Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Di Malaysia, agak biasa kita dengar kisah bekas-bekas suami yang enggan menjelaskan nafkah kan? Nak kata tak ada duit, ada berita yang kita baca tu bekerja sebagai ahli perniagaan kaya-raya, pemain bola sepak, selebriti, ahli politik dan sebagainya. Takkanlah tak mampu?

Dalam Islam, bekas suami hanya perlu menanggung nafkah bagi anak-anak sahaja. Ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan perbelanjaan umum bagi anak-anak. Walaupun bayaran nafkah itu adalah ansuran secara bulanan dalam jumlah yang sedikit dan masih mampu dibayar, tapi terlalu ramai bapa yang sangat kedekut dan berdegil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bukannya disuruh bayar sekali gus seperti 5 selebriti yang bakal kami kongsikan ini. Kalau bekas-bekas suami di Malaysia kena bayar lump sum begini, pasti ramai yang menangis di bucu katil.

5. Tiger Woods & Elin Nordegren : USD100 juta (RM428.9 juta)

tiger woods elin

Siapa tak mengenali Tiger Woods. Pemain golf profesional ini berpisah dengan bekas isteri, Elin Nordegren, selepas skandal seksnya terbongkar pada tahun 2009. Nordegren menerima bayaran sekitar 100 juta dollar selain Woods perlu melangsaikan hutang rumah bernilai 54 juta dolar sebagai sebahagian daripada bayaran penyelesaian tuntutan.

4. Michael Jordan & Juanita : USD168 million (RM720.5 juta)

jordan juanita

Michael Jordan memang sangat berjaya dan hebat di gelanggang bola keranjang namun beliau tidaklah begitu berjaya dalam perkahwinan. Michael dan bekas isterinya, Juanita Jordan memfailkan perceraian selepas 17 tahun hidup berumah tangga. Juanita mendapat hak penjagaan ketiga-tiga orang anak dan menerima bayaran sebanyak USD 168 juta. Selain itu, pihak mahkamah juga memberikan hak milik sebuah rumah Penthouse seluas 56,000 kaki persegi kepada Juanita dan anak-anak.

3. Arnold Schwarzenegger & Maria Shriver : USD250 - 375 juta (RM1.07 - 1.6 bilion)

arnold schwarzenegger maria shriver

Apabila bekas gabenor dan bintang filem Terminator ini berpisah dengan isterinya selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga, Arnold diperintahkan untuk membuat bayaran nafkah antara USD250 juta hingga 375 juta. Nilai bayaran sebenar tidak didedahkan namun pasangan ini tidak mempunyai sebarang perjanjian prenuptial sebelum berkahwin.

Jadi, menurut undang-undang California, Arnold perlu membayar separuh daripada harta kekayaannya yang dianggarkan bernilai antara USD500 juta hingga 750 juta.

2. Mel Gibson & Robyn Moore : USD425 juta (RM1.82 bilion)

mel gibson robyn moore

Selepas 31 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini memfailkan perceraian. Sama seperti Arnold Schwarzenegger, Mel dan Robyn juga tidak mempunyai sebarang perjanjian sebelum berkahwin. ABC News melaporkan aset Mel ketika perceraian adalah sekitar USD850 juta. Jadi, separuh daripada jumlah itulah yang harus dibayar kepada bekas isteri iaitu lebih kurang USD 425 juta.

1. Rupert Murdoch & Anna Maria Mann : USD 1.7 bilion (RM7.3 bilion)

rupert murdoch anna maria mann 113

Salah seorang pemilik empayar media yang kaya dan paling berpengaruh, Rupert Murdoch dan isteri keduanya, Anna berpisah pada tahun 1999 selepas 32 tahun hidup bersama. Berikutan perceraian itu, Anna menerima bayaran sebanyak USD 1.7 bilion termasuklah USD 110 juta dalam bentuk tunai. Apa yang lebih mengejutkan, Rupert terus berkahwin dengan isteri ketiganya, Wendi Deng selepas hanya 17 hari bercerai dengan Anna. Banyak betul duit dia.

nafkah anak anak di bawah tanggungan si bapa

Jadi, kepada bapa-bapa di luar sana, beringatlah. Status anda mungkin "bekas suami" dan terlepas tanggungjawab daripada menanggung si isteri, tetapi tidak akan wujud istilah "bekas bapa" kerana anak-anak itu masih anak-anak anda sehingga akhir hayat. Mereka amanah Allah untuk anda jaga selagi hayat dikandung badan.

Jika anda rasa berat nak menanggung sekalipun, lunaskanlah sekadar yang anda mampu. Bukannya si ibu tuntut sampai juta-juta atau bilion-bilion macam 5 selebriti ini pun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)