babies

Kelahiran cahaya mata ke dunia merupakan suatu anugerah yang tidak terhingga bagi pasangan yang telah berkahwin. Saat-saat melahirkan bayi pertama adalah satu saat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Walaupun si ibu sakit melahirkan dan si bapa risaukan si ibu, namun tangisan hasil kasih sayang antara pasangan tersebut membuatkan hati mereka berhenti seketika.

0

Bagi ibu bapa, mereka pastilah mahukan bayi mereka sihat dan sempurna. Terdapat bayi yang dilahirkan dengan tubuh badan yang kurus seperti tidak cukup zat, dan ada pula yang dilahirkan lebih besar daripada bayi berumur berbulan. Namun, itu bukanlah terletak di tangan mereka. Menurut WebMD, saiz normal bayi yang baru dilahirkan adalah dalam lingkungan 2.7 hingga 4.1 kilogram. 

Kami ingin berkongsi dengan anda 5 bayi terbesar dan terberat yang di yang pernah dilahirkan dalam sejarah.

5. Ademilton dos Santos, Brazil (7.7 kilogram)

ademilton dos santos 717

Seorang wanita Brazil, Franasca dos Santos telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 2005 seberat 8 kilogram melalui kaedah C-section di hospital di Salvador, Brazil. Ketika melahirkan, wanita ini berumur 38 tahun dan doktor mempercayai bahawa bayi yang bersaiz tak normal itu disebabkan oleh ibunya yang mempunyai penyakit kencing manis. Sehingga kini, bayi ini merupakan kelahiran bayi terberat yang pernah dicatatkan di Brazil. Bayi ini menerima bantuan oksigen kerana mengalami masalah pernafasan namun dia sihat walafiat. Hebat.

4. Nadia, Rusia (7.85 kilogram)

nadia

Pada September 2004, seorang bay perempuan dilahirkan dengan berat 7.85 kilogram oleh ibunya Tathyna Khalina, di hospital di kawasan Altai, Siberia, Rusia. Wanita berumur 43 tahun itu melahirkan bayinya juga dengan kaedah C-section. Bayi yang diberi nama Nadia itu menjadi seberat itu adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat oleh ibunya ketika mengandungkannnya. Tathyna pernah memberitahu sebuah akhbar dengan berkata "Saya makan segalanya. Kami tidak mempunyai banyak wang untuk makanan tertentu jadi saya hanya makan kentang, mee dan tomato. Sekali anak keluar betul-betul macam kentang dan tomato. Tapi tetap comel.

3. Akbar, Indonesia (8.67 kilogram)

akbar

Pasangan suami isteri Hananudlin dan Ani dianugerahkan seorang bayi lelaki seberat 8.67 kilogram yang dilahirkan di Hospital Abdul Manon di Kisaran Sumatra. Ibunya yang menghidap penyakit kencing manis mengambil masa 40 minit dengan kaedah C-section untuk melahirkan bayinya yang diberi nama Akbar dengan ukuran 62 sentimeter panjang. Ketika melahirkan, Ani berumur 41 tahun.

2. Carmelina Fadele melahirkan bayi lelaki, Itali (10.2 kilogram)

Wanita cekal Carmelina Fedele telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 10.2 kilogram pada 1995 di Aversa, Itali. Bayi ini merupakan bayi yang palin berat pernah direkodkan dalam sejarah dunia. Namun, tidak banyak maklumat berkenaan bayi ini. Guinness World Records telah mengabadikan bayi itu sebagai bayi terberat pernah dilahirkan di dunia.

1. Anna Bates melahirkan bayi dengan ukuran terpanjang, Amerika Syarikat (9.98 kilogram dan 71 sentimeter)

Seorang wanita daripada Kanada, Anna Bates telah melahirkan seorang lelaki seberat 9.98 kilogram dan berukuran 71 sentimeter pada 1879. Apa yang mengejutkan adalah wanita ini melahirkan bayinya dengan cara normal di Ohio, Amerika Syarikat. Namun tidak hairanlah bayi ini dilahirkan dengan ukuran tidak masuk akal itu kerana Anna Bates sendiri berketinggian 241 sentimeter, menurut Guinness World Records. Namun, bayi istimewa yang tidak bernama ini tidak bertahan lama apabila meninggal dunia 11 jam selepas dilahirkan, dan direkodkan sebagai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di dunia.

Bagi ibu yang akan melahirkan, selamat berjuang dan semoga berjaya.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)