebutir garam.

Kamera ini dihasilkan dengan keupayaan melupuskan diri sendiri selepas satu prosedur perubatan.

Walaupun resolusinya tidaklah begitu menakjubkan, (0.06 megapiksel - jauh lebih teruk daripada kamera telefon bimbit murah), namun ia cukup bagus untuk tujuan penghasilannya.

Saiznya membuatkan kamera ini boleh bergerak ke mana-mana bahagian dalam badan yang mana tak mampu dilakukan oleh kamera lain. Malah, ia boleh menjadi pengganti yang efektif bagi endoskop biasa yang mana mahal dan sukar untuk dikekalkan.

4. Komputer peribadi - Candy FXI Cotton

candy fxi cotton komputer peribadi paling kecil di dunia 712

Bercakap komputer, syarikat FXI Technologies dari Norwa telah memasarkan sebuah komputer peribadi mikro, dalam erti kata yang sebenar.

Mesin yang ditunjukkan dalam imej di atas bukan lah sebuah pemacu USB, malah ia mempunyai port USB mikro padanya.

Peranti tersebut adalah Candy FXI Cotton dan ia merupakan sebuah komputer peribadi dengan fungsi sepenuhnya dalam menjalankan sistem operasi Android atau Ubuntu. Dengan itu, ia merupakan komputer peribadi paling kecil di dunia.

candy fxi cotton komputer peribadi paling kecil di dunia 2

Komputer ini mempunyai spesifikasi pemproses utama 1.2 GHz dua teras dan pemproses grafik 1 GHz empat teras, dengan 1 GB memori RAM serta satu slot kad SD mikro yang mampu menyokong sehingga 64GB storan.

FXI akan memuatkan sistem operasi yang anda mahu dan ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi, Bluetooth dan output video 1080p HD penuh.

Tetikus dan papan kekunci dengan mudah boleh dihubungkan ke port USB mikro serta mudah untuk menyambungkan ke mana-mana paparan HD.

Harganya? Menurut laman sesawang syarikat ini, harganya hanyalah RM830.

3. Skrin TV - ME1602

me1602 skrin tv paling kecil di dunia

Pada tahun 2007, Guinness World Records mengiktiraf produk syarikat Scotland MicroEmissive iaitu ME1602 sebagai skrin televisyen paling kecil di dunia yang pernah dihasilkan.

Sudah tentu resolusinya tidak bagus dengan paparan kira-kira 4 x 3 milimeter di bahagian permukaan. Tak banyak piksel yang boleh dimuatkan dalam permukaan sekecil ini (160x120 = hampir 30,000 piksel).

Namun, paparan kecil ini digunakan sebagai komponen untuk "viewfinder" (dalam kamera) dan perkara lain yang memerlukan paparan yang tersangat kecil.

Pada Ogos 2013, syarikat ini telah menandatangani satu perjanjian yang sangat menguntungkan dengan pengeluar produk pengguna Asia yang tidak didedahkan namanya dalam menyediakan paparan untuk mereka.

Permintaan juga datang daripada industri perubatan dan juga ketenteraan. 

Jika dibandingkan, anda boleh memuatkan sebanyak 283,333,333 unit skrin paling kecil di dunia ini di atas skrin paling besar di dunia yang pernah dihasilkan.

2. Drone - RoboBee

drone paling kecil di dunia

Ya, secara teknikalnya ia adalah sebuah drone. RoboBee adalah sebuah drone yang tersangat kecil yang diinspirasikan oleh serangga. Dan ia mempunyai pelbagai aplikasi berpotensi yang sangat menarik, selain daripada mengintip.

Sebagai contoh, ia boleh digunakan dalam membuat penilaian alam sekitar di kawasan yang mana berlakunya kemalangan loji nuklear atau bencana alam. Ia juga boleh digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

drone paling kecil di dunia 2

Drone ini telah dibangunkan di Universiti Harvard dan para pakar robot dari universiti ini juga melihat bahawa peranti ini boleh digunakan dalam pemantauan cuaca dan lalu lintas, pemetaan iklim dan teknologi sedemikan yang boleh dipertingkatkan lagi dengan bantuan drone ini.

1. Jantung buatan

jantung tiruan paling kecil di dunia

Dan yang terakhir, kita mempunyai peranti yang sangat kecil ini. Ia dicipta oleh Dr. Robert Jarvik, individu yang banyak dikreditkan dengan penciptaan dan penyempurnaan jantung tiruan.

Seorang bayi berusia 16 bulan telah mengalami pelebaran kardiomyopati, sejenis masalah pada dinding jantung dan sedang menunggu untuk melakukan pemindahan jantung.

Namun, disebabkan oleh tiada siapa yang mahu menderma, para doktor terpaksa melakukan sesuatu. Peranti rekaan Dr. Jarvik, pam implan yang hanya seberat 11 gram (jantung buatan dewasa adalah seberat 900 gram), hanya pernah diuji pada haiwan. 

pemasangan jantung palsu paling kecil di dunia

Namun pada Mei 2012, para doktor membuatk keputusan untuk mengeluarkan jantung bayi tersebut dan menggantikan dengan peranti dalam imej di atas, yang mana ia kekal selama 13 hari sehingga penderma ditemui.

Walaupun peranti ini tidak mampu untuk membuatkan pesakit terus hidup selamanya, namun para doktor yang mengambil bahagian berkata ia merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan dan akan menjadi lebih baik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)