Definisi tentang apa yang melayakkan sesuatu objek di langit kita, dikategorikan sebagai sebuah 'planet' telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan ahli astronomi dunia.

Secara amnya, majoriti penyelidik bersetuju terdapat tiga kelas planet berbeza - planet, planet kecil (dwarf planet) dan planet satelit. Kebiasaannya 8 planet diutamakan kerana kepentingannya dalam alam semesta. Planet Pluto pula disingkirkan daripada senarai planet, dikategorikan dalam kategori berbeza pula.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah itu sahaja planet yang ada? Sebenarnya ada beberapa lagi planet yang jarang kita perkatakan tetapi layak dikategorikan sebagai planet kecil, dalam sistem solar kita.

1. Pluto

pluto

Kita mulakan dengan planet yang pernah diletakkan dalam buku teks kita sebagai sebuah planet utama. Pluto merupakan sebuah planet kecil yang hanya mempunyai saiz sekitar 2,250 km lebar namun mempunyai 5 bulan yang mengorbitnya.

Cuaca dan persekitarannya terlalu sejuk, berikutan kedudukannya yang agak jauh dari matahari mampu mencecah suhu serendah -232 darjah celcius.

Pada tahun 2015, pesawat prob angkasa New Horizons telah berjaya terbang paling hampir dengan Pluto, memberikan kita gambaran paling jelas rupa permukaan planet Pluto selepas penerbangan lebih 9 tahun, khas untuk mengkaji Pluto.

2. Ceres

ceres plan

Satu-satunya planet kecil yang terletak dalam lingkungan solar kita, Ceres ditemui pada tahun 1801 dan saiznya kecil hanya 1/13 berbanding Bumi. Disebabkan itulah pada awalnya banyak pihak tersalah sangka Ceres hanyalah sebuah asteroid.

Ceres mempunyai durasi sehari paling yang pendek, hanya sekitar 9 jam untuk berpusing penuh di atas paksinya namun memerlukan 4.6 tahun mengorbit matahari dalam satu kitaran lengkap.

Laporan yang baru sahaja dikeluarkan pada 10 Ogos 2020, melaporkan bahawa Ceres sebenarnya mengandungi cecair di permukaannya berikutan penemuan bahan hydrohalite, sejenis mineral yang hanya ditemui di bumi dalam air masin.

Ada pihak menyifatkan penemuan itu sebagai petunjuk ada lautan di Ceres. Ada juga pihak merasakan bukti itu tidak memadai, untuk kita terus melabelkan Ceres planet yang mempunyai lautannya sendiri

3. Eris

eris planet dwarf

Eris ditemui pada tahun 2003 sebelum disahkan sebagai sebuah planet kecil pada tahun 2006. Saiznya hanyalah 1/5 bumi. Berikutan kedudukannya yang sangat jauh berbanding matahari, Eris memerlukan 557 tahun untuk mengorbit matahari.

Walaupun begitu, kitaran hariannya mirip dengan kita kerana Eris memerlukan 25.9 jam untuk berputar satu kitaran penuh atas paksinya. Setakat ini, tidak banyak yang kita ketahui berkenaan Eris.

Disebabkan oleh kedudukannya yang jauh dari haba dan cahaya matahari sendiri memerlukan 9 jam untuk hadir ke permukaannya, permukaan Eris diramal berbatu, mampu mencecah tahap suhu di antara -217 ke -243 darjah celcius.

4. Haumea

haumea

Berbeza dengan planet-planet lain dalam senarai ini, Haumea mempunyai bentuk yang unik ibarat bola ragbi disebabkan oleh putarannya yang pantas, hanya memerlukan 4 jam untuk melakukan satu putaran penuh pada paksinya.

Sama seperti Eris, tidak banyak yang kita ketahui tentang Haumea. Planet kecil ini memerlukan 285 tahun untuk mengorbit matahari dan diramalkan mempunyai permukaan berbatu yang diselaputi ais.

Apa yang kita tahu Haumea mempunyai dua bulan yang mengekorinya rapat, dinamakan sebagai Namaka dan Hilaka. Planet kecil Haumea ditemui pada tahun 2004 dan dua bulannya ditemui setahun kemudian.

5. Makemake

makemake

Makemake mempunyai saiz yang hanya 1/5 Bumi, sekitar 715 km radiusnya. Planet kecil ini mengorbit matahari dalam satu pusingan penuh selama 305 tahun dan berputar atas paksinya, selama 22 jam 30 minit - memberikan Makemake kitaran harian mirip kita.

Permukaannya mempunyai warna kemerah-merahan, diramalkan mempunyai suhu yang melampau sejuk serta lapisan atmosfera yang sangat nipis.




Hakcipta iluminasi.com (2017)